Assalamualaikum Srikandikumawar.
Alhamdulillah,syukur kehadrat Ilahi atas segala nikmat kurniaan-Nya.
Jauh ku berjalan sehingga 11.1.2025(Sabtu) ku terpanggil untuk bersama Srikandikumawar kembali.
Berliku-liku perjalananku dengan air mata sehingga ia kering sendiri.
Meronta-rontaku mencari diriku sendiri. Dan akhirnya hati ini kembali terasa nikmat Cinta yang sangat bahagia bersama Srikandikumawar.
Tidakku toleh kebelakang lagi.
Cukup.
Aku nekad.
Aku nekad dengan cita-citaku bersama Srikandikumawar, "Mencari Redha Allah".
Ya, sepanjang melalui ujian zaman remaja, Srikandikumawarlah yang banyak menasihatiku untuk kekal setia menyimpan cinta suci buat lelaki yang bergelar suami.
Aku tidak bercinta dengan mana2 lelaki.
Tetapi aku sentiasa diuji dengan kehadiran lelaki2 yang baik akhlaknya.
Oh tidak, awak hanya boleh menyintai suami awak sahaja. Bisik srikandikumawar.
Berliku juga jalan zaman remajaku.
"Mak cik dah tempah bas untuk ke Kelantan, kenapa ke Perak?" Ujar mak cik yang tercegat didepan pintu menunggu kedatanganku. Rupanya dia sudah menyimpan harapan untuk menjadikanku menantunya.
Aku tidak tahu isi hati mak cik. Sebab aku betul-betul menganggap anak lelakinya kawan. Dan kawan itu kawan.
Bertalu-talu soalan dari mak cik itu di majlis pernikahan anak beliau bersama sahabatku juga.
"Tiada jodoh antara kami mak cik" Jawabku ringkas.
Aku bukan jenis perempuan yang mudah "perasan" dengan isi hati orang terhadapku.
Kerana cita cinta ku jelas."Mencari Redha Allah" dan hanya akan menyintai lelaki yang bergelar suami sahaja.
Tidak sangka perjalananku begini.
Ujian demi ujian,
Saya nak lamar awak. Ujar anak muda itu.
Jika mak ayah saya terima awak, saya akan terima awak.
Kalau sebaliknya,saya minta maaf.
Sedaya upaya anak muda itu berjumpa orang tuaku.
" Kenapa mak cik tak terima saya untuk menjadi menantu mak cik?Apa kurang saya?" Soal anak muda bila berjumpa orang tuaku.
Aku tak banyak soal,takut keputusan yang diberi bertukar menjadi simpati.
Aku tak nak perkahwinan atas dasar "kesian".
Bulat yang dikata emak, bulat juga keputusanku.
Aku tak banyak soal.
Aku masih kuat dengan Srikandikumawar.
Sehingga aku menyambung pengajian ke UPSI.
Pada ulang tahun kelahiranku, 2 Mac 2013, aku terima panggilan dari anak Tok Imam kampungku.
"Akak dah berpunya?"
"Tidak" jawabku.
"Ada orang nak melamar akak" ujarnya.
"Suruh dia berjumpa keluarga akak bila cuti hujung bulan nanti"
"Ok" jawabnya.
28 Mac 2013, hari khamis. Rombongan datang melamar.
7 Jun 2013, Jumaat, Majlis Akad Nikah.
Setelah akad nikah, baru kami bertaaruf dengan lebih dalam.
Rupanya dia adalah lelaki 'misteri' yang ku rasa ketika ditingkatan 3 di Maahad Muhammadi Pasir Pekan, dan ketika di Matrikulasi Universiti Malaya.
Aku yakin dia adalah jodohku yang Allah sampaikan khabarnya,
Ya, dia juga "jalan"ku ke syurga.
Semoga Allah Redha kepadaku dalam "Mencari Redha Allah"
#srikandikumawar
No comments:
Post a Comment