Tuesday, January 22, 2013

~ SRIKANDIKU MAWAR'S BOUTIQUE ~


.: BUTIK RIKANDIKU MAWAR :.

Allahuakbar..rasa terharu dengan sokongan yg diberikan oleh seorang hamba Alah swt ni...Ya,,dia insan pemberian Allah swt kepadaku..Keikhlasannya itu sesuatu yang tidak nampak,tetapi dapat dirasai oleh hati. Terima kasih Fz atas sokongan yg diberikan. Semoga Allah merahmati kamu..Link http://fzfain.wordpress.com/2011/10/01/srikandiku-mawars-boutique/  akan dikenang..=)

Cita-citaku sejak di bangku sekolah lagi nak buka butik sendiri...sebab memang minat sgt menjahit...baju sekolah dulu pun jahit sendiri sejak form 2 semasa belajar di Maahad Muhammadi Pasir Pekan...Kawan2 pun cakap dan doakan semoga suatu hari nanti aku buka butik sendiri..aku sekadar mengaminkan doa mereka..=) syukur kpd Allah swt atas pemberian sahabat yang baik-baik.

Tahun akhir pengajian di UTeM, aku sudah bercita2..sebelum dapat kerja nanti,aku nak belajar menjahit (berguru dlm bidang jahitan) sebab mamaku memang tak pandai menjahit,so aku kena cari guru lain untuk belajar kaedah yang betul..dan aku juga ingin buka butik kecik =)

Aku merancang,,Allah juga merancang..tetapi sebaik2 perancangan adalah dari Allah swt..SubhanAllah..

Perancanga untuk belajar menjahit terpaksa dihentikan buat sementara waktu,sehingga tugasku selesai. Tapi Alhamdulillah,,Allah Maha Hebat!! di UPSI,aku sempat belajar menjahit dengan Puan Mariam (Tenaga Pengajar di UPSi). Dia tegas dan baik. Aku sayang dia. Keihklasannya mengajar dapat dirasa di hati. Ya Allah,,tempatkanlah dia bersama orang yang beriman..aamiiin.

Sekarang aku di sem akhir. Insyaa Allah,,aku akan mulakan prancangan untuk menggapai cita-citaku..=) Aku nak ajar wanita lain kaedah menjahit dengan mudah..Insyaa Allah.

Aku insan yang kerdil..Semuanya hadiah dari Allah swt  yang Maha Agung.
Allahakbar,,aku bersyukur pada-Mu atas segala hadiah yang diberikan ini.

{ hari ke-2 (2.1.13) dikampung-cuti sem sebelum masuk latihan mengajar}
 

Thursday, January 17, 2013

~FORUM SUARA MAHASISWA 2013~


FORUM SUARA MAHASISWA PART 4

(SEIRINGKAH MAHASISWA DENGAN POLITIK di UUM pada 6.1.2013 )



Parodi Forum Suara Mahasiswa from Matluthfi




LISTEN! 2+2 = 5. Bawani UUM VS Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin?


COMMENT FROM INTELLIGENT PERSON


Zaharuddin.net
Ramai yang marah dalam kes 'Listen 11x' tetapi sebahagian besar masyarakat kita memang mudah ditipu, diperbodoh, diperdaya dan dikongkong, kerana apa? Sebagai contoh lihat skim cepat kaya yg begitu mudah menipu tetapi sangat digemari ramai. Kes Listen 11 x dikatakan mengongkong mahasiswa, tetapi adakah hanya mahasiswa yang dikongkong suaranya? Bagaimana pensyarah, guru, pekerja dan lainnya. Juga, adakah hanya mereka yang mengongkong itu dipersalahkan? Bagaimana pula mereka yang membiarkan dirinya tidak berilmu, terlalu 'penakut' sehingga merelakan kongkongan tanpa maruah?



Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Sesuatu yang indah dalam menerima dan memberi pendapat ialah berlapang dada, jika pun pendapat yang di berikan oleh orang yang tak sependapat dengan kita tidak di persetujui, maka mendengar sehabisnya kata2nya itulah yang terbaik, jika kita boleh melapangkan dada di saat itu, itulah ketinggian dan kemuliaan dari peribadi indah kita, jika tidak! kita akan mengulangi kata kata yang tidak berfeadah itu... listen..listen..listen..


Prof Dr Muhaya
Mereka dengan kesedaran Keegoan yang tinggi sangat menjaga reputasi ( tanggapan manusia lain, maka sgt fikir apa orang kata), sebaliknya mereka dengan kesedaran ketuhanan sangat menjaga akidah, ibadah dan akhlak ISlamiah dan bebas dari penghargaan dan cemuhan manusia. Jom audit diri kita pada malam yang hening ini..


Salam sejahtera buat anda semua, sahabat-sahabat Universiti Malaya yang saya sanjungi. Semoga perjalanan peperiksaan anda berjalan lancar dan doa saya agar senyuman juga terpancar sebaik anda melangkah keluar dari dewan peperiksaan.

Dengarlah (Listen).

Semalam, kita digemparkan oleh sebuah video yang disebarkan di Youtube, memaparkan perjalanan sebuah forum yang diadakan di Universiti Utara Malaysia. Forum tersebut bertajuk “Seiringkah Mahasiswa dan Politik” dan perkara yang mengejutkan adalah tindakan panel forum terbabit, Saudari Sharifah Zohrah Jabeen yang memberi respon kepada pertanyaan pelajar UUM, Bawani dengan cara yang agak keterlaluan.

Berikutan daripada video ini, pelbagai reaksi telah diberikan oleh semua pihak terutamanya para mahasiswa. Majoriti mahasiswa merasakan bahawa perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku apatah lagi tujuan forum tersebut diadakan adalah untuk menjadi medium interaksi dalam kalangan mahasiswa dan ahli panel berhubung isu-isu politik. Malah, selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, sebuah NGO, tindakan tersebut sememangnya tidak boleh diterima dan secara peribadi, saya masih tercari-cari rasional saudari Sharifah bertindak sedemikian.

Saya tidak mahu mengulas dengan lebih terperinci tentang intipati kenyataan Saudari Sharifah kerana saya percaya, semua sahabat mahasiswa sudahpun menonton video ini dan mendengar dengan jelas “hujah” yang diberikan oleh Saudari Sharifah. Perkara yang ingin saya tekankan adalah berkenaan soal integriti Saudari Sharifah yang saya kira tidak menggambarkan profesionalisme yang sepatutnya, sesuai dengan status beliau selaku seorang Presiden.

Saya percaya dan sentiasa akan percaya, semua orang mempunyai hak untuk menyatakan apa yang dirasai. Segala firasat, teori, pandangan mahupun kritikan sewajarnya diberikan ruang yang adil untuk disalur dan dikongsi. Apatah lagi, dengan adanya forum sebegini, soalan-soalan “panas” memang merupakan sesuatu yang pasti dan atas sebab itulah, ahli panel perlu bijak menangani.

Selaku mahasiswa, kami sentiasa mempunyai aspirasi yang tersendiri. Biarpun kami mungkin berbeza ideologi sesama sendiri, bernaung di bawah berlainan panji, waima menjadi ahli fikir neutralisasi, ada perkara yang kami kongsi merentas seluruh universiti. Kami berkongsi bahawa hak mahasiswa itu perlu dibela, suara mahasiswa itu perlu dijaga, malah hati, maruah dan pendirian mahasiswa itu perlu diutama. Atas dasar inilah, pelbagai forum atau debat dilaksanakan di peringkat universiti agar medium ini diangkat sebagai saluran idea mahasiswa sekaligus menjunjung semangat demokrasi.
Namun, sayangnya hal ini seolah-olah tidak difahami oleh Saudari Sharifah.

Tindakan yang dibawakan oleh Saudari Sharifah ini sememangnya bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh mahasiswa. Malah, berani saya katakan juga, ia bertentangan dengan sikap keterbukaan kerajaan yang kini sudah banyak mengangkat martabat mahasiswa sehingga membenarkan mahasiswa untuk menjadi calon dalam PRU13 nanti. Tatkala suara mahasiswa semakin didengari, tiba-tiba Saudari Sharifah berkelakuan sebegini, apa sudah jadi?

Secara jujur, saya berpendapat bahawa Saudari Bawani juga agak beremosi tatkala mengajukan soalan kepada ahli panel. Saya juga berpendapat, cara soalan itu diajukan turut mempunyai sedikit unsur provokasi. Namun, saya lebih berpendapat, selaku seorang yang bepengalaman dan profesional, bukan begitu cara Saudari Sharifah untuk memberikan reaksi kepada persoalan Saudari Bawani.

Soalan saya, adakah wajar seorang mahasiswa diperlakukan sebegitu di khalayak ramai? Jika jawapannya adalah “YA”, soalan saya, adakah begitu cara untuk seorang Presiden yang menggunakan nama 1 Malaysia dalam persatuannya menegur dan memperbetulkan sikap seorang mahasiswa? Jika jawapannya masih “YA”, soalan saya, kalau begitu, apa beza Saudari Sharifah dan Saudari Bawani selain O Level yang dimiliki?

Inilah yang akhirnya berbalik semula kepada nilai hormat yang perlu diterapkan kepada semua. Ironinya, Saudari Sharifah juga berbicara perihal “menghormati” ini namun beliau mungkin terlupa perihal “menghina”. Saya percaya, seandainya Saudari Sharifah mahu membuka mata mahasiswa, saudari perlu juga belajar untuk membuka mata saudari menghormati kami. Saya juga percaya, seandainya haiwan seperti kucing, jerung, lembu dan lain-lain pun boleh bercakap, nescaya mereka akan menyuruh Saudari Sharifah berhenti bertindak sebegitu rupa.

Namun begitu, tanpa menidakkan intelektual mahasiswa semasa, saya juga ingin berpesan kepada sahabat-sahabat mahasiswa, bahawa kita juga perlu bijak dalam menilai sesuatu isu. Jangan kerana kita dimomokkan oleh cetusan-cetusan yang beremosi, kita juga turut sama berkongsi bahang kemarahan tersebut baik di Facebook, Twitter mahupun blog dengan kata-kata yang tidak sopan. Disinilah ujian sebenar untuk kita buktikan kepada semua, bahawa mahasiswa Malaysia sudah matang dan bukannya melulu tanpa merancang. Janganlah kita melampiaskan kemarahan kita secara membuta tuli kerana kelak, maruah kita juga yang diperjudi. Usah kita berikan ruang untuk mereka di luar sana melakukan “serangan balas” atas sikap kita.

Akhirnya, kita semua perlu belajar dari insiden ini. Usah menuding jari ke arah Sharifah semata-mata, mungkin kita juga ada kekurangan yang menuntut kita bermuhasabah diri. Musuh sebenar kita bukanlah Sharifah Zohra, tetapi adalah rasa hormat dan rasional yang kian hilang dalam diri kita. Gelaran MAHASISWA itu begitu besar ertinya, sama besar amanahnya, jangan sesekali kita nodai tanggungjawab ini. Selaku YDP MPPUM, saya mewakili kepimpinan MPPUM 2012/2013 ingin menyatakan pendirian kami bahawa kami menentang segala bentuk tindakan yang merendahkan martabat mahasiswa dan saya menjemput Saudari Sharifah Zohra untuk mengadakan sesi dialog di Universiti Malaya untuk kita bersama-sama membincangkan soal hala tuju negara. Moga kedua-dua pihak mendapat manfaat daripadanya.

Kepada Saudari Bawani – You’ll Never Walk Alone.

Izham Ismail
Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya 2012/2013


~ KOTA YANG PALING INDAH DALAM AL-QURAN~


Salah satu kota yang paling indah dalam Al-Qur'an disebut sebagai "Irama Dzaatil Imaad" (Iram yang mempunyai bangunan yang tinggi-tinggi) (Q.S. Al-Fajr: 7). 
Kota ini dibina oleh pemerintah yang bernama Syaddad bin Aad yang sombong. Setelah ia mendengar khabar dari Allah menyebutkan tentang keindahan syurga yang akan diberikan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa, ia kemudian memerintahkan seluruh kaumnya untuk membuat syurga yang tiada tandinganya. Di gurun pasir negeri Aden, dibangunlah kota besar, istana dan gedung-gedung yang terbuat dari emas, perak dan tiang-tiang utamanya di perbuat dari permata Zabarjad dan Yakut. Ditengah-tengah kota dialirkan sungai-sungai yang airnya senantiasa mengalir dengan aliran yang teratur dan jernih, lalu ditanam pohon-pohon yang rendang. Ketika Syaddad akan meresmikan bersama para pembesar kerajaan dan rakyatnya, Allah mengirimkan petir yang membinasakan mereka. Dalam sekelip mata pembangunan yang dibangunkan bertahun-tahun musnah oleh murka Allah dalam bentuk petir yang berlangsung hanya beberapa menit sahaja.

~ KUASA ALLAH PADA BUAH-BUAHAN~


Anggur/kismis
Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.
Buah oren
Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

Buah Epal
Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.

Buah pear
Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.

Pisang kaki
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

Mangga
Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.

Kiwi
Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

Pisang
Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

SHARE & LIKE PAGE : Rahsia Alam Rumahtangga

from : https://www.facebook.com/pages/Misteri-keajaiban-alam/206304236057280?ref=stream

~ GENG TAK SOLAT MUSUH ALLAH SWT~



Masih ramai yang meninggalkan solat..1 kefardhuan yang paling besar dalam Islam..
Orang yang tidak mengerjakan solat ini tidak layak bernama Islam..
Kerana orang yang tidak solat, musuh Allah,,musuh Malaikat, musuh para Rasul ,musuh para Nabi , musuh orang yang beriman..
tetapi kita tidak pandang meninggalkan solat sebagai satu jenayah..bagi kita jenayahnya ialah hisap dadah, ataupun rompak dan samun, meninggalkan solat tidak apa-apa..
bahkan ada orang yang dihormati..walaupun dia orang yang tidak solat..
hukumnya HARAM cium tangan orang yang tak solat..tapi kita ni jahil, tidak ada ilmu,tangan orang yang tak solat, dia cium? 
Laa ilaaha illALLAH..tok guru kita kata, baik kita cium hidung kambing..daripada kita cium tangan orang yang tidak solat..kerana orang yang tidak solat,telah pun dijanjikan masuk neraka SAQR..Allah hikayatkan dalam Quran,malaikat bertanya " 74:42


Surah Al-Muddatstsir : 42 " apa sebab kadu duduk dalam api ni? ramai sangat ni? sampai berjuta-juta orang duduk di dalam api ini? Maka jawab mereka itu....

74:43


Surah Al-Muddatstsir:43 " Kami bukan penjenayah hebat..kami bukan rompak bank..kami bukan perogol bersiri..kami bukan geng pancung kepala orang..cuma kami tidak solat jer..tidak solat?? tak kira..anak raja, anak permaisuri,anak menteri, presiden dunia sekalipun, pasti ALLAH letak didalam neraka SAQR..

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=icFrwLOCmPc

Friday, January 11, 2013

~ HATI ORANG BERIMAN ~


Sebak hati melihat takungan air mata Tuan Guru...
  Ya,,orang beriman selalu punya cara sendiri untuk menata hatinya..meskipun berlawanan dengan apa yang dia terima dalam kehidupannya..Saat mendapat musibah, airmatanya menitis..tetapi hatinya terilham untuk meyakini bahawa apa yang diberi Allah swt pasti akan terbaik untuknya..Fizikalnya mungkin lelah...fikirannya mungkin penat..tetapi tidak dengan hatinya yang terus yakin apabila diuji Allah swt.. 

Pertama kali melihat raut wajahnya,,dia nampak sangat tenang..Tidak ubah seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz..
  
Teringat kenangan bersama Tuan Guru pada 5.6.11> 9.10.11> 9.10.12(Hotel Avillion) di Melaka..(Tuan Guru memang suka nombor yg tersusun)
Kali terakhir perjumpaan kami untuk tahun 2012, baruku tahu,,Tuan Guru seorang yang riang,kelakar dan suka sakat orang rupanya..=) senyumannya manis,,tutur bahasanya tersusun..tidak nampak sedikit kerisauan di wajahnya,,walau ustaz ada bagitahu yang Tuan Guru sangat risau akan anak muridnya..

Ketika sesi photography antara kami..Barisan muslimat beratur mengambil tempat untuk bergambar bersama Tuan Guru..Aku seperti biasa,,berada pada hujung barisan,,sebagai penghormatan kepada ibu2 dan kakak2 yang masing2 mahu bergambar hampir@ sederet dgn Tuan Guru..Aku mengambil langkah untuk mengalah..Walau dalam hati sentiasa berharap untuk duduk dekat dengan Tuan Guru..

Mataku tidak berganjak dari melihat beliau..Sabil berdoa semoga Allah swt menggugurkan dosa2 kecilku dgn melihat org alim..Sedang makcik2 dan kakak2 sibuk beratur untuk bergambar dengan Tuan guru, tetiba tuan guru melambai memanggilku..Tuan Guru " Meh, duk sini.."

Aku padamulanya tidak percaya..tetapi menyahut perlahan,,"Ye?" Hihiii..aku bagai si kecil yg keriangan berlari kearah Tuan Guru..yang sememangnya hati ini mahu sangat bergambar hampir dengannya..Lantas aku berkata "Alhamdulillah,,saya dapat jugak duk depan Tuan Guru..hihii" 
Tuan Guru tersenyum dan berkata "Ha,,duk depan ni,,tiket kat sini la yg mahal..depan sekali..duduk elok2.." 

Aku tak dapat menahan kegembiraan,,lafaz syukur kpd Allah..dan senyuman yg menguntum..hati pula sungguh riang sekali..Bilamana aku naik ke pentas dan duduk bersimpuh di hadapan Tuan Guru,,terdengar suara2 ibu yang berkata " Eh,dier dapat duk depan Tuan Guru? Nak duduk jugak..tepi sikit..tepi sikit.." hihii..kelakar dengan gelagat ibu2 ni..aku menjawab.."Mak cik duk tepi saya ye..=) saya dah duduk..xboleh berganjak lagi.." Tuan Guru menyapa.."Duduk baik2..orang nak amik gambar...nampak makin ramai cameraman berbanding tadi.."..hihiii..tuan guru mula menyakat..
 
Ustaz2 yang dari tadi duk perhati gelagat muslimat mengambil tempat berkata "Akhirnya! dapat jugak kat dier ye..ishh budak ni.." Aku sekadar senyum sahaja dgn suara2 mereka tu..Moga ilmu yg aku pelajari ini diberkati Allah swt..
   
Alhamdulillah Ya Allah.. Hadiah terindah dari Allah swt..

Akhirnya kepenatanku drive dari Tanjung Malim ke Melaka, terubat seketika..Walau haritu aku ponteng(dah bg surat makluman) kelas Prof. Dato' Dr. Abdul Rahman Daud jam 3 petang.. dan keesokkan paginya aku drive pula dari Melaka ke Tanjung Malim untuk kelas jam 11pagi..Badan penat,,tapi hati berbunga2..=) Alhamdulillah~

~Kebahagiaan memerlukan Pengorbanan
~ Tarbiah dari Allah swt yg sungguh bermakna ~
 

~ Fenomena Amanat dan Takfir ~

Fenomena Amanat dan Takfir

Ditulis oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Khamis, 10 Januari 2013 15:38

Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.

Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.

Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : “Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri” dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas – Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :”Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya “. Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang tidak diingini." (al-Furqaan : 63)

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
10 Januari 2013
Adapted from: https://www.facebook.com/harakah.siswa/posts/425467927521356

Thursday, January 10, 2013

~ TEMAN BELAJAR ~




Alhamdulillah,,malam ni last study utk exam esok 11.1.13..Jasad masih di upsi, tapi hati bersama keluarga tercinta..Insyaa Allah,esok famly bertolak dari kelantan ke KL..sbb 13hb angah tunang..sedang elok,,12.1.13 perhimpunan 1juta rakyat di KL.=) semua perancangan Allah swt..Alhamdulillah..cukup tersusun dan teratur perancangan Allah swt..tarikh tunang angah pun bukan kami tetapkan,,dari pihak keluarga prempuan.

Malam ni roomate tidur kat  hotel. So,study sorang2 di taman bahtera(sempadan antara perak dan selangor),,bertemankan, angin malam banjaran titiwangsa, zikir hafiz & syamil..=)

Wednesday, January 9, 2013

~ ANAK ISTERI YANG BERTUAH ~


Dengar kuliah jap,,lepas jawab exam yg ke 3..esok ade 1 paper lg..Allahuakbar,,kita boleh jawab exam bukan sebab kita study sahaja, tetapi kerana bantuan dari Allah swt.. Teruskan dalam kebaikan sebagai tanda syukur kepada Allah swt.

Kuliah harini bertajuk "Anak Isteri yang Bertuah"
Disampaiakn oleh 2 orang ahli panel.
Ahli panel 1: Ustaz Azhar Idrus
Ahli panel 2: Ustaz Haslin Bahrin
Moderator : Ustaz Syed Norisham Tn. Padang
Tempat : Masjid Al- Munawwarah, Sek 27, Shah Alam  
 
Iman takkan lurus sehingga lurus apa yg lurus dihatimu..Rasulullah bangga dgn ummat yg ramai.
Ustaz Azhar
Maksud hadis "Sesungguhnya bertuah org yg panjang umur dalam taat kepada Allah swt"
Bertuah, jika org kaya itu yg dikatakan bertuah,maka org kafir la yg bertuah.
Pangkat besar bukan bertuah,jika pangkat besar bertuah,maka firaun dikatakan bertuah..
Bertuah berkait dgn akhirat. Pendek umur taat Allah lg baik dari org berumur 80 yg tdk taat kpd Allah swt.Bertuah,adalah org yg akidahnya kukuh. Lahir sbagai org Islam dikatakan bertuah. Salah minta pendek umur, mintak panjang umur xpe,malah panjang umur dipuji syarak..Org yg berada didalam rumah Allah pun nak panjang umur,inikan pula org yang diluar masjid. 
Bertuah lawannya celaka(tidak taat kepada Allah swt). Mati dalam taat kpd Allah lebih baik dari hidup derhaka kpd Allah swt. Ubatnya?hadis majlis ilmu.Jahi kpd alim, gelap kepada terang.
Anak dan isteri yg bertuah, taat kepada Allah swt. Kecantikan tidak kekal. Harta semua ditinggalkan. Tuah org yg kasih kpd Allah swt ada hubungan dgn Allah swt dan fikir nak bg hadiah(buat perkara yg Allah suruh/amal baik)  buat Allah swt. apa sahaja yg kita buat, kita buat biar jadi bertuah. Bagaiman?ikut garis peraturan Allah swt dan kaitkan dgn akhirat. Bila bangkit di padang mahsyar, Allah panggil "Wahai hambaku" dan siapa yg dipanggil dgn wahai hambaku, dia adalah yg paling.

Ustaz Haslin Bahrin
 
55.00 :  Diakhirat nanti,suami, isteri dan anak-anak akan masuk syurga. Adakah kita akan bersama diakhirat sepertimana di dunia? dan bagaimana cara kita boleh bua?
(Qailullah jap,,penat study xabeh lg..pasni sambung balik) 
 

http://www.youtube.com/watch?v=521XITOtPwU

Sunday, January 6, 2013

~ RIBUT TROPIKA SONAMU ~

Ribut Tropika Sonamu (Western Utara Lautan Pasifik) 01.04.13



 
Ini imej kelihatan Sonamu Ribut Tropika di Laut China Selatan telah ditangkap oleh instrumen MODIS kapal satelit NASA Aqua pada Jan 4, 2013> 0535 UTC (12:35 EST).  

 Goddard MODIS Rapid Response Team NASA Menangkap Ribut Tropika Sonamu di Laut China Selatan
Sonamu telah meninggalkan Filipina dan Palawan di belakang dan imej satelit NASA menunjukkan ribut dipergiatkan ke dalam ribut tropika sambil bergerak melalui Laut China Selatan timur.
Pada 4 Januari , 2013 pada 0535 UTC (00:35 EST), imej kelihatan Ribut Tropika Sonamu telah ditangkap oleh Resolusi Sederhana Pengimejan Spectroradiometer (MODIS) instrumen yang lalat kapal satelit Aqua NASA.
Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC) menyatakan bahawa sesetengah imej satelit inframerah animasi menunjukkan perolakan pusat berterusan sejak peringkat rendah peredaran pusat dan beberapa formatif berpecah banding sepanjang bulatan separuh utara.
Menjelang 1500 UTC (10:00 EST / AS), angin maksimum berterusan Sonamu telah meningkat kepada hampir 35 knot (40.2 mph/64.8 kph). Pusat Sonamu terletak berhampiran 8,9 utara latitud dan 113,2 longitud timur, kira-kira 430 batu nautika (494,8 km / 796,4 km) timur-tenggara Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam. Sonamu bergerak ke barat pada 14 knot (16.1. Mph/26 kph) dan dijangka terus dalam arah yang umum bagi pasangan seterusnya hari dengan pusatnya tinggal di perairan terbuka kerana ia pas selatan Vietnam.
Extreme selatan Vietnam, dari berhampiran Ho Chi Minh City selatan mungkin merasa kesan pinggir luar ribut, dengan angin ribut, hujan lebat, dan kasar keadaan pantai.
Peramal JTWC menjangkakan bahawa Sonamu akan memuncak pada Jan 5 dan kemudian melemahkan sebagai kenaikan ricih angin menegak.
Sonamu dijangka beralih ke selatan-barat daya dan membuat pendaratan awal minggu depan di timur pusat Malaysia.


Ia dijangka tiba pada 8 JAN (SELASA)...pada kelajuan kira-kira 65KMSejam.

from: http://www.nasa.gov/mission_pages/hurricanes/archives/2013/h2013_Sonamu.html

~ MASALAH ANAK 6 TAHUN ~

Br 2 hr skola kt prasekolah, msok hr ke 3 da xnk skola alasan cikgu marah coz xthu tulis nama sendiri @ 0 lg la..... Bkn bdk ni sorang jew tp lbh kurang 5 org yg kena.... C anak da tkot nk ke sekolah lg... Cmne ni?? Agk2 salah sape?? Tlg..... Cikgu2 tlg komen!! Parents tlg pertahankn!!!
  • 2 people like this.
  • Nor Ashyqqin budak2 g skolah sbb dier nak belajar(nak tahu),maka cikgu kene bg tunjuk ajar (bagi tahu)...budak2 umur 3-6 tahun tidak boleh dimarahi tapi perlu dididik..
  • Ct Aishah Zakariya Right tp situasi kt skola ni laen plak c adek da nangis kena marah, kakaknyer dgr p nk tenangkn adek sekali ngan kakak pn kena marah.... Nasib2..... Xthu ler sok die nk g skola kew x.... Tkotnyer pasal.....
  • Nor Ashyqqin lor..awat garang nau yg marah tu..
  • Firwani Melaka xsampai seminggu sekolah..mmg ler xpandai tulis nama sendiri..kalau cikgu2 mengharapkan budak2 masuk sekolah dh pandai (tahap pra /tadika )..baik mak ayah xyah antr anak ke sekolah tu..lainlaa anak masuk darjah 1..xbagus itu cikgu
  • Shahliza Ibrahim Ader ker cikgu camtu.... Parent kena amik bahagian untuk mintak penjelasan dr cikgu yang mcm tu.... Jgn biarkan. ...
  • Ct Aishah Zakariya Firwani Melaka betul tu..... Jiwa cikgu ni bkn kt prasekolah la..... Parent dlu ye la akn tetap salahkn anak2 menangkn cikgu tp skrng da laen jgn silap ckit jerk, nahas cikgu tu.... Nasib2..... Shahliza Ibrahim ade cikgu kt sek.keb tut...... Thn lpas pn da ade aduan ke gb tp cm xde pape pn, thn ni berulang kmbali..... Kita layankn dulu rentak cikgu n ank murid ni dulu.... Br ajar prasekolah kn, blom msok lg ppki....
  • Shahliza Ibrahim Tak boleh biarkan... Kesian emosi budak... Pelik... Biasanya cikgu pra ni. .. Terpilih... Yg lebih berhemah... Tak jln komplen dgn gb.... G terus jabatan... Baru gegar skit....
  • Ct Aishah Zakariya Wah...sudah bagossss.... Jeng2....
  • Wanie Husin Ini adalah kisah anak saya yg dah trauma dan takut nk pegi prasekolahnya sekarang ni..kesian anak saya,blik dri sekolah pd hari ke2 dia dah demam..n dia kata dia dah xnak sekolah kt situ lg sampai bila2!!sedangkan msa hari pertama pgi tu(sblum sesi pembelajaran brmula)bukan main bersemangat nk sekolah..pgi2 dah bgun n x menangis pun masa nk tinggalkan dia kt pra masa tu...tpi bila blik dari sekolah dah menangis..hari ke2 ingtkan keadaan dah ok..tpi rupanya lbih teruk dari semlm..kakaknya sendiri nmpak mcmane teruk si adik tu kena marah..bila adik nya ternmpak kakaknya sdg memerhatikan dia dri luar,dia pun memanggil kakaknya tpi kakaknya pulak diherdik oleh cikgu pra tu supaya pergi dari situ..sampai menangis si kakak ni sbb x tahan tgok adiknya kena marah sampai mcm tu hnya sbb x pandai tulis nama..buat pengetahuan n ckgu tu pun tahu,anak saya baru thun ni bersekolah..x pnah masuk mana2 skolah tadika sblum ni..klau hari ke2 dah harapkan budak pndai tulis nama,sdgkn pensil pun x brape pndai pegang n ABC pun blum kenal hurufnya..lbih baik jgn jdi cikgu..bukan saja jd cikgu pra,lbih baik jgn jdi cikgu lnsung!x de sifat penyayang pd kanak2..
  • Nor Ashyqqin Ya Allah..sedihnye..sy bersimpati dgn nasib anak kak wanie..sebagai cikgu xboleh marah2 kat budak yg berumur 3-6tahun..diorang perlu diajar dgn kasih syg..brape umo cikgu tu?xde anak ker?
  • Wanie Husin xtau umor cikgu tu,tpi cikgu tu blum khwin lg..dah tntu xde anak..tpi cikgu pra yg sblum2 ni kt sekolah tu sume ok..cikgu ni je laen mcm cara dia layan budak2..mental budak2 jdiknya..
  • Wanie Husin saya memang bercadang nk berjumpa dgn guru besar n mgkin akn ke jbtn pelajaran..anak saya 3 org dah bersekolah dan prasekolah di situ tpi xpnah ade masalah spti ni..dlu cikgu pra kt situ sume ok..sejak diganti dgn cikgu baru ni..ntahlah.. saya pun dah ambil borang pendaftaran ke sekolah tadika kemas yg berdekatan..kena tukar sekolahlah jawabnya sbb anak ni dah x de semangat nk sekolah kt situ..
  • Nor Ashyqqin sy pun pernah berhadapan dgn cikgu2 yg garang ngan budak2 ni..bile selidik balik,rupe2nye cikgu ni xde adik..sbb tu dier garang ngan budak2..dan mgkin ade faktor2 lain..mcm ni,,akak jumpe ngan guru besar dulu..jgn terus g jabatan,,ikut flow..sbb guru ni bawah penyeliaan guru besar..
  • Nor Ashyqqin ade brape kelas pra kat skolah tu?
  • Wanie Husin Nor Ashyqqin : satu je..
  • Nor Ashyqqin kalau ade 1 jer,lebih baik akak tukar ke sekolah lain..sbb emosi dier dah terganggu..perasaan "takut" tu membantut perkembangan otak anak..erm,,anak llaki@prempuan?
  • Wanie Husin Nor Ashyqqin : cikgu garang xpe,tpi garang tu biar bertempat,biar kna pd caranya..klau budak drjah 4,5,6 kna marah mcm tu saya xkisah sgt..ni budak baru 6 tahun!
  • Nor Ashyqqin saya faham kak..sbb saya penah ajar budak pra..xpe..pedulikan org lain..kita slesaikan masalah anak kita dulu..
  • Nor Ashyqqin anak llki@prempuan?
  • Wanie Husin anak perempuan..
  • Nor Ashyqqin ok,sy nak kepastian ye..anak akak perempuan,umo 6 tahun,masalah : belum kenal ABC dan xpandai tulis nama dier sendiri ye?
  • Nor Ashyqqin erm,,maaf ye..bile melihat keadaan macam ni, mungkin cikgu tu menggunakan "ketegasan" utk mendidik anak akak..bukan katogari "marah"...sebab kenapa?..sebab bila anak berumur 6 tahun xboleh tulis nama sendiri ini perkara yg serius dan cikgu perlu ambil tindakan atau menggunakan kaedah lain untuk mengajar anak itu...
  • Nor Ashyqqin tapi saya xtahu tahap "ketegasan" yg digunakan oleh cikgu tu macam mana...mungkin pada persepti org tertentu mengatakan yg cikgu tu marah...sedangkan,itu adalah kaedah didikan..
  • Nor Ashyqqin saya membawa andaian paku picit: ada paku picit,sekali tekan jer dah masuk...tapi ade paku pikit yg perlu ditekan berkali2 baru masuk...disini,katogeri anak akak adalah katogeri yg perlu diberi perhatian @ sedikit tekanan lebih berbanding biasa...(tekanan=ketegasan)
  • Nor Ashyqqin cadangan saya,,1. akak jumpe dgn cikgu pra tersebut dgn perasaan rendah hati, dan tanya cikgu pra tu sendiri,apa kelemahan anak akak sebenarnye. 2. pujuk anak akak untuk kesekolah, dan yakinkan dier yg nak pandai memang macam ni..xpe,ibu ada,Allah ada..sayang akan pandai!..3.akak ajar anak akak menulis dan mengingat ejaan nama dier dgn kaedah "nyanyian"..
  • Ct Aishah Zakariya Wowo.... Panas2...... Br jmpew bdk 6 thn yg xthu tulis nme n xknal abc.... Klo jmpew bdk pndkn khas yg da besau2 n lemau2 mahu mendidih darahnyer..... Hahaha..... Sabar2.... Ingt lafaz ikrar yg telah di laungkn ble hari guru...... Cari pendekatan yg kreatif....
  • Nor Ashyqqin xpe...seorang ibu mmg sensetif bile dgr org marahkan anak dier...ni bermaksud kak wanie ibu yg penyayang ...tapi kak, sy bg pandangan berdasarkan pengalaman sy jer...maaf atas kekurangan diri sy..sy pun masih belajar...dan sy doakan anak akak menjadi anak yg solehah...
  • Wanie Husin sebenarnya pd hari ke 2 tu..demi memujuknya pegi ke sekolah,akak kata akak akan ambik dia awal haritu..n mmg akk dtg awal..dlm pukul 11.30pg..tpi sbb xnk nnt dia nmpk akak sbb nnt dia menangis nk blik..akak pun duduk di tepi taman permainan yg ade kt belakang pra tu..n kat situ baru akk sedar knape anak akk begitu takut nk gi sekolah tu..sbb sepnjang duk situ..bberapa kali akak dgar cikgu tu mmarahi budak2 pra..mmg kuat suara dia n pd akak tu bukan mcm marah tpi lbih pd menengking@mengherdik(itu adalah sesuatu yg x patut dilakukan pd budak 6 thun)..akak yg duk kat situ pun kecut perut dgar..
  • Ct Aishah Zakariya Klo ckgu tu jmpew cm c mimi xthu la ape jdik kn ikin..... Die tegas cmne pon smpai urat2 putus, apah c mimi ni xherankn... Adoiiii..... Hahaha.....
  • Nor Ashyqqin jangan rasa rendah diri...sebab peringkat perkembangan anak2 adalah berbeza...ada yg xpandai membaca berumur 8 tahun,,,tapi sekarang dah jadi engineer...so,jgn salahkan anak2,jgn rasa rendah diri..sbb Allah tu Maha Adil...pinta pada Allah swt, moga diterangkan hati dan dipermudahkan memahami ilmu..
  • Nor Ashyqqin erm,,kalau akak sendiri dah dgr cikgu tu tengking2,,sy syorkan ke sekolah ayer keroh (pra bawah jagaan kak tun)
  • Ct Aishah Zakariya Selamat malam...... Sleep time..... ;-);-)
  • Nor Ashyqqin tapi,walau sekolah mana yg akak tukar sekali pun,jgn bgtau cikgu baru tentang masalah pertukaran anak akak..maksudnya, jgn bgtau yg (sy tukar anak sy ni sbb cikgu tu "garang" (baca marah) kat anak sy)..cuba cari alasn lain..sbb ini boleh menyebabkan cikgu di sekolah baru tidak akan menggunakan 100% kemahirannya utk mengajar anak akak,sebab takut dicop "garang" pulak..so,anak akak juga yg akan terkebelakang nanti..
  • Nor Ashyqqin awal tido eh puan Ct Aishah Zakariya..hihiii..erm,,harap kak wanie dapat bersabar dan jumpe jln penyelesaian...bincang dgn Gb pun boleh.. okkai..maafkan salah silap saya ye syah an kak wanie..
  • Ct Aishah Zakariya Betul betul betul......
  • Nor Ashyqqin sy budak baru belajar,salah silap harap maafkan.. nak study jap..esok exam~huu
  • Wanie Husin nor Ashyqqin:dah mohon sekolah tadika kemas dkat area sini je dik..senang..tq ye ashyqqin 4 opinion n advise

    ct Aishah Zakariya : dah2..gi tido..slmt mlm..
  • Nor Ashyqqin Ct Aishah Zakariya...doakan moga sy dpt 4.0 sem ni! hihiii..(astargfirullahal azim..astargfirullahal azim..astargfirullahal azim..) istirgfar dulu sblum tido syah..hihiii..
  • Nor Ashyqqin tu la kak wanie.. xde rezki utk jd cikgu pra..tp,alhamdulillah Allah dah bg sy peluang utk mengajar pra selama 2 tahun, di 2 sekolah yg berbeza...sdikit sbanyak pengalaman tu bleh sy guna utk anak2 sy nanti..hihiii..
  • Nor Ashyqqin jumpe lg ye..tata~ wassalam n slamat malam sume..dari insan jauh di perak~