Januari 2013
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain.
Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih
melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli
untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar -
laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku
biasanya mengsyorkan yang paling murah.
"Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar
yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap
dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia
terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa
nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku
duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi
dengan anaknya - lelaki. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?",
"Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku
menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?"
- "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya
dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang
lain yang lebih mahal. "Yang asus nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam
seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang asus nie berapa boleh
murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah
tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung
lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar
- yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti
setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti
mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab anaknya.
Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' -
aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak
dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia
menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat
tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash
drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan
anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang
diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan
dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya
- penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak
tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit,
dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati
sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang
ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
shared from Ash Shababunnaajah (Mohd Hadzmie Ramli-UTeM)
No comments:
Post a Comment