حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ
أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ
الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا
تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى
مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya
sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan
untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan
kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang
engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan)
kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan
sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
(al-Ahqaf: 15)
Pada usia inilah
manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal,
intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan
usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa
yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka
yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian
yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna,
kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang
harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
"Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk
berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang
kepadamu pemberi peringatan?"
(al-Fathir: 37)
No comments:
Post a Comment