Saturday, December 8, 2012

~KISAH LELAKI DAN DUIT SYILING | TAMSILAN ANTARA ALLAH DAN KITA~

Dari Allah datang semuanya
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.


Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s :
Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.





From : 
https://www.facebook.com/najib.aliey

SNDI's Friends

~ Jabhah An-Nusrah~



US telah menyenaraikan Jabhah An-Nusrah sebagai pasukan pengganas yang dikehendaki oleh US.

Jabhah An-Nusrah merupakan 9% daripada keseluruhan ketumbukan pasukan mujahidin yang ditubuhkan di Syria menentang rejim Basyar.

Dan kini US menggunakan alasan tersebut untuk mula meletakkan tenteranya di Syria.

Rejim Basyar mula lumpuh dan US mula memainkan peranan untuk memastikan rejim tidak tersungkur di tangan mujahidin.

HERO UMMAH.

Beliau merupakan Komander Liwa' At-Tawhid yang merupakan cabang daripada Jabhah An-Nusrah iaitu Komander Abdul Qadir Soleh.

Beliau memimpin Liwa' At-Tawhid di wilayah Halab dan merupakan di antara cabang mujahidin yang paling 

banyak mencapai kejayaan di dalam operasi jihad berhadapan dengan tentera rejim terutamanya di Halab.

Kini beliau di antara pemimpin mujahidin daripada Jabhah An-Nusrah yang paling dikehendaki oleh US. Semoga Allah memelihara beliau.

Tanda kemenangan mujahidin dan kejatuhan Basyar semakin hampir adalah :

"Kuasa-kuasa luar terutamanya US cuba untuk campur tangan"

Hari ini rakyat Syria menganjurkan kempen TIDAK kepada pasukan pengaman tentera daripada PBB untuk masuk campur dalam isu yang berlaku di Syria.

Mujahidin daripada Briged Saif Dimasyqi menggempur sarang pertahanan rejim Basyar.

Mereka merempuh masuk kubu pertahanan tersebut dengan cara memecahkan tembok dengan menggunakan tukul besi. Inilah taktik unik yang mereka gunakan.

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA

Sebahagian besar sumbangan yang dikutip sepanjang Roadshow Isu Syria Persatuan Pelajar Malaysia Syria berjumlah 10,000 dollar telah disampaikan kepada wakil Ikhwanul Muslimin Syria melalui Timbalan Pengerusi Ma

jlis Syuranya, Syeikh Dr Hassan Khattab dan wakil Ikhwanul Muslimin Syria di Asia, Dr Salam Salamah di Kongres Islam Sedunia 2012 tanggal 3 Disember 2012 yang lepas. Sumbangan disampaikan dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia di Hospitality Suite, Grand Riverview Hotel Kota Bharu.

Turut hadir dalam majlis penyampaian ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob, Setiausaha Agung Yayasan Amal, Encik Abdul Hamid, Pemimpin Parti Keadilan dan Pembangunan Maghribi, Dr Abu Zaid Al-Idrisi, Timbalan Presiden International Institute of Islamic Thought, Profesor Ahmad Totonji, pakar ekonomi Profesor Masudul Alam Choudury, selain beberapa wakil gerakan Islam antarabangsa dan ilmuan lain.

Pihak kerajaan negeri Kelantan menyampaikan sumbangan berjumlah 20,000 dollar dalam majlis yang sama.

DOAKAN MEREKA.

Waktu Syria sekarang tepat menunjukkan jam 8.00 pagi. Pagi Jumaat yang sangat sejuk menunjukkan musim sejuk sudah memasuki bumi Syria.

Untuk makluman semua, hampir ribuan rakyat Syria sekarang kehilangan tempat tinggal mereka akibat dibom oleh rejim.

Mereka terpaksa mencari tempat-tempat berlindung sementara untuk menghadapi musim sejuk yang boleh membahayakan kesihatan bahkan nyawa mereka.

From FB: Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria~

Friday, December 7, 2012

~PROSES KEJADIAN MANUSIA~


Siapalah aku...
Aku cuma dari setitis mani yg hina..
Itik tak sudu,
Ayam tak patuk~

~ KOMANDO AL-QASSAM~


Eksklusif bersama Komando al-Qassam.

Posted on the December 7th, 2012 under Luar Negara by admin


GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.
Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.
Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai apabila wakil Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.
Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.
Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil.
Sheikh yang berusia 40-an itu memberitahu anggota Komando Qassam pejuang terpilih di kalangan pemuda Islam Gaza yang mempunyai pengetahuan agama mendalam selain tidak gentar untuk mati syahid. (Allahuakbar...luluh jantungku~ Ya Allah,,ampunilah daku~masukkanlah aku bersama kumpulan mereka..)
Menurutnya, pemilihan untuk menjadi Komando Qassam perlu melalui syarat ketat, antaranya mereka perlu solat Subuh berjemaah tanpa gagal walau sehari selama enam bulan.
” Selain itu, bakal pejuang diwajibkan menghafaz al-Quran dan hadis, selain melakukan sembahyang tahajud setiap awal pagi.
“Amalan berterusan ini bukan hanya menjadi bekal iman di medan perang, tapi juga untuk memastikan setiap langkah kami sentiasa dirahmati Allah,” katanya.
Menurutnya, setiap pejuang Qassam dirahsiakan identiti masing-masing berikutan ada antara mereka golongan profesional, guru dan penuntut universiti.
“Setiap mereka yang mempunyai asas agama kukuh akan bekerja pada waktu siang dan menjaga keselamatan Gaza pada waktu malam hingga pagi. (Allahuakbar!!!!)
“Saya amat berharap rakyat Islam di Malaysia sentiasa mendoakan perjuangan suci kami. Doa kamu semua memberikan kami kekuatan untuk berdepan tentera Israel,” katanya.
Sheikh berkata, Komando Qassam kini lebih yakin untuk berdepan tentera Israel apabila mereka kini memiliki ribuan roket model AM75, Fajar 5 dan roket Al-Qassam.
“Malah, pasukan Qassam yang dipecahkan kepada beberapa unit kini turut mempunyai kepakaran untuk menghasilkan bom tangan bagi menghadapi tentera Israel.
“Walaupun kelengkapan senjata api kami amat minimum, kami yakin Allah sentiasa memberi bantuan dan kekuatan tidak terhingga ketika kami berdepan Zionis di medan tempur.
“Kami akan menghujani bandar Tel Aviv, Israel dengan roket lebih hebat dan berkuasa. Nescaya mereka akan gerun dan tidak percaya dengan ‘hadiah’ yang kami tujukan nanti,” katanya.
Harian Metro

Tuesday, December 4, 2012

~RM20 Untuk Ayah. nak makan dengan Ayah~

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah….
Anak: Ayah…ayah. . boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm….nak tanya apa?
Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah…Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik…tidur! Dah pukul berapa nih…!!”
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. 
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju kebilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.
“Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah mengeluarkan sekeping kertas not berwarna merah. Kanak- kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.
“Terima kasih banyaklah ayah!”Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping not 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??”
Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan. ….
“Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…”
“Tak cukup duit nak beli apa??” Jerkah ayahnya lagi.
“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..”
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…
p/s: Terima kasih kepada rakan saya yang telah forwardkan isi kandungan email ni kepada saya. Moga anda peroleh rahmat Allah SWT.

Ya Allah,,sangat tersentuh bile bace cerita ni..ia mengingatkan aku tentang seorang ayah yang bekerja sebagai 'engineer'..Mungkin beginilah keadaannya..Sibuk bekerja,,keluar gelap dan balik gelap..
Ya Allah,syukur kepadamu kerana telah banyak membantuku..
Pengalamanku bekerja sebagai seorang engineer di sebuah kilang memang mengajar erti kehidupan..Alhamdulillah,,Allah mengeluarkan ku dari kepompong itu..

Sewaktu menjadi engineer di sebuah kilang membuat kapal mewah di Melaka,,telah membuat aku berfikir panjang untuk mencatur kehidupanku...Pertama sekali yang difikirkan adalah tentang anak-anak...Walaupun aku belum kawen..Tetapi,sudah lumrah,setiap apa yang dilakukan,anak-anak bagaikan dihadapan mata...
Kesibukan sebagai seorang engineer tidak dapat untuk ditandingi dengan kesibukan seorang guru mahupun pensyarah dan pekerja kerajaan yang lain..Sibuk dan stress!..itu sudah menjadi rutin harian...Oleh yang demikian,aku tekad,doa dan minta orang doakan aku supaya aku dapat menjadi guru..dan...AlhamduliLLah,sekarang aku sudah menjadi guru..=) Aku mahu luang dan ruang untuk anak-anak dan keluarga..=) 


"Ya Allah,,permudahkanalh urusan jodohku,dan anugerahkan aku anak yang ramai dan taat akan  setiap perintahMu"
aamiiinn

Take n read from : http://farhanrazak.blogspot.com/2010/04/rm20-untuk-ayah-nak-makan-dengan-ayah.html

~ MANDI SUSU ~

20 Muharram 1434 | 4 Disember 2012 | Tanjung Malim

BismiLLah..
Harini nak sharing tentang mandi susu..




Biasanya,bila dengar mandi susu,mesti orang terfikir yang mandi susu ni untuk orang nak kawen kan?? Tak pun,,, untuk putihkan kulit..

Sekarang kita kena ubah "mind set" kita..

Sebagai seorang wanita, kita jangan fokus untuk nampak putih dan gebu jer...apa yang penting adalah kesihatan dan lakukan ia sebagai tanda syukur kita kepada Allah swt yang menjadikan kita sebagai seorang wanita..=)

Belai dirimu bagaikan Bidadari dunia~

Jadikan mandi susu ni rutin penjagaan kulit kita sekurang-kurangnya 1@2 kali sebulan, sebaiknya 1kali seminggu..Sebab mandi susu ni sangat baik untuk kesihatan kulit dan aura badan =)

Apa lagi?? jangan berlengah untuk melakukan kebaikan..hihii..Saya pun baru merasai mandi susu ni..memang best..kulit jadi lembut dan wangi ~

Takperlu mandi dalam tab..tak perlu membazir g SPA..buat sendiri jer kat rumah..meh saya ajarkan..

Mula-mula..

Niat : Mandi susu kerana Allah swt untuk kesihatan kulit.

Bahan: Setengah cawan susu Full Cream. (RM 0.90 jer..kalau g SPA memang mahal la jadinya)

Cara-cara
  1. Biarkan susu semalaman, lebih kurang 8jam. (untuk mengubah nilai pH susu dan susu menjadi sedikit pekat dan wangi, jgn sampai basi)
  2. Mandi dengan air biasa atau sebaik2nya mandi sengan air suam.
  3. Kemudian lulurkan susu  sambil menggosok ke seluruh badan selama 10 minit. (tidak perlu tambah air..biarkan kepekatan susu dikulit anda)
  4. Bilas dan keringkan.
Untuk penambahan: 
1. Anda boleh rendamkan bunga mawar ke dalam susu untuk dapatkan wangian bunga. 
2.Atau anda boleh campurkan sedikit tepung bagi menambah kepekatan dan kelembutan pada kulit...
3. Anda juga boleh mencampurkan lulur seperti lulur kulit rambai bersama susu,tetapi pastikan bilas dengan susu sebelum anda mandi bersih.
4. Dan anda juga boleh campurkan dengan sedikit air kunyit.

Ok,,selamat mencuba ya...jangan tunggu kawen baru nak mandi susu...jadikan amalan dari sekarang...tak mahal pun~ yang penting rajin~..=)



~ NILAI HATI DISISI ALLAH SWT-BHG 3~


Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani - Nilai Hati Disisi Allah Bhg 3 - Tanyalah Ustaz TV9

~ NILAI HATI DISISI ALLAH SWT-BHG 2 ~


Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani - Nilai Hati Disisi Allah Bhg 2 - Tanyalah Ustaz TV9 - 3 Mac 2012

~ NASIHAT DARI AYAHNDA DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN~



Wahai anakku,
Janganlah engkau mencari sanjungan manusia dengan kemurkaan Tuhanmu, kerana engkau akan berpisah dengan manusia yang menyanjungmu, dan kamu akan dihadap kepada Tuhanmu. Tetapi carilah keredhaan Tuhanmu walau ia dibenci oleh rakanmu. Namun sebaiknya engkau carilah kerehaan sahabatmu melalui keredhaan Tuhanmu.


Wahai anakku, 
Aku meyaksikan betapa ramainya manusia sanggup mengenepikan keredhaan Tuhannya semata mata mencari keredhaan kawannya. Ia sanggup melanggar perintah Allah demi menjaga hati kawannya. Ia khuatir kehilangan kawannya dari kehilangan Tuhannya. 


Wahai anakku,

Engkau boleh mencari seramai mungkin kawanmu, namun belum tentu mereka akan redha kepadamu kerana ketaatanmu kepada Tuhanmu. Kerana itu janganlah engkau berdukacita di atas kehilangan sahabatmu kerana ketaatanmu kepada Allah. Kerana mungkin dengan cara, Allah ingin memeliharamu dari kejahatan mereka yang akan merosakkanmu dan menjauhkanmu dari Allah.

Wahai anakku,

Sahabat yang baik itu ialah sahabat yang sering mengigatkan kamu terhadap perintah dan larangan Tuhanmu, bilamana kamu lupa. Berbahagialah wahai anakku, seandainya Allah mempertemukan kamu dengan sahabat sebegini, kerana sukarnya engkau mencari sahabat yang sayang kepadamu kerana Allah dan menegurmu kerana Allah.

Wahai anakku,

Jadilah kamu sahabat yang ikhlas dalam persahabatan kerana Allah. Engkau akan bahagia bersama sahabatmu dalam mentaati perintah Allah dan meninggalkan maksiat kerana takutkan kemurkaan Allah. Alangkah indahnya persahabatan itu, kerana ia sentiasa dalam rahmat Allah. Untuk itu, wahai anakku, pilihlah sahabatmu, kerana saorang sahabat itu boleh membawa kamu ke syurga atau neraka. 

Sahabat yang baik itu wahai anakku, ialah :
  • seorang sahabat yang kamu dengar perkataannya menambahkan ilmumu
  • engkau lihat perbuatannya mengigatkan kamu kepada alam akhirat, dan 
  • engkau berjalan bersamanya, engkau terasa dekat dengan Allah.

Semoga Allah memeliharamu dalam persahabatanmu dan menjauhkan kamu dari sahabat yang merosakkan kamu.

Salam sayang........ Senyum selalu.


Monday, December 3, 2012

~ FAJAR ANTARA SIANG DAN MALAM ~

SubhanALLAH wa MasyaAllah...Lihatlah kebesaran yg Allah s.w.t. ciptakan, bahkan DIA telah memperjelaskan kpd kita setelah sekian lama melalui kalam-Nya (Al-Quran) melalui Rasul-Nya (Muhammad s.a.w.) ttg garis pemisah ini:

(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].

Dan makanlah serta minumlah sehingga terang (lg
bersuluh) bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.”
 [Al-Baqarah : 187]

~Setelah pelbagai usaha dilakukan dgn menggunakan satelit dan komputer dua tahun yg lalu para saintis berjaya menemukan gambar yg menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi. Perhatikan gambar yg saya sertakan ini hasil perkongsian dr kwn2, gambar ini memperlihatkan kpd kita malam dan siang sekaligus di kawasan yg saling bersebelahan (pd titik pertemuan). Gambar ini diambil ketika waktu fajar (sblm subuh-hampir subuh). Mereka (para saintis) menjumpai ada garis lembut yg memisahkan antara siang dan malam tersebut.




Adapted from: https://www.facebook.com/ubaidillah.almusawi

~ DIRIMU ~


Setiap apa yang kamu baca...kamu jumpa...kamu dengar...bukan sia-sia...Ada je yang terkena..

0.0- Saya minta CINTA YANG HALAL, dan Allah memberi saya ujian dengan hadirnya CINTA LELAKI untuk menguji KEKUATAN HATI.

0.8- Saya SABARdanHADAPI segala ujian, dan Allah memberi HADIAH yang tidak disangka-sangka lagi.


Saya tidak akan berundur walau selangkah..Ya Allah,,bantulah hambamu ini..Yang pasti sentiasa memerlukan pertolongan darimu~