Friday, February 27, 2009

SOLEHAH CITA-CITA KU!

Solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki.

Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

1) Menjadikan Allah dan Rasul seb
agai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka rajin dan tidak jemu beribadat dan tidak pula menghalang suami daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.
2) Mentaati suami dengan
mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya .
3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.

4) Meletakkan nawaitu(niat) untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.
"SeiRinG BeRSaMa Dlm MenCaRi ReDha ALLAH s.w.t"

posting from : noor azreena bt ab.wahab

2 comments:

  1. selamat hari lahir..moga tercapai impian jd wanita solehah... =)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah,,nak jadi anak yg solehah,isteri yg solehah dan ibu yg solehah,,buat keluarga yg soleh solehah dan suami yg soleh...=)

    ReplyDelete