Tuesday, August 18, 2009
BOEING 787 : Design
BOEING 787 : Development

Design phase
Production
BOEING 787 : Profile

History
| Principal Dimensions | |
| Overall length: | 57 m |
| Height: | 17 m |
| Fuselage Diameter: | 5.91m |
| Cabin width: | 5.49 m |
| Wingspan: | 60 m |
| Weights | |
| Maximum takeoff weight: | 219,540 kg |
| Empty weight: | 110,000 kg |
| Speeds | |
| Normal cruise: | 902 km/h at 40,000 ft |
| Max cruise: | 945 km/h at 40,000 ft |
| Engine | |
| Category | Turbofan |
| Max thrust | 63600 lb |
| Performance | |
| Range: | 14,200 - 15,200 km |
| Passenger capacity: | 210 to 250 |
| Maximum Fuel Capacity: | 126,903 L |
| Service Ceiling: | 43,000 ft |
| Maximum Thrust Capability: | 285 kN |
Ya Allah, aku bersyukur dgn nikmat Mu yg melimpah ruah..Sungguh luas ilmu Mu.Aku gembira sekali dapat belajar process membuat kapal terbang. Sejak 9.8.09 aku belajar "composite engineering" ni, membuatkan aku bertambah terpegun dengan kebesaran Mu. Sebelum ini aku tidak pernah berkenalan dgn kapal terbang. Now,aku sudah mula berjunak2 dgnnya. Dalam banyak2 aeroplane yg aku tengok,aku suke sangat Boeing 787. Design and colour amat berlainan dgn boeing atau aircraft yg lain....Aku pasti akan memiliki Boeing 787 suatu hari nanti...InsyaAllah..
grab : http://www.flightglobal.com/landingpage/boeing%20787.html
Saturday, June 13, 2009
10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA
- Dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, betapa pun keadaan di waktu itu.
- Bacalah al-Quran atau pelajarilah tafsirannya atau dengarkanlah orang lain membacanya, atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
- Berbicaralah dalam bahasa Arab yang fasih, kerana yang demikian itu termasuk syi’ar Islam.
- Jangan banyak berdebat dalam hal apa pun, kerana
pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.
Jangan banyak tertawa, sebab hati yang berhubungan dengan Allah itu adalah tenang dan mantap.
Jangan suka berjenaka kerana umat yang berjuang tidak mengenal selain kesungguhan.
Janganlah engkau mengeraskan suarumu melebihi daripada yang diperlukan oleh pendengar, kerana hal itu menunjukkan kejahilan dan menyakitkan.
Jauhilah mengumpat orang, mencela organisasi dan janganlah berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
perkenalkanlah dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta hal itu daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling mengenal.
Kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang ada, kerana itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai sesuatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu yang sesingkat-singkatnya.
Dipetik drp: Prof.Madya Dr.Ahmad Farouk Musa, Muslim Professionals Forum(MPF), Menyingkap Kehebatan Madrasah Hassan al-Banna(Majalah i, 2006 Dis)
Thursday, May 28, 2009
HANYA ALLAH SWT SAJA TUHAN KITA,,DIALAH TUHAN SEKALIAN ALAM,,
Ku paparkan artikel ini buat bacaan adik2ku sekalian..Maha Suci Allah swt..Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi..Allahuakbar..
Kita sentiasa bertanya,,tetapi Allah swt telah menjawab didalam Al Quranul Karim..
Kita bertanya : Kenapa AKU DIUJI?
Allah menjawab :"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kita bertanya : Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
Allah menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
Kita bertanya : Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
Allah menjawab : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
Kita bertanya : rasa FRUST
Allah menjawab : "janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139
Kita bertanya : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Allah menjawab : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
Kita bertanya : APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
Allah menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
Kita bertanya : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Allah menjawab : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
Kita bertanya : AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Allah menjawab : "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
Bersyukurlah kita dengan nikmat Islam dan Iman...Dan walau bagaimana kesusahan yg kita kena hadapi,yakinlah,,bahawa,"KITA ADA ALLAH"
AMAL
Sunday, May 24, 2009
CikguNik: MENCARI ERTI KECEMERLANGAN DI MMP
" Ya Allah Tuhan Sekalian Alam,,aku bemohon kepada Mu,,ampunilah segala dosa guru2ku,,,rahmatilah dan kasihanilah mereka...Bantulah mereka didunia dan diakhirat ,sepertimana mereka telah membantu aku dan sahabat2ku, sehingga menjadi hambaMu yg taat akan PerintahMu.. .Ya Robbul Izzati,,perkenankan lah doaku buat guru2ku yg Tercinta.." ameen..
Dengan 99 nama Allah yg Maha Agung....Ku abadikn penulisan guruku di blog ini sebagai tanda penghargaan dan kerinduanku buat guru2ku yg tercinta...BiizniLLah,,keikhlasan curahan kasih syg dan ilmu dari guru2ku lah,,aku masih bersama kalian...Merempuh onak duri perjuangan yg berliku2,,bagi mencapai keredhaan Allah SWT..
Tulisan : Cikgu nik
( PK HEM Maahad Muhammadi Gua Musang)
Penasihat BT
Saya rasa teruja dengan kecemerlangan berganda yang telah dihasilkan oleh pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Memang hebatlah. Kejayaan Nik Madihah adalah yang menarik dan terbaik kerana ia berasal dari keluarga yang susah.Atas kehebatan itu maka saya rasa ingin berkongsi pengalaman saya mengajar di Maahad selama tujuh tahun 1976-2003. Saya mula mengajar sekali lah dengan cikgu Razali( papa li) dia masuk awal tahun dan saya masuk tengah tahun.
Pada tahun itu ( atau tahun sebelum, saya lupa dah) Mahaad telah mengejutkan semua dimana 3 pelajarnya dapat 10A1,peringkat Malaysia.di mana pada masa itu boleh ambil setakat 10 jah. Kemudian selang beberapa tahun Hafilah Musa pula muncul sebagai terbaik Malaysia dengan keputusan 11A1 (kalau tak silaplah).
Saya pernah juga terfikir dan berbincang dengan rakan-rakan guru yang lain. Macam mana pelajar maahad boleh jadi begitu cemerlang. Kalau nak kata gurunya terlatih dan pengalaman, rasanya tak berapa..sebab ramai yang pada masa itu tak ada diploma pendidikan, dan rata-rata cikgu yang mengajar di situ sekajap saja. Dua tiga tahun bertukar atau masuk kementerian. Guru sekolah lain berkursus setiap masa, kita pada masa itu nak jumpa kursus setahun pun payah. Rasa-rasanya mereka lebih hebat ilmu mengajar dan pengalaman kursus daripada kami.
Cuma satu perkara yang istimewa yang ada pada guru mmp pada masa itu dan saya rasa sekarang pun macam tu ialah mereka ikhlas mengajar.Mereka bertugas dan mengajar lebih daripada yang sepatutnya. Dan tak mengarapkan lebih. Kalau ada bonus Alhamdulillah kalau tak ada pun, usaha yang lebih tidak berkurang. Perbincangan tentang gaji dan habuan di bilik guru atau kantin sangat sedikit, kadang-kadang tak bincangpun.
Kalau nak kata pentadbiran cekap dan hebat, boleh lah sikit-sikit nanti apa kata pengetua pula (merujuk pada masa itu saja). Namun kalau nak bandingkan dengan sekolah MARA atau Asrama Penuh atau sekolah Bestari, jauhlah. Ada itu ini, perasarana pula tak usah ceritalah hebatnya mereka.Manakala pengetua MMP bertukar lebih kurang dua atau tiga tahun sekali. Sampai ada yang berkata di kalangan kami marilah pengetua dan guru mana-mana pun maahad akan terus cemerlang. ( Tapi saya percaya dengan pentadiran Mak Su Nah ( Mudirah loni) dialah orang yang paling lama di mmp kata orang paling banyak makan garam)
Sebaliknya boleh dikatakan guru menjadi cemerlang sebab duduk mengajar di MMP.Pernah seorang guru mengajar lebih kurang, tak buat persediaan. Dia diberi mengajar dikelas terkebelakang tingkatan tiga, masuk kelas relex. Akibatnya pelajar Tanya macam-macam tak terjawab dia. Rupa-rupanya kelas tu kelas pandai, Cuma disusun secara terbalik. Esoknya guru itu bertukung lumus buat persediaan mengajar takut kena soal oleh para pelajar. Pada masa itu kawan saya yang paling rapat ialah cikgu razali dan ustaz Adli dan merekalah paling mempuanyai persedian mengajar.
Saya sendiri masih (InsyaAllah) membawa kecermelangan dari MMP sehingga ke hari ini, iaitu penerbitan Buletin Tarbiah. Satu-satunya penerbitan yang berkala seminggu sekali sejak tahun 2000. Sehingga dapat dikembangkan kepada satu lagi penerbitan iaitu Risalah Tarbiah yang terbit setiap hari Jumaat.
Satu lagi alasan yang diberi ialah pelajar yang masuk MMP adalah pelajar yang pintar. Memang lah nak masuk MMP sangat payah, terpaksa bersaing..bayangkan 1000 lebih yang memohon tapi yang nak ambik setakat 300 saja ( pada masa itu), Terak-terak
Akibat nya ada yang lebih daripada 50 satu kelas. Pelajar bijak sama lah seperti sekolah hebat yang lain malah ada sekolah yang ambil semua pelajar 5A UPSR.
Lalu adalah yang berkata di kalangan kami, budaya belajar di MMP adalah budaya belajar yang cemerlang. Tengoklah bagaimana cara Siti Fatimah belajar, petang belajar lagi. Sebenarnya itulah budaya belajar MMP, bukan hanya Siti Fatimah seorang, budaya macam ni sudah wujud lama. Pondok atau wakaf ilmu yang dibina dimanafaatkan sepenuhnya oleh pelajar.
Akhirnya ramai dikalangan kami bersetuju bahawa kecermerlangan MMP yang utama ialah KEBERKATAN BUMI MAAHAD. Kita akan rasa lain mengajar disana.Seronok dan puas hati. Begitu juga dengan pelajar seronok dan puas hati.Di situlah lahirnya ulama-ulama yang terkenal dan tempat awal orang mencari ilmu agama dalam bentuk sekolah yang tersusun. Kalau universiti ia boleh disamakan dengan UM. Kalau pelajar yang bermasalah dia tak boleh lama duduk mmp, tak selesa. Kalau pelajar kurang pandai maka dia terpaksa berusaha bersungguh-sungguh supaya pandai.
Tulisan ini adalah pengalaman saya 7 tahun yang lepas, mungkin tak sesuai situasi MMP loni. Namun itulah yang dikatakan pengalaman.InysaAll ah jika diizinkan Allah saya pun nak hantar anak ke MMP untuk mereka belajar erti kecemerlangan di dunia dan akhirat...
CikguNik