Saturday, March 23, 2013

~ MEMBANTU SELAGI MAMPU~

22.3.13 | JUMAAT | MELAKA

"Alhamdulillah,,segala puji dari Allah yang telah menghidupkan kami setelah mati(tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan"
Bangun pagi,persiapkan diri untuk ke sekolah...Hari ini lambat sikit berbanding biasa..dan tak sempat untuk masak buat bekal ke sekolah.
Dinggg,,diiiinggg,,dinnnggg...hpku berbunyi..1 sms diterima dari seorang adik  yang sama praktikal denganku..

[ Aslmkm,akak bley x sy nk mnta tlong akak ckit..sy nak tmpangkan barang ke sekolah pg ni..bley? itupun kalau akak blum p skolah lg..]

Aku xdpt nak reply sms dia..sbb xde kredit..maklum la,,mmg jarang topup..kalau topup pun,sbb nak cakap ngan mama n adik2 jer..
Huuu,,camner ni ye..harap2 dia call semula..
Riinnng..riiiingg..alhamdulillah,,call dari dia..

Aku : Assalamualaikum..=)
Dia : Waalaikumussalam..kak,,boleh tak saya nak mintak tolong ngan akak?
Aku : Boleh dik..akak dah baca msg awk..
Dia : Ok lah..nanti akak boleh x ambil barang tu kat rumah saya?
Aku : Ya Allah dik,,akak xtau umah awk kat mana..kalau bgtau semalam,bleh akak tengok jalan dulu..(dia pernah bgtahu lokasi rumahnya..berliku-liku dan sukar nak cari dalam masa yang singkat ini)
Dia : Erm,,xpe kak..camni,,sy p hantar barang tu kat rumah akak..
Aku : Ok,,awk cari jalan Si 25, pastu terus lalu padang dan jumpa Si 28..nanti cari kereta akak..(rumahku lebih senang utk dicari..sebab jalan terus jer ikut padang)
Dia : Ok kak..nanti saya datang.

Berfikir sejenak...Ya Allah,,camner ni..aku dah lambat..kalau keluar rumah pukul 7,confirm jalan jem..nanti lagi lambat aku sampai sekolah..budak ni jumpa cari ke rumah aku..kalau dia sesat,habisla..2-2 lambat ke sekolah nanti...Astargfirullah...tak baik, tak baik...itu mungkin bisikan syaitan...aku kena tolong dia..ikhlaskan niat kerana Allah..dia perlukan pertolongan..

Ok,aku bersiap dan masukkan barang2 ke dalam kereta..Rutin harian,,sementara menunggu enjin panas,aku akan siram kereta yang dilitupi air embun..
Semalam siram dari arah side kiri..Harini, side kanan pulak..hehee..adil la tu..aku bermonolog..
Aik??..kenapa tayar kereta nampak kempis? nak kate xde angin,,semalam baru pam..Ya Allah,,tayar bocor agaknya...Macam mana ni??
Tak sempat aku fikir langkah seterusnya,,budak yang nak tompangkan barang sampai .

Dia : akak..=)
Aku : Dikkk!! dik,,akak mitak maaf..tayar kereta akak bocor..xdapat nak tolong bawa barang awk.
Dipendekkan cerita, kami membonceng naik motor ke sekolah.Sementara tunggu dia naik motor, berkali-kali aku meminta maaf..sebab terasa bersalah sangat.

Aku:  Maafkan akak dik...awak minta tolong dari akak,,,tapi,last2,,awk pulak yang tolong akak..
Dia : Xpe kak..dah nak jadi..
Walaubagaimanapun, objektif harini tercapai..aku,dia,laptop dan barang2 dia selamat sampai ke sekolah ..=)

Ya,,itulah perancangan manusia...Kita merancang, tetapi Allah yang tentukan...tiada yang kebetulan..semua di bawah pandangan-Nya..
Hari ini memberi pengajaran yang besar buatku.
Setiap apa yang berlaku adalah pengajaran dan ikhtibar buat kita.
Tarbiah direct dari Allah swt.
Andai aku menolak permintaan dia,pasti aku tidak ke sekolah harini..Hidup tidak putus dari teman..~ =)

~MEMBANTU SELAGI MAMPU~
Pengajaran buatku :
1. Ikhlas niat untuk membantu orang.
2. Buat baik dengan semua orang.
3.Berlaku adil.
4. Teruskan zikir dan selawat..kerana walau Rasulullah sudah wafat, tetapi baginda tetap bersama kita.
5. Ingat, kita ada Allah untuk membantu, jangan lalai mengingatiNya.
6.Kita tidak punya apa-apa, dan tiada kelebihan apa-apa..semua pinjaman dari-Nya.

# esok mula cuti~ tetap dengan  diri sendiri ~ 
# alhamdulillah,, kereta tak pancit pun..mungkin ada budak yang main tiub keretaku..sebab petang tu kelihatan beberapa orang budak main-main kat situ..erm,,budak2..mereka tidak tahu kesan perbuatan mereka..kenakalannya adalah proses perkembangan minda..biar je lah..aku sekadar senyum =)..Allah mahu mendidikku~

No comments:

Post a Comment