BismiLLah..
Harini nak sharing tentang mandi susu..
Biasanya,bila dengar mandi susu,mesti orang terfikir yang mandi susu ni untuk orang nak kawen kan?? Tak pun,,, untuk putihkan kulit..
Sekarang kita kena ubah "mind set" kita..
Sebagai seorang wanita, kita jangan fokus untuk nampak putih dan gebu jer...apa yang penting adalah kesihatan dan lakukan ia sebagai tanda syukur kita kepada Allah swt yang menjadikan kita sebagai seorang wanita..=)
Belai dirimu bagaikan Bidadari dunia~
Jadikan mandi susu ni rutin penjagaan kulit kita sekurang-kurangnya 1@2 kali sebulan, sebaiknya 1kali seminggu..Sebab mandi susu ni sangat baik untuk kesihatan kulit dan aura badan =)
Apa lagi?? jangan berlengah untuk melakukan kebaikan..hihii..Saya pun baru merasai mandi susu ni..memang best..kulit jadi lembut dan wangi ~
Takperlu mandi dalam tab..tak perlu membazir g SPA..buat sendiri jer kat rumah..meh saya ajarkan..
Mula-mula..
Niat : Mandi susu kerana Allah swt untuk kesihatan kulit.
Bahan: Setengah cawan susu Full Cream. (RM 0.90 jer..kalau g SPA memang mahal la jadinya)
Cara-cara :
- Biarkan susu semalaman, lebih kurang 8jam. (untuk mengubah nilai pH susu dan susu menjadi sedikit pekat dan wangi, jgn sampai basi)
- Mandi dengan air biasa atau sebaik2nya mandi sengan air suam.
- Kemudian lulurkan susu sambil menggosok ke seluruh badan selama 10 minit. (tidak perlu tambah air..biarkan kepekatan susu dikulit anda)
- Bilas dan keringkan.
Untuk penambahan:
1. Anda boleh rendamkan bunga mawar ke dalam susu untuk dapatkan wangian bunga.
2.Atau anda boleh campurkan sedikit tepung bagi menambah kepekatan dan kelembutan pada kulit...
3. Anda juga boleh mencampurkan lulur seperti lulur kulit rambai bersama susu,tetapi pastikan bilas dengan susu sebelum anda mandi bersih.
4. Dan anda juga boleh campurkan dengan sedikit air kunyit.
Ok,,selamat mencuba ya...jangan tunggu kawen baru nak mandi susu...jadikan amalan dari sekarang...tak mahal pun~ yang penting rajin~..=)

No comments:
Post a Comment