Sunday, December 2, 2012

~ STESEN KERETAPI PALEKBANG ~

Gambar dari : http://senirupasiti.blogspot.com/2011/05/rumah-sejarah-tetap-dilupuskan.html

Stesen ini didirikan oleh Inggeris pada pertengahan 1920an. Landasannya menjadi penghubung utama di antara ibu negeri Kelantan: Kota Bharu, dengan daerah-daerah lain dan ke negeri-negeri Tanah Melayu yang lain. Pada ketika itu Palekbang muncul sebagai salah sebuah pekan yang pesat dengan perdagangan, lebih dahulu dari tempat-tempat lain di Kelantan. Di sinilah nadi penggerak ekonomi negeri, yang strategik dengan stesen keretapi dan feri yang menyambung penduduk setempat dengan Bandar Kota Bharu. Bukan rakit, tetapi feri dua tingkat, dikenali sebagai Feri Belangkas, serta bot-bot kotak. 

Sesuai dengan sifatnya sebagai hub dan pekan transit, di sini juga didirikan Cold Storage (tempat simpanan sejuk) yang menyimpan stok air botol F&N dan Coca-Cola; depo minyak kepunyaan Shell dan Esso, serta kilang air batu - masing-masing membekalkan minyak dan ais ke seluruh negeri Kelantan. (http://www.budayaseni.my/article/?id=151)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------srikandikumawar---------------------------------------------------------



Kedudukan antara stesen keretapi dan pengkalan moto/jeti Palekbang

Pelan stesen keretapi ini dibahagi kepada 2. Ditengah-tengahnya ada laluan ke jeti untuk menaiki bot penambang. Lokasi jeti tersebut betul2 dibelakang stesen keretapi ini dengan 20 langkah dari pintu depan stesen. Pada usiaku sekitar 4 tahun (1989), masih ramai lagi orang yang menggunakan perkhidmatan keretapi dan bot disini untuk ke Kota Bharu dan Tumpat. Budak-budak sekolah yang belajar di Sekolah Ismail Petra, Sekolah Zainab dan Maahad  Muhammadi masih ramai menggunakan khidmat bot dengan tambang 20sen waktu tu. Basikal mereka pula disusun diatas dek bot dengan baik.



(http://blog-kelantan.blogspot.com/2011/07/03-di-wakaf-bharu-google-blog-search_12.html)

Kali terakhir keluarga aku menggunakan khidmat keretapi di stesen Palekbang ini digunakan adalah pada tahun 1992 sewaktu Pak Cik ku dari Gemas datang untuk melihat keadaan stesen keretapi tersebut. Katanya, alatan yang terdapat pada stesen ini amat baik kualitinya. Tidak hairanlah pak cik cakap macam tu..Sebab keluarga pak cik mememang kerja KTM dan menetap di GEMAS. Kali terakhir pak cik datang, masih ada petugas yang menjaga landasan keretapi. Masa tu juga, bilik-bilik yang terdapat di stesen masih dipenuhi peralatan komunikasi, tetapi sudah ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, dalam range tahun 1989-1995, stesen keretapi Palekbang masih digunakan oleh penumpang yang mahu menaiki keretapi. Ianya berakhir setelah pihak KTM tidak lagi mahu berhenti di sini.


No comments:

Post a Comment