Monday, February 9, 2009

GERHANA BULAN PENUMBRA


Gerhana bakal menunjukkan diri lagi tidak lama lagi, kali ini sempena perayaan masyarakat India di M'sia menyambut Thaipusam pula......diketahui baru-baru ini masyarikat Cina meraikan Tahun baru kalender Lunar mereka dengan kehadiran Gerhana Matahari.

Mungkin ada hikmah atau petunjuk yang didatangkan, sama-samalah kita bermunajat dan berdoa mengingati ALLAH Ta'ala.

Bila KES?

Tarikh: 9 Februari 2009
Masa: 8.30 pm hingga 12.00 am


Bulan akan melintasi bayang-bayang penumbra Bumi dan menghasilkan fenomena Gerhana Bulan Penumbra. Bayang-bayang Bumi mempunyai 2 bahagian, iaitu umbra (bahagian paling gelap) dan penumbra (bahagian kurang gelap dan berada di sekeliling umbra).

Walaupun ia gerhana penumbra, namun Bulan akan melalui agak hampir dengan kawasan umbra. Kita akan dapat lihat Bulan kelihatan sopek sedikit di satu sisinya.

Bulan mula memasuki bayang-bayang penumbra pada jam 8.39 malam waktu Malaysia. Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10.39 malam waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:38 tengah malam waktu Malaysia.

Disebabkan kesan bayang-bayang penumbra hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat kesannya apabila Bulan menghampiri kawasan umbra di antara jam 10.00 malam hingga 11.20 malam waktu Malaysia.

Perkiraan ini adalah ramalan sahaja. Ia juga bergantung kepada keadaan cuaca setempat.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa di Planetarium Negara bermula 8.30 malam hingga 12.00 tengah malam.

Mereka yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, siaran langsung juga boleh disaksikan di Laman Web ANGKASA : www.angkasa.gov.my bermula 8.30 malam hingga
12.00 tengah malam.







"Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal"

No comments:

Post a Comment