Ya..bila mana seorang wanita melamar seorang lelaki..
Pasti ia mengundang pelbagai persoalan kan??
Kemungkinan-kemungkinan negatif berlegar difikiran..
Tapi,,,bondaku juga melamar Kekasih Allah s.w.t..
Bila mana bonda Siti Khadijah..melamar Rasulullah s.a.w.
Rasulullah menerima lamaran dari bonda Khadijah dengan baik..
Bonda Siti Khadijah pernah menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW..
(Tanpa segan silu disini bukan bermaksud tidak mempunyai sifat malu..tetapi..berterus terang itu lebih baik...Ya Allah,,sungguh mulia hati bonda Khadijah sehingga menjadi bidadari Kekasih-Mu)
Dalil 1
Dalam satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :
Bermaksud : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).
Dalil 2
Imam Ibn Hajar menegaskan tiada cacatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).
Dalil 3
Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------- srikandikumawar mencoret ---------------------------------
Andai pernah kamu dilamar..bertuahlah...kerana wanita mempunyai sifat malu yang sangat tinggi...agak dan amat sukar bagi seorang wanita untuk meluahkan kata-kata keramat itu...
bila mana dia menyatakan tujuannya..bermaksud sesuatu yang benar dari lubok hatinya...
Tetapi,,jangan kamu berdiam diri..meninggalkan mereka terkapai-kapai tanpa jawapan yang tidak pasti..kerana "hati" dan perasaan wanita ini sangat unik dicipta Allah swt..fikiran wanita berbeza dengan lelaki...sifat malunya masih menebal,walau hasratnya sudah diluahkan pergi..
Oh,Jangan!!...jangan biarkan mereka berundur tanpa mendapat jawapan yang pasti dari kamu..kerana pemergiannya bersama linangan air mata~
Hulurkanlah mereka jawapan yang benar darimu..samaada kamu "terima @ tidak" lamarannya..andai kamu memerlukan masa untuk istikharah,,bermusyawarahlah dengan org tengahnya atau khabarkanlah ia dengan cara yang baik..supaya wanita itu mengerti dan memahami...
# i'm just picked and describes some of verses from Pena Cikgu Blogs
# wanita hanya akan melamar lelaki sekali sahaja dalam seumur hidupnya...kerana mereka akan dilamar berkali-kali
No comments:
Post a Comment