MENARIK, ISU pembinaan masjid Cina yang dibangkitkan dan disarankan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin di Parlimen baru-baru ini. Sebenarnya, Kerajaan Kelantan sudahpun membina masjid tersebut di Rantau Panjang yang perbelanjaannya melebihi RM9j. Idea membina masjid yang berkonsepkan seni bina Cina ini telah diilhamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat diawal-awal PAS memerintah Kelantan. Rantau Panjang dipilih sebagai lokasi untuk tapak pembinaannya adalah kerana ia merupakan pintu masuk para pelancung asing dan juga kawasan tumpuan pelancung. Disamping dapat menarik kedatangan pelancung, tujuan utamanya adalah Uslub Dakwah. Ianya juga bagi mengajak manusia melihat dan berfikir tentang luasnya sikap dan keterbukaan Agama Islam yang sudah tentu ajarannya melampaui batas-batas kejumudan bangsa dan budaya. Dari jauh ia kelihatan bagaikan sebuah bangunan kuil atau istana lama di China jika pandangan tidak turut tersilau kepada menara yang tegak dengan kubah seakan-akan kopiah berlilit serban di pinggirnya. Bangunan berbumbung hijau dan diselari dengan warna merah itu mencuri perhatian umum mereka yang menghala ke pekan Rantau Panjang atau yang baru memasuki negara ini melalui pintu sempadan.
Sememangnya juga keunikan wajah asing dalam suasana budaya setempat menimbulkan sekilas polemik dalam kalangan pelbagai pihak termasuk para ilmuwan, budayawan dan juga sebilangan mereka yang kritis dalam kesempurnaan seni bina.
Masjid yang pembinaannya dicetuskan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 1992, dianggarkan menelan kos RM9 juta kini hampir siap dan telah mula dibuka pada bulan Ramadan dengan seorang imam dari China diundang untuk mengimam solat tarawih.
Ia diberi gambaran awal sebagai masjid tiga budaya di mana selain budaya Cina sebagai terasnya, ia turut diselitkan sedikit dengan calitan budaya India dan Melayu di pinggirannya dengan lorekan simen di beranda di samping lakaran geometrik Asia Tengah di dalamannya.
Difahamkan masjid yang turut digelar Masjid Beijing dan terletak di tapak seluas 1.48 hektar, merujuk kepada reka bentuknya seperti kuil China pada zaman Dinasti Ming yang turut kedapatan di kuil di Kuala Lumpur.
Ia mampu memuat lebih 300 jemaah dalam satu masa di samping terdapat dewan pelbagai guna di bahagian bawahnya serta dikelilingi beberapa ruang yang difahamkan akan dijadikan pejabat, klinik, perpustakaan dan tadika.
Ada yang berpendapat, reka bentuk masjid ini suatu kecelaruan seni bina yang menyimpang dari segi tradisi, sejarah dan estetika dalam suatu zaman, budaya serta nilai kehidupan masyarakatnya. Ia seakan-akan dilihat meminggirkan akar umbi tradisi Melayu yang berkait rapat dengan Islam. Selain aspek ketakwaan semasa mula membinanya, masjid harus mampu untuk membuat jangkauan atau capaian terhadap khalayak meliputi penduduk Islam dan bukan Islam. Malah katanya, apa yang diperhatikan setakat ini masjid di seluruh negara, pada umumnya masih lemah dalam memainkan peranan ini.
‘‘Mungkin masjid kita terlalu representatif dan menjurus kepada orang Melayu. Apakah keterlaluan jika kami proaktif membuat percubaan melahirkan satu masjid berwajah majmuk.
‘‘Insya Allah, ia akan membuka gelanggang dakwah yang lebih luas dan diharap masjid ini menjadi mesra masyarakat,” ujarnya.
Pendekatan seni bina yang pelbagai wajah hasil kesatuan tiga nilai, tiga reka bentuk, tiga budaya dan cabang seni ini tentunya menarik dan unik untuk didekati.
Beliau yakin, aktiviti ceramah dan tazkirah akan lebih mudah mengundang bukan Islam kerana faktor menipisnya alergi, prejudis dan rasa segan. ‘‘Ini adalah proses kemasyarakatan dan kita akan membina proses ini dan menyemai benih perpaduan yang akan lebih mengukuhkan integrasi nasional.
‘‘Kebudayaan memang manifestasi keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, kelakuan dan fikiran berupa kebendaan dan kerohanian sesuatu masyarakat dan seni bina pula adalah salah satu pencapaian manusia yang mencerminkan budaya sezaman. ‘‘Tetapi apalah salahnya sekali sekali kita cuba lari dari definasi klasik. Bahkan melalui seni bina yang dicuba di masjid Rantau Panjang ini adalah untuk membuktikan sebuah kemajuan pemikiran, ilmu, kebudayaan dan teknologi. Ia dikatakan dapat menggambarkan ketamadunan sesuatu masyarakat yang dinamik dan bersepadu atau sememangnya ia cerminan budaya masyarakat kita zaman ini yang penuh dengan kecelaruan.
(Sedutan Harakahdaily)

Tempat Wuduk

No comments:
Post a Comment