Sunday, March 3, 2013

~ PELUKKAN DIHARI PERNIKAHAN~


10.2.13 | AHAD | KAMPUNG BUKIT TEMBAKAU,MELAKA


Alhamdulillah,,harini hari pernikahan kakak angkatku sayang Nur Fadhillah Salleh dan Abg Zulkarnain ..Semoga pernikahan mereka membuka jalan ke syurga..Moga diberkati dan di Rahmati Allah swt, di lapangkankan rezeki dan dianugerahkan cahaya mata yang soleh dan solehah..=)

PEMECAH RINDU...
 
Tak dapat dinafikan,,hati sungguh gembira bila melihat insan tersayang gembira..=) Syukur kepada Allah swt dengan anugerah ini..moga ukhuwwah ini diredhai Allah swt..
Dalam hati bagai taman bunga yang kembang mewangi dengan hadirnya insan2 yang dirindui..Syukur kepada-Mu Ya Allah,,Roziana, Zuraila, Zuriati(adik Zuraila),Aisyah (Shah Alam), Ila, Jah,Along, Kak Uya,Salasiah, Che’ Fasihah, Radin,Aidil dan Zaujah (Wani) serta sahabat2 lain datang meraikan hari gembira ini.
 
Mahu sahaja duduk dan habiskan masa bersama mereka. Rasa xnak bagi mereka pulang.Tapi apakan daya,,sekarang cuti tahun baru cina,,mereka juga ada komitmen lain bersama keluarga. Petang tu juga sahabat2 sudah beransur pulang. Zuraila dan Zuriati pulang jam 9pgi keesokkan harinya.Alhamdulillah,mereka selamat sampai ke Gopeng jam 6ptg. Kesian Zuraila,,gagahkan diri datang ke Melaka walaupun demam dan batuk teruk. Ya Allah,,besarnya pengorbanan sahabat.

DIPELUK SI DIA..

Dipeluk si dia yang tidakku kenali..
Seperti ditempat kenduri kahwin biasa, pengantin akan bergambar dengan keluarga selepas makan beradab. Aku pula leka berborak dengan sahabat2 di laman rumah. Tetiba aku rasa pinggangku dipeluk lembut oleh seseorang. Pelukan lembut itu semakin erat di pinggangku sehingga aku tidak mampu untuk bergerak dan sahabat2ku yang lain terpaku melihat keadaaan itu. Ya Allah,aku menoleh sebelah kanan  dan melihat seorang makcik yang berumur 60an memelukku, sambil suara lembutnya bertanya, “Awak dah berpunya ke?” aku menjawab, “Belum mak cik,,mak cik doakan semoga saya peroleh suami yang soleh ya..=) (ayat biasa yg akan aku jawab bila ditanya tentang jodoh..minta mereka doakan)”

Makcik : Insyaa Allah..awak asal mana?
Aku        : Saya asal Tumpat, Kelantan mak cik..=)..erm,,ape name mak cik?
Makcik  : Panggil jer makcik..nama mak cik Aisyah..(sambil tersenyum)
Aku        :Ya Allah,,cantiknya nama mak cik..alhamdulillah..=)

Tangan mak cik masih erat merangkul pinggangku..aku tak mampu bergerak..hanya mampu membalas pelukan itu dengan memeluk makcik tu pula..mak cik memeganggku seolah-olah mahu aku mendekatkan telingaku ke mulutnya..mak cik bercakap dengan nada yang lembut dan perlahan, tetapi mampu didengar oleh Zuraila dihadapanku..itupun Zuraila terpaksa dekatkan telinganya kearahku..Ternyata Zuraila dan aku masing2 hairan bin pelik dengan situasi yang sedang berlaku itu..tetapi kami cuba memberi perhatian dengan sepenuhnya sebagai penghormatan kepada orang tua yang mendekati kami..ada sesuatu yang mahu disampaikannya..
 
Mak cik : Ni,,mak cik nak bagi tahu..(dgn nada yg lembut dan sopan sekali)
Aku        : Apa dia mak cik..?”
Mak cik : Kalau nak dapat jodoh yang baik, amalkan baca Surah Ar-Rahman, Yaasin dan Al-Mulk tiap2 malam jumaat (diulangnya berkali-kali)...berhenti waktu uzur ja..(sambil mukanya menoleh kearahku ) insyaa Allah,,doa moga Allah pertemukan jodoh dengan orang yang cintakan Allah,,, cintakan Rasulullah,,,mak ayah dan kita..

Aku tersentap, dalan hatiku tak mampu berkata2 lagi...Ya Allah,,hadiah apakah ini???...syukur kepadamu dengan kehadiran peringatan dari-Mu melalui mak cik ini...aku sekadar mampu berkata “ Insyaa Allah mak cik..=)..terima kasih mak cik..insyaa Allah,,nanti saya amalkan (mampukah aku?insyaa Allah,,moga aku ikhlas mengamalkannya bukan kerana mahu bertemu jodoh semata2,,tetapi mensyukuri hadirnya Ilmu dari insan yang baik akhlaknya..moga dia perolehi pahala bilamana aku membaca surah tersebut..Ya Allah,,syukurnya..aku terharu dan tidak terkata)

Mak cik juga tidak putus2 mengajak aku ke rumahnya di Shah Alam. Gaya dia berborak seolah2 sudah mengenaliku ,walhal,itulah kali pertama kami bercakap.
Pinggangku dilepas perlahan-lahan oleh mak cik apabila dia dipanggil oleh anak perempuannya untuk pulang.

Mak cik ini adalah ibu mertua kak Nur Fadhillah..Anak2 lelakinya penghafaz Al-Quran dan menjadi tenaga pengajar di sekolah tahfiz serta sekolah agama. Manakala anak perempuannya pula seorang ustazah. Mak cik ini membesarkan anak2nya sejak dari kecil hingga besar setelah kematian suami. Dia menghabiskan masa dengan menuntut ilmu di pondok2, termasuk pondok2 di Kelantan.

Ya Allah,,syahdunya hatiku dengan pelukkan itu..terkejut dan tersentuh dengan cara dan kata2nya..Syukur kepada-Mu ya Allah,,Engkau membawa berita gembira dikala hati hamba-Mu sedih kehilangan insan tersayang.

Dakapan itu membuat aku bercita-cita untuk menjadi ibu yang solehah dan baik seperti mak cik..tabah menghadapi dugaan membesarkan anak2 setelah pemergian suami..Membesarkan anak2 dengan mengingatkan mereka tentang CINTA kepada ALLAH swt..Ya Allah,,dakapan yang memberi kesan kepadaku..moga aku berfikir tentang itu..Syukur kepada-Mu Ya Allah..

“ Ya Allah,,berkatilah aku dan Rahimku dengan sentuhan tangan hamba-Mu yang beriman itu. Jadikanlah anak2ku anak2 yang Soleh dan Solehah serta hamba yang menegakkan agama-Mu”



No comments:

Post a Comment