Saturday, December 8, 2012

~ Jabhah An-Nusrah~



US telah menyenaraikan Jabhah An-Nusrah sebagai pasukan pengganas yang dikehendaki oleh US.

Jabhah An-Nusrah merupakan 9% daripada keseluruhan ketumbukan pasukan mujahidin yang ditubuhkan di Syria menentang rejim Basyar.

Dan kini US menggunakan alasan tersebut untuk mula meletakkan tenteranya di Syria.

Rejim Basyar mula lumpuh dan US mula memainkan peranan untuk memastikan rejim tidak tersungkur di tangan mujahidin.

HERO UMMAH.

Beliau merupakan Komander Liwa' At-Tawhid yang merupakan cabang daripada Jabhah An-Nusrah iaitu Komander Abdul Qadir Soleh.

Beliau memimpin Liwa' At-Tawhid di wilayah Halab dan merupakan di antara cabang mujahidin yang paling 

banyak mencapai kejayaan di dalam operasi jihad berhadapan dengan tentera rejim terutamanya di Halab.

Kini beliau di antara pemimpin mujahidin daripada Jabhah An-Nusrah yang paling dikehendaki oleh US. Semoga Allah memelihara beliau.

Tanda kemenangan mujahidin dan kejatuhan Basyar semakin hampir adalah :

"Kuasa-kuasa luar terutamanya US cuba untuk campur tangan"

Hari ini rakyat Syria menganjurkan kempen TIDAK kepada pasukan pengaman tentera daripada PBB untuk masuk campur dalam isu yang berlaku di Syria.

Mujahidin daripada Briged Saif Dimasyqi menggempur sarang pertahanan rejim Basyar.

Mereka merempuh masuk kubu pertahanan tersebut dengan cara memecahkan tembok dengan menggunakan tukul besi. Inilah taktik unik yang mereka gunakan.

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA

Sebahagian besar sumbangan yang dikutip sepanjang Roadshow Isu Syria Persatuan Pelajar Malaysia Syria berjumlah 10,000 dollar telah disampaikan kepada wakil Ikhwanul Muslimin Syria melalui Timbalan Pengerusi Ma

jlis Syuranya, Syeikh Dr Hassan Khattab dan wakil Ikhwanul Muslimin Syria di Asia, Dr Salam Salamah di Kongres Islam Sedunia 2012 tanggal 3 Disember 2012 yang lepas. Sumbangan disampaikan dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia di Hospitality Suite, Grand Riverview Hotel Kota Bharu.

Turut hadir dalam majlis penyampaian ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob, Setiausaha Agung Yayasan Amal, Encik Abdul Hamid, Pemimpin Parti Keadilan dan Pembangunan Maghribi, Dr Abu Zaid Al-Idrisi, Timbalan Presiden International Institute of Islamic Thought, Profesor Ahmad Totonji, pakar ekonomi Profesor Masudul Alam Choudury, selain beberapa wakil gerakan Islam antarabangsa dan ilmuan lain.

Pihak kerajaan negeri Kelantan menyampaikan sumbangan berjumlah 20,000 dollar dalam majlis yang sama.

DOAKAN MEREKA.

Waktu Syria sekarang tepat menunjukkan jam 8.00 pagi. Pagi Jumaat yang sangat sejuk menunjukkan musim sejuk sudah memasuki bumi Syria.

Untuk makluman semua, hampir ribuan rakyat Syria sekarang kehilangan tempat tinggal mereka akibat dibom oleh rejim.

Mereka terpaksa mencari tempat-tempat berlindung sementara untuk menghadapi musim sejuk yang boleh membahayakan kesihatan bahkan nyawa mereka.

From FB: Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria~

No comments:

Post a Comment