10 Muharram 1435H | 14.11.13 | Jumaat
Tips menjadi "high-class women"
1) Menjaga solat ( solat di awal waktu serta usahakan untuk berjemaah)
2) Mentadabbur al-Quran. Baca al-Quran serta cuba fahami intipati serta
maknanya. Jadikan membaca serta memahami firman2 ALLAH dalam Al-Quran
sebagai amalan harian.
3) Miliki hati yang lunak. Ia bermaksud,
lembutkan hati untuk cenderung kepada kebaikan. Gunakan sifat
semulajadi yang sensitif untuk perkara kebaikan. Contohnya, belas
kasihan kepada orang miskin serta anak yatim.Sensitif kepada isu umat
islam.
5) Redha akan apa yang telah ALLAH kurniakan. Puaskan
hati dengan apa yang mengundang keredhaan ALLAH. Jangan merasa tidak
cukup atau tidak berpuas hati dengan kekurangan fizikal yang ada.
Sesungguhnya ALLAH menilai melalui hati dan amalan.
6) Baca
serta ambil tauladan dari kisah sahabiah. Moga menjadi pembakar semangat
menjadi wanita yang bernilai tinggi di sisi ALLAH dengan berjuang di
jalanNYA.
7) Meletakkan agama sebagai kriteria utama dalam memilih bakal suami.
Dari FB : https://www.facebook.com/noradibah.rozain (UNISEL)
No comments:
Post a Comment