Saturday, November 3, 2012

- ISTIKHARAH -




Istikharah : Petunjuk Jitu Kala Keliru

Pada istikharah ada kunci yang akan melapangkan dada, menenteramkan fikiran dan menstabilkan perasaan untuk membuat pilihan.

Kekasihku Rasulullah s.a.w juga beristikharah, merandahkan hati mengaku lemah, tidak tahu dan tidak pasti apa yang terbaik untuk diri dan ummat baginda.

Istikharah lambang kelemahan diri di sisi Allah swt, tetapi sumber kekuatan untuk menghadapi karenah manusia dan kehidupan.

Istikharah : Cara yang betul

1. Mengakui kesalahan dan bertaubat - solat taubat sebelum solat istikharah
2. Bersih dalam pilihan - tidak memberatkan mana-mana pilihan yang ada. lagi mudah dilakukan jika pilihan yang banyak
3. Mimpi, gerak hati dan pandangan 
4. Mengulangi istikharah - istikharahku bermula 2008

Kesalahan dalam istikharah

1. Tiada ilmu
2. Lansung tidak melaksanakan istikharah
3. Hanya menunggu mimpi
4. Hati sudah ada kecenderungan
5. Menyalahkan takdir atau menyesal

~ Satu nama dalam istikharahku~ 
setelah sekian lama aku beristikharah, bermula 2008 sehingga 2012,akhirnya datang lintasan ~satu nama dalam istikharahku~....
satu nama itu mungkin Ya,dan mungkin Tidak buatku...
mungkin juga ia satu nama untukku di dunia,,,dan juga mungkin untukku di akhirat sana...
aku tidak pasti,kerana semuanya rahsia Ilahi...
mungkin buatku akhlak seperti satu nama itu..
mungkin juga sifat malu seperti nama itu..
mungkin sama negeri atau mungkin juga hanya bersandar pada sifat2 yang ada pada satu nama itu, 
dan mungkin bukan satu nama itu buatku...
ia hanya sandaran pada namanya...

Allah itu indah..
Segala percaturanNya sungguh indah..
Bagaikan Al-Quran..
Aliif,Laam,,Miiim....rahsiaNya yg tidak diketahui manusia...
tetapi, jika dibuang salah satu huruf itu, maka pincanglah "codding graph paksi-x dan paksi-y"..

Syukur kehadrat Ilahi atas nikmat kebahagiaan yang diberikan..=)
ALHAMDULILLAH~

p/s: maafkan sy sebab tidak terima lamaran awk..sy doakan moga awk bahagia bersama istri dan diberi zuriat yang soleh...sbb nama awk xde dlm istikharah sy..ini tdk bererti sy seorang yg baik..tetapi sy cuba utk jadi yg terbaik...hidup sy cuma sekali..mendamba kebahagiaan akhirat yg kekal abadi ~

No comments:

Post a Comment