Sunday, December 30, 2012

~ MENANGISLAH UNTUK CINTA YG DIREDHAI ~


Tuan Haji Musa
(Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff)
Masjid Al I'tikaf Kampung Dalam Lanas Tumpat Kelantan Darul Naim.


Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani 

At-Tarbiyyah - Kuliah POP 2-2-2012 Mencintai Rasulullah


Pada 17.12.12 | i write |  bercinta sorang2 rase kesunyian..tapi,,sekarang aku tidak  keseorangan lagi..alhamdulillah,,terasa ramai teman dalam mengharungi JALAN PERCINTAAN ini..Alhamdulillah Ya Allah..=)

today 19.12.12 | rewrite | menangis sorang2 rase kesunyian..sekarang aku tidak keseorangan lagi..ramai yg menemaniku bersama tangisan ini..Ya Allah,,tiada yang indah selain dari rasa cinta ini didunia..moga dengannya aku tabah..moga dengannya membuahkan syukur..dan moga dengannya membangkitkan ketaatanku kepada-Mu~

AstargfiruLLah..Tumpat ini daerahku..terletaknya kampungku..tapi,aku tidak kenal Tok Ayah ni...nak jumpa Tok Ayah Haji Musa..siapa dia?mane tempat tinggalnya?

~Ya Allah,,berilah peluang kepadaku utk bertemu hambaMu yg mencintai Rasul-Mu~

~ SYEIKH ABDUL QADIR/ PAKSU HAJI MUSA~


Syeikh Abdul Qadir : Murabbi dan Mursyid
 
 
" Ya Allah,,Ya Hayyu,,Ya Qayyum..panjangkanlah usianya..sihatkanlah dia...dan izinkanlah aku untuk bertemu hamba-Mu ini.."
Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar.


Beliau juga telah melanjutkan pengajian ke Madrasah Darul Ulum ad-Diniyiah, Mekah dibawah asuhan Musnid Dunya al-Alim al-Allamah as- Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al-Fadani, seorang ulama hadis yang terkenal. Selepas itu beliau meneruskan pengajian ke Universiti Islam Umm Darman, Sudan dan akhir sekali mendapat ijazah kuliyah hadis dari Universiti Islam Madinah.

Banyak pengalaman telah beliau perolehi kerana kembara ilmu beliau bermula dari India melalui jalan darat merentasi benua sehinggalah sampai ke Mekah dan Madinah.


Sekembalinya ke tanah air, beliau telah menginfaqkan diri beliau untuk berdakwah dan kuliyah ilmu di segenap ceruk negeri tanpa mengira penat dan lelah serta habuan dunia. Sehingga sekarang beliau masih menyampaikan kuliyah-kuliyah ilmu di Masjid beliau di Kampung Dalam Lanas, Tumpat walaupun keadaan kesihatan beliau yang selalu uzur. Setiap kali turun ke masjid untuk memberi kuliyah, beliau terpaksa dipapah oleh dua orang murid beliau.

Beliau merupakan seorang yang amat warak dan zuhud serta amat menyayangi sesama manusia sama ada yang dikenali ataupun tidak. Beliau sentiasa membahasakan dirinya sebagai ‘ayah’ kepada para murid beliau. Setiap kali menyampaikan kuliyah, tangisan dan air mata tidak dapat dielakkan tatkala tiba pada kalimah-kalimah ayat al-Quran yang membicarakan tentang dosa dan neraka. Pernah juga beliau berhenti mengajar kuliyah kerana ingin diamalkan terlebih dahulu isi kandungan kitab yang ingin disampaikan kepada murid-murid beliau.

Setiap kali bersalaman, pasti beliau akan memeluk seseorang itu sambil membisikkan ketelinga orang tersebut “tolong doakan ayah.” Tersentuh hati saya apabila seorang alim begitu meminta kita yang jahil ini memohon doa kepada Allah untuk dirinya.

Lidahnya tidak pernah sunyi dari zikir dan doa. Setiap kali melangkah, pasti ada zikir, doa dan wirid yang disebut beliau. Beliau juga merupakan guru Tareqat Ahmadiyah Idrisiyah ad-Dandarawiyah yang diterima beliau melalui tiga sanad yang berbeza.

Antara kelebihan yang Allah kurniakan kepada beliau adalah dapat menafsir keadaan jiwa seseorang yang datang untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar beliau sebagaimana yang diceritakan oleh kebanyakan murid beliau.

Nama beliau cukup masyhur meniti dibibir para pencinta ilmu terutamanya pelajar pondok di seluruh negara. Sehinggakan ramai yang datang dari jauh untuk mengenali beliau setelah dicadangkan oleh para guru-guru pondok.

Semoga Allah SWT akan terus memberkati usia beliau dengan kebaikan dan ibadah kerana para murid beliau masih terlalu dahagakan ilmu yang berada dalam gedung simpanan beliau itu.
  Masjid Al I'tikaf Kampung Dalam Lanas Tumpat Kelantan Darul Naim.
 

From fb: https://www.facebook.com/seoul.yamiru  ( Al-Amir Ibnu Idris Al-Kelantany (Soulyamiru)

Saturday, December 29, 2012

~ NIKMAT ITU UJIAN BUATMU~


Tajuk kuliah : PEDIH HATI VOL 1 USTZ AHMAD DUSUSKI RANI

Allahuakbar...AstargfiruLLah...
Ya Allah,,,ampunilah dosaku...
aku bersyukur diatas segala nikmat yg telah Engkau berikan kepadaku...
tetapi Ya Allah,,janganlahh dengannya menghalangku utk mendapat Rahmat-Mu...
Ya Allah,,,aku redha dengan ujian yg Engkau berikan kpdku...jika dengannya membuat aku bertambah iman kepada-Mu dan Engkau bertambah kasih kepadaku...

Allahuakbar..
Aku hamba-Mu,,terimalah aku~
AstargfiruLLah..
Nikmat itu ujian~berhati2lah dgn nikmat yg engkau perolehi srikandiku sayang ~
Disebalik kesenangan adanya ujian..
Bergembiralah dgn ujian2...

Ibrahim Al-Khawwas berkata " Tidak sah org fakir kpd Allah,melainkan dia ada 2 macam.1.Iman pada Allah 2. bersyukur kpada Allah apa yg telah dikurniakannya akan nikmat2 Allah. Tidak sempurna kefakiran hamba Allah itu sehingga dia melihat bahawa Allah tidak memberikan itu lebih mulia dari kebaikan yg diberi oleh Allah swt kepadanya.
 

Tuesday, December 18, 2012

~ AKU MAHU MATI DALAM PERCINTAAN INI~



Mencintai Rasulullah - Ustaz Dusuki Abdul Rani

~ SAKIT YANG TIADA UBAT DI HOSPITAL~


Muka surat ke 4 : Al-Muqaddimah

~ SOLAT KUNCI SYURGA ~


maksud surah al baqarah ayat 43-44 : 

"Dan kamu dirikanlah akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu bersamalah orang yang rukuk kepada Allah swt. Apakah patut dalam hidup kamu, KAMU MENYURUH MANUSIA SUPAYA MELAKUKAN PERKARA BAIK,PADA MASA YANG SAMA KAMU LUPA AKAN DIRI KAMU SENDIRI; kamu membaca ayat2 Kitab Allah, kamu mengetahui apa yang terkandung dalam kitab. Apakah kamu manusia tidak berakal? Pohonlah kamu pertolongan kepada Allah dgn SABAR & SOLAT, sesungguhnya setiap perkara yg kamu lakukan ini menjadi khusyuk dalan hidup kamu"



~ HATIKU MILIK-MU~


Penawar Hati 01: Muqaddimah Kitab


Alhamdulillah...harini hatiku berbunga2...Ya Allah..indah..terasa sungguh  indah..bagaikan hati dalam pelukkan cinta~ Syukur kehadrat Ilahi yang menganugerahkan perasaan ini..Aku mahu sentiasa dalam genggaman cinta-Nya..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~
Harini berkenalaan dengan KITAB PENAWAR BAGI HATI..

Sunday, December 16, 2012

~ CINTA YANG BERBALAS~



DR ABDUL BASIT-PENAWAR HATI


 | BAB 8. KASIH KPD ALLAH TAALA |

Kitab Penawar bagi HATI
Pengisian HATI 10 adab terbaik   

Perlakuan yg dipuji syara' adalah kasih kepada Allah swt.Kasih dulu baru kenal.


Firman Allah " Kasih Allah taala akan mereka itu dan kasih mereka itu akan Allah taala "
Surah almaidah 54
Cinta berbalas~
Allah taala akan kasih kpd kita bila kita kasih kpd Allah swt.
Kasih oleh kamu akan Allah taala, sbb Allah taala beri nikmat kepada kita terlalu banyak.
Engkau kena kasih kepada Rasulullah, sebab Allah taala sayang kepada Rasulullah.

Kasih Allah taala ade naik turun.Orang kasih kpd Allah tinggi darjatnya dan ade yg rendah darjatnya.

Bermula mereka yang beriman, mereka bersangatan kasih kpd Allah taala.Diantara org yg beriman pula ade yg kuat imannya dan ade yg lemah.

Dan telah sepakat bahawa kasih kpd Allah taala dan Rasulnya satu kewajipan (fardhu)
Oleh kerana kita sayang Rasulullah,maka kita kena sayang ahlulbait.

Syarat iman ini pada hadis.Hadis paling masyuhur,hadis Umar.

Umar berkata,aku sayang kpd Rasulullah lebih ari diri sendiri.Rsul kata tidak! engkau kena sayang kepada Rasulullah lebih dari segala2 nya.

Abu Razaian al Uqaily bertanya kepada Rasulullah..Wahai Rasulullah,apakah iman? Jawab Rasulullah,bahawa adalah Allah taala dan rasulnya lebih dikasih kepada engkau lebih dari segala2nya- hadis riwayat imam ahmad(sanad dhaif)

Org baduwi.Wahai Rasulullah,bilakah kiamat? Jawab Rasulullah,,Apa yang engkau sedia  untuk menghadapi kiamat? Kata org baduwi ini.Tiada kau bersdia dgn solat yg banyak,mahupun puasa atau sedekah.Tetapi aku kasih akan Allah dan Rasulnya..Nabi menjawab "Engkau akan dibangkitkan bersama orang yg engkau sayang".hadis diriwayat oleh imam bukhari dan muslim,dari anas bin malik.Kata anas, sesunggunya aku sayang kepada Allah dan rasul ,abu bakar dan umar,aku harap aku akan dibangkitkan bersama2 mereka..

Sayang bukan sekadar dengan mulut,tetapi perlu ada kesan dgn kata2 itu spt berjihad dijalan Allah swt.

Huraian
Dan ketahui olehmu makna KASIH iaitu cenderung hati kepada sesuatu yg di sukai dan tiap2 yg sedap itu dikasihi oleh dia dan jika KUAT KASIH itu,dinamakan dia Aa'shyQ (namaku Nur A'shyQQin= cahaya kerinduan= moga kerinduan ini hanya kerana Allah swt). dan makna BENCI itu liar hati kepada sesuatu dan jika kuat oleh benci,dinama ia MARAH dan murka (benci teramat sangat)

Sebab
Dan bahawasanya kasih itu sebab 2 perkara 
1. berbuat baik
2. keelokkan

Maka kasih kita akan Allah taala,kerana tiada yang berbuat kebajikan kepada kita melainkan dari Allah taala. maka berbuat baik akan dia kerana kita adalah petunjuk oleh Allah taala.

Dan kita kasih kpd Allah taala kerana semua alam ini dibawah kudrat Allah taala..

Alamat /Petanda orang itu sayang kpd Allah
1. Mendahulukan hak Allah oleh seorang akan mengerjakan yg disuruh oleh allah taala atas yang disukai oleh hawa nafsu
cth: bila berdepan hak allah dan hak manusia,kita cenderung yg mana? antara main bola dan solat berjemaah.maka kita pilih solat jemaah.
2. Rindu menjumpai Allah taala dengan mati
Orang yg sayang kepada Allah taala, mereka nak mati untuk berjumpa Allah taala.
Dan tidak benci kepada mati melainkan utk menambah makrifah.
3. Dan setengah darinya redha ia dengan Qadar Allah taala.
4. Benci akan dunia. kerana dunia kerana dunia melalaikan akan dia daripada menyebut akan Allah taala yang dikasihinya.  

a) Dan ketahui olehmu, bahawasanya org yg mengenal Allah taala tiada kasih ia melainkan akan Allah taala.maka jika kasih dia kpd yg lain,maka dengan sebab kasihnya kerana Allah.solatnya bagus,ikut syariatnya bagus.maka kita sayang pdnya.

Manusia itu hamba Allah taala..solat dimasjid.maka kita sayang kpdnya kerana dia sayangkan Allah swt.

Kita sayang kpd makhluk lain krn dia sayang kpd Allah.
Jika org tu sayang kpd nabi,maka kita juga sayang kpdnya.Sbb nabi itu kekasih Allah.
Dan nabi sayang kpd isterinya,maka wajib kita sayang kpd isteri2 nabi serta keluarga baginda.Kerana nabi saynag kpd mrk.
Nabi sayang kpd sahabat2 nya,maka kita pun kasih kpd sahabat2 baginda.Krn sahabat2 baginda sungguh sayang kepada Rasulullah,maka kita pun kena kasih kpd nya..

b) Dan jika kasih kpd makanan,sbb menguatkan badan utk mengerjakan perintah Allah taala kekasihnya.

Kenapa awk suka makan? sebab makanan ini menguatkan sy utk beribadat kpd Allah swt.

c) Dan jika dia kasih kpd bunga dan sungai2 dan cahaya dan segala rupa yang elok,maka kerana semuanya perbuatan Allah taala dan menunjukkan ia atas keesaan Allah swt dan kekuasaaan nya dan memperingatkan akan sifat keelokkan nya dan kebesarannya.

d) Dan jika kasih kpd org yg brbuat baik kpdnya,akan gurunya yang mengajarnya kita, maka mereka itu "waasitoh"iaitu "perantara" diantara kita dan kekasihnya.. pada menyampaikan ilmu dan kebajikan kpdnya..melalui ilmu ,al Quran dan hadis dan penjelasan ulamak 

Allah swt yg memberi hidayah kpd mrk utk berbuat baik kpd kita..
Rasulullah yg paling besar berbuat baik kpd kita..


هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِن تَوَلَّوا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُم مَّا حُمِّلْتُمْ وَإِن تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata".
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
Nabi kerjanya menyampaiakn kepada kita..bila nabi tiada,yg menyampaikan kpd kita adalah tok2 guru kita..tetapi, yang memberi faham kpd kita adalah Allah swt..

Surah nasri ayat 2-3

Kamu lihat manusia masuk agama Allah berduyun2.kemudian dari masuk mereak itu seoitang2..apabila datang pertolongan Allah,maka bersduyungh2 org masuk islam. maka mengucap tasbih olehmu dgn memnuji tuahn engkau dan minta ampun olehmu akan dia.Sesunggunya Allah swt itu maha menerima taubat.

Puji Allah sbb allah banyak bg nikmat kpd kita..dan apabila engkau lihat org masuk islam ramai..maka engkau puji tuhanmu..maka apabila berpaling kepada dirimu,maka bertaubatlah engkau kpd Allah swt.

Sbb semua bnda hak Allah,bukan hak kita.

Berkata akan dia diambil dripada hujjatul islam al imam ghazali dalam kitab ar baiin fii usuliddin (kitab kecil shj)

Bersambung ke bab 9 tatkala redha dgn Qada' Allah taala.

p/s: catatan dhaifku diatas pasti ade kekurangan..mohon teguran dan pembetulan dari yg arif~

~ TAMAN -TAMAN SYURGA DI MASJID KAMPUS BARU UPSI~


Alhamdulillah...syukur Ya Allah..Allahukabar..

Hadiah yang terindah dari Yang Esa...

Hasrat hati utk lihat kedua-dua org ustaz ni secara live dimaqbul Allah swt..=) 

Sykurnya Ya Allah...

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan??- Surah Ar-Rahman [32]

Ya Allah,,tiada daya upayaku utk mendustakan nikmat pemberianMu~

~ Ustaz Ahmad Dasuki-Keadaan Mayat Di Alam Barzakh ~


Saturday, December 15, 2012

~ AMBIL BERAT PADA INSAN DIHATIMU ~

Malam ini pendek shj dari ayahnda Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Ambil beratlah pada orang tersayang dan mereka-mereka yang ada tempat di hatimu.

Tapi mestilah elakkan diri daripada mengharapkan mereka yang diambil berat ini mengambil berat terhadap dirimu seperti mana anda mengambil berat mengenai kebajikan mereka.


Jika tidak anda akan terjerumus dalam perasaan marah kesumat.

Marah kesumat ini akan menyelubungi minda anda dengan per
kara-perkara yang boleh digunakan untuk membuat pihak yang mu mengambil berat berasa bersalah.

Ini termasuk berkata kata-kata yang seperti jirusan air tidak dapat ditarik balik sehingga menyesal seumur hidup tatkala kemarahan reda.

Ada pula yang terfikir cara-cara melukakan diri sendiri demi mendapat perhatian mereka yang diambil berat oleh mereka.

Inilah bahaya marah kesumat ini - pintu paling mudah termakan bisikan syaitan.

Anggaplah mengambil berat kebajikan seseorang itu sebahagian tugas menyempurnakan tugas Allah dan percayalah Allah akan memberi balik ganjaran atas kebajikan yang diberi, nescaya anda akan dapat jauhi diri daripada marah kesumat itu.

Ingat, bantu dan ambil berat dengan sepenuh hati - tapi jangan sesekali mengharapkan anda akan mendapat layanan yang sama daripada mereka yang dibantu, biarpun keluarga terdekat.

Senyum.

~ BUAH LABU MAKANAN RASULULLAH S.A.W~

Nabi SAW makan roti berkuah dgn daging dan BUAH LABU. Beliau suka kpd buah labu dan mengatakan : 
"Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud "Ya Aishah apabila kau masak gulai, maka
 perbanyakkan dalamnya buah labu krn labu itu menguatkan hati yg duka".

BUAH LABU~ boleh menenangkan hati yang berduka..wallahua'lam..ni sekadar pendapat ulama' tentang makanan yg disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w~ [ ustz zahazan ]





~ KITA KAYA RAYA DENGAN MEMBERI ~

2 SAFAR 1434 |15.12.12

Adakah kita akan berhenti memberi bila kita tidak dihargai atau berterima kasih??

Tidak...kerana Allah swt tidak berhenti memberi kepada hambanya walau hambanya sememangnya sedikit sahaja yang bersyukur...

maka,kita pun jangan berhenti memberi..kalau berhenti,kita sebenarnya ego!..

Rumah dibina dgn kayu@material..
Tetapi Rumah tangga dibina dengan kasih sayang,cinta dan rindu..
maka,untuk membina rumah tangga mesti ada memberi~

Manusia perlu fokus kepada peranan,bukan hak..
PERANAN untuk memberi, HAK hanya menerima,,

Mind set,,untuk berikan senyuman~
Saling beri memberi..=)

Kenapa kita sukar utk memberi?? kerana kita kurang kasih sayang...
kenapa kurang kasih sayang??kerana kurang imannya..


Barang siapa yg paling tinggi imannya kepada Allah , maka ia paling tinggi kasih sayangnya kepada makhluk Allah swt yg lain..

Cinta itu adalah tindakan..
wanita sgt sensitif terhadap sesuatu yg berbentuk material..spt hadiah...
Tetapi lelaki lebih fokus kpd tanggung jawabnya...

Sesuatu ketika,,,datang seorang lelaki kepada Rasulullah,,,aku amat mencintai sahabatku kerana Allah..Rasulullah menyuruhnya,melafazkan kata2 itu kepada sahabatnya...=)

Rasulullah hebat indoor n outdoor..
Rasulullah bukan sahaja seorang yang romantik dgn isteri2 baginda..
tetapi baginda juga hebat dalam peperangan menegakkan Islam..
Kita jangan hanya melihat dari satu sudut,tetapi lihatlah pada kedua-duanya...

Seperti dikatakan minum susu kambing boleh meransang kita untuk menjadi baik..
Tapi kita kene tengok..bukan sekadar minum susu kambing je cukup utk menjadikan kita baik..kita perlu tambah ilmu...mujahadah...ikut sunnah Rasulullah s.a.w secara holistik(menyeluruh)~

Kisah Hayatussahabah~ seorang sahabat berpusing apabila sampai pada satu tempat..org bertanya,,,kenapa kamu berpusing? dia menjawab,aku berpusing kerana Rasulullah sampai ke situ,Rasulullah berpusing..
kita ikut Rasulullah,,,kalau xboleh buat semua,jgn tinggal semua..
Pakaian putih ikut sunnah....tetapi,berakhlak dgn akhlaknya itu utama..

Jgn merasakan kita tidak ada utk memberi...selagi kita berada diatas dunia,kita adalah org yg berada
harta,tenaga,senyuman,doa..


Org yg pertama yg mendapat manfaat adalah dari apa yg dihulurknnya

Dari Ustaz Pahrol Juoi
Mukmin Profesional
di Ikim.fm

~ KEBESARAN ALLAH YANG MENCIPTAKAN ANAK AYAM~


Monday, December 10, 2012

~ UJIAN HIDUP oleh IMAM MUDA~


Sungguh menyentuh hati...membuat hati bertambah merindui kekasih Agungku~
Ya Allah...aku merinduiMu~
Indah,amat indah dan sungguh indah kuasa Cinta~

Saturday, December 8, 2012

~ TANYALAH USTAZ HAZLIN BAHARIN - BATASAN BERSOSIAL DALAM ISLAM ~


BAHAGIAN 1


BAHAGIAN 2


BAHAGIAN 3


~ VIDEO OMAR SERIES~


EPISODE 1: 


EPISODE 2: 


EPISODE 3: 


EPISODE 4:


EPISODE 5:


EPISODE 9:


EISODE 10:


EPISODE 11:


EPISODE 15:


EPISODE 18:


EPISODE 26:
Published on Aug 7, 2012


~ POKOK YAHUDI / POKOK GHARQAD~



Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:



"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.

*Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.

*Pokok Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja. Daun nya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.

*Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.

Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.





i get it from 
https://www.facebook.com/farhan.mamat

~ SEJARAH WANITA DIJADIKAN ALLAH SWT~


SLOT 1


SLOT 2

Disampaikan oleh ustaz  Amin http://www.ustazamin.com/

~ KITTUN~


Meaww~
Rindunye kat kamu sayang...erm,,da lame kamu pergi.....lepas kamu mati...anak kamu pula kene culik...kesian zizie..dier sedih sangat kehilangan kamu dan anak kamu tu....sampai skrg kami xjumpe pengganti lg tau...kucing2 yang lain sume xbaik sgt...

huuuu,,rindula kat kamu...nak belai dan cium2 kamu~
susahnye nak dapat kucing macam kamu skrg...
comel...baik...manja...eee..geramnye~~

~ 10 SEBAB DOA TIDAK DIKABULKAN~


Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :
"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

1.Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-
haqNya.
2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan
tuntutannya.
3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih
mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4.Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi
tidak mengerjakan sunahnya.
5.Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak
mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke
Syurga.
6.Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi
ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-
siap menghadapi mati.
8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi
tidak pernah melihat aibmu sendiri.
9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi
tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi
tidak mengambil pengajaran dari mereka.


From: https://www.facebook.com/pages/Muhasabah-DIRIAntara-Cinta-Syurga/206340626123738