Saturday, December 15, 2012

~ KITA KAYA RAYA DENGAN MEMBERI ~

2 SAFAR 1434 |15.12.12

Adakah kita akan berhenti memberi bila kita tidak dihargai atau berterima kasih??

Tidak...kerana Allah swt tidak berhenti memberi kepada hambanya walau hambanya sememangnya sedikit sahaja yang bersyukur...

maka,kita pun jangan berhenti memberi..kalau berhenti,kita sebenarnya ego!..

Rumah dibina dgn kayu@material..
Tetapi Rumah tangga dibina dengan kasih sayang,cinta dan rindu..
maka,untuk membina rumah tangga mesti ada memberi~

Manusia perlu fokus kepada peranan,bukan hak..
PERANAN untuk memberi, HAK hanya menerima,,

Mind set,,untuk berikan senyuman~
Saling beri memberi..=)

Kenapa kita sukar utk memberi?? kerana kita kurang kasih sayang...
kenapa kurang kasih sayang??kerana kurang imannya..


Barang siapa yg paling tinggi imannya kepada Allah , maka ia paling tinggi kasih sayangnya kepada makhluk Allah swt yg lain..

Cinta itu adalah tindakan..
wanita sgt sensitif terhadap sesuatu yg berbentuk material..spt hadiah...
Tetapi lelaki lebih fokus kpd tanggung jawabnya...

Sesuatu ketika,,,datang seorang lelaki kepada Rasulullah,,,aku amat mencintai sahabatku kerana Allah..Rasulullah menyuruhnya,melafazkan kata2 itu kepada sahabatnya...=)

Rasulullah hebat indoor n outdoor..
Rasulullah bukan sahaja seorang yang romantik dgn isteri2 baginda..
tetapi baginda juga hebat dalam peperangan menegakkan Islam..
Kita jangan hanya melihat dari satu sudut,tetapi lihatlah pada kedua-duanya...

Seperti dikatakan minum susu kambing boleh meransang kita untuk menjadi baik..
Tapi kita kene tengok..bukan sekadar minum susu kambing je cukup utk menjadikan kita baik..kita perlu tambah ilmu...mujahadah...ikut sunnah Rasulullah s.a.w secara holistik(menyeluruh)~

Kisah Hayatussahabah~ seorang sahabat berpusing apabila sampai pada satu tempat..org bertanya,,,kenapa kamu berpusing? dia menjawab,aku berpusing kerana Rasulullah sampai ke situ,Rasulullah berpusing..
kita ikut Rasulullah,,,kalau xboleh buat semua,jgn tinggal semua..
Pakaian putih ikut sunnah....tetapi,berakhlak dgn akhlaknya itu utama..

Jgn merasakan kita tidak ada utk memberi...selagi kita berada diatas dunia,kita adalah org yg berada
harta,tenaga,senyuman,doa..


Org yg pertama yg mendapat manfaat adalah dari apa yg dihulurknnya

Dari Ustaz Pahrol Juoi
Mukmin Profesional
di Ikim.fm

No comments:

Post a Comment