Cinta berbalas~
Allah taala akan kasih kpd kita bila kita kasih kpd Allah swt.
Kasih oleh kamu akan Allah taala, sbb Allah taala beri nikmat kepada kita terlalu banyak.
Huraian
Dan ketahui olehmu makna KASIH iaitu cenderung hati kepada sesuatu yg di sukai dan tiap2 yg sedap itu dikasihi oleh dia dan jika KUAT KASIH itu,dinamakan dia Aa'shyQ (namaku Nur A'shyQQin= cahaya kerinduan= moga kerinduan ini hanya kerana Allah swt). dan makna BENCI itu liar hati kepada sesuatu dan jika kuat oleh benci,dinama ia MARAH dan murka (benci teramat sangat)
Sebab
Dan bahawasanya kasih itu sebab 2 perkara
1. berbuat baik
2. keelokkan
Maka kasih kita akan Allah taala,kerana tiada yang berbuat kebajikan kepada kita melainkan dari Allah taala. maka berbuat baik akan dia kerana kita adalah petunjuk oleh Allah taala.
Dan kita kasih kpd Allah taala kerana semua alam ini dibawah kudrat Allah taala..
1. Mendahulukan hak Allah oleh seorang akan mengerjakan yg disuruh oleh allah taala atas yang disukai oleh hawa nafsu
2. Rindu menjumpai Allah taala dengan mati
3. Dan setengah darinya redha ia dengan Qadar Allah taala.
4. Benci akan dunia. kerana dunia kerana dunia melalaikan akan dia daripada menyebut akan Allah taala yang dikasihinya.
a) Dan ketahui olehmu, bahawasanya org yg mengenal Allah taala tiada kasih ia melainkan akan Allah taala.maka jika kasih dia kpd yg lain,maka dengan sebab kasihnya kerana Allah.solatnya bagus,ikut syariatnya bagus.maka kita sayang pdnya.
Manusia itu hamba Allah taala..solat dimasjid.maka kita sayang kpdnya kerana dia sayangkan Allah swt.
Kita sayang kpd makhluk lain krn dia sayang kpd Allah.
Jika org tu sayang kpd nabi,maka kita juga sayang kpdnya.Sbb nabi itu kekasih Allah.
Dan nabi sayang kpd isterinya,maka wajib kita sayang kpd isteri2 nabi serta keluarga baginda.Kerana nabi saynag kpd mrk.
Nabi sayang kpd sahabat2 nya,maka kita pun kasih kpd sahabat2 baginda.Krn sahabat2 baginda sungguh sayang kepada Rasulullah,maka kita pun kena kasih kpd nya..
b) Dan jika kasih kpd makanan,sbb menguatkan badan utk mengerjakan perintah Allah taala kekasihnya.
Kenapa awk suka makan? sebab makanan ini menguatkan sy utk beribadat kpd Allah swt.
c) Dan jika dia kasih kpd bunga dan sungai2 dan cahaya dan segala rupa yang elok,maka kerana semuanya perbuatan Allah taala dan menunjukkan ia atas keesaan Allah swt dan kekuasaaan nya dan memperingatkan akan sifat keelokkan nya dan kebesarannya.
d) Dan jika kasih kpd org yg brbuat baik kpdnya,akan gurunya yang mengajarnya kita, maka mereka itu "waasitoh"iaitu "perantara" diantara kita dan kekasihnya.. pada menyampaikan ilmu dan kebajikan kpdnya..melalui ilmu ,al Quran dan hadis dan penjelasan ulamak
Allah swt yg memberi hidayah kpd mrk utk berbuat baik kpd kita..
Rasulullah yg paling besar berbuat baik kpd kita..
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِن تَوَلَّوا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُم مَّا حُمِّلْتُمْ وَإِن تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata".
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
Surah nasri ayat 2-3
Kamu lihat manusia masuk agama Allah berduyun2.kemudian dari masuk mereak itu seoitang2..apabila datang pertolongan Allah,maka bersduyungh2 org masuk islam. maka mengucap tasbih olehmu dgn memnuji tuahn engkau dan minta ampun olehmu akan dia.Sesunggunya Allah swt itu maha menerima taubat.
Puji Allah sbb allah banyak bg nikmat kpd kita..dan apabila engkau lihat org masuk islam ramai..maka engkau puji tuhanmu..maka apabila berpaling kepada dirimu,maka bertaubatlah engkau kpd Allah swt.
Sbb semua bnda hak Allah,bukan hak kita.
Berkata akan dia diambil dripada hujjatul islam al imam ghazali dalam kitab ar baiin fii usuliddin (kitab kecil shj)
Bersambung ke bab 9 tatkala redha dgn Qada' Allah taala.
p/s: catatan dhaifku diatas pasti ade kekurangan..mohon teguran dan pembetulan dari yg arif~
No comments:
Post a Comment