Friday, November 30, 2012

~ PUDING KASTARD BUAH-BUAHAN ~

Alhadmulillah,masakan ni simple dan boleh dimasak utk pelajar yang duk hostel tanpa dapur~ guna ricecooker jer..utk ibu2, boleh ajar anak gadis anda buat puding ni sebagai latihan bg mereka yg meningkat dewasa ~



Bahan-bahan:-

200 g tepung kastad
1/2 cawan susu sejat Ideal

1/2 cawan gula
10 g agar-agar (1/2 paket agar-agar yg 20g)
2 liter air.
1 tin buah-buahan@koktail
secubit garam.

Cara-cara memasak:-

1. Rendamkan agar-agar dalam air.
2. Masukkan 1 1/2 liter air kedalam periuk.
3. Masukkan agar-agar yang direndam kedalam periuk.
4.Tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan 1/2 cawan gula.
6. Kacau 200g tepung kastard bersama susu cair dan 1/2 liter air.
7. Masukkan adunan kastard yang sudah sebati kedalam periuk sambil dikacau sehingga bertukar warna dan kepekatan. Tunggu sampai nampak gelembung udara.
8. Masukkan garam secubit sedikit sahaja! (garam ni penting utk meneutralkan makanan yg masuk ke dalam perut serta mengurangkan rasa loya.bukan utk rasa masin bg puding)
9.Padamkan api.
10. Masukkan 1/2 buah-buahan ke dalam periuk.
11. Tuangkan puding ke dalam bekas. Tuang setinggi 2 inci @ masukkan ke dlam gelas setinggi 2.5 inci.
12. Tabur 1/2 tin buah-buahan keatas permukaan puding tadi.

13. Tunggu sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.
14. Boleh dihidang dan makan...=) yum yummm

~ selamat mencuba~

No comments:

Post a Comment