Takabbur (membesarkan diri ) adalah sebesar-besar penyakit dan maksiat di dalam hati yang dicela oleh syarak, seperti :
1. Firman Allah Taala :
قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۖ فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ
72 الزمر
“Dikatakan kepada mereka: “Hai orang-orang kafir masuklah kamu sekalian pada pintu-pintu Neraka Jahannam dengan keadaan kekal di dalamnya. Maka Neraka itu adalah sejahat-jahat tempat bagi orang-orang yang membesarkan dirinya”.
2. Nabi Muhammad SAW menjelaskan tentang hakikat takabbur :
فقد بين حقيقة الكبر النبي صلى الله عليه وسلم في الحديث الذي رواه مسلم وأحمد وغيرهما من حديث عبد الله بن مسعود عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر، قال رجل: إن الرجل يحب أن يكون ثوبه حسناً ونعله حسناً، قال النبي صلى الله عليه وسلم: إن الله جميل يحب الجمال، الكبر بطر الحق وغمط الناس.
Ertinya, “Tidak masuk ke syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat zarah daripada takabbur". Berkata seorang lelaki:' Sesungguhnya seseorang itu kasihkan berpakaian yang baik-baik, kasut yang baik'. Nabi SAW bersabda: " Seungguhnya Allah itu cantik, dan sukakan kecantikan, takabbur itu ialah menolak kebenaran dan menghina manusia ".
3.Sabda Nabi SAW :
" . حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ الْحَسَنِ بْنِ خِرَاشٍ الْبَغْدَادِيُّ حَدَّثَنَا حَبَّانُ بْنُ هِلَالٍ حَدَّثَنَا مُبَارَكُ بْنُ فَضَالَةَ حَدَّثَنِي عَبْدُ رَبِّهِ بْنُ سَعِيدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ وَالْمُتَفَيْهِقُونَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ فَمَا الْمُتَفَيْهِقُونَ قَالَ الْمُتَكَبِّرُونَ
Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Al Hasan bin Hirasy Al Baghdadi, telah menceritakan kepada kami Habban bin Hilal, telah menceritakan kepada kami Mubarak bin Fadlalah, telah menceritakan kepadaku Abdu Rabbih bin Sa'id dari Muhammad bin Al Munkadir dari Jabir bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya di antara orang yang paling aku cintai dan yang tempat duduknya lebih dekat kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang akhlaknya paling bagus. Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak bicara (kata-kata tidak bermanfaat dan memperolok manusia)." Para shahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling banyak bicara itu?" Nabi menjawab: "Yaitu orang-orang yang sombong."
( HR Tirmizi )
3. Sabda Nabi SAW :
حَدَّثَنَا سُوَيْدُ بْنُ نَصْرٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Telah menceritakan kepada kami Suwaid bin Nashr telah mengkhabarkan kepada kami Abdullah bin Al Mubarak dari Muhammad bin 'Ajlan dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari kakeknya dari nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka dilputi kehinaan dari segala penjuru, mereka digiring menuju penjara di neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka di minumi muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal." Berkata Abu Isa: Hadits ini hasan shahih.
( HR Tirmizi )
Hakikat Takabur
Hakikat takabur itu iaitu bilamana seseorang itu melihat dirinya terlebih tinggi, terlebih besar dan terlebih mulia daripada orang lain dan melihat orang lain hina berbanding denganya.
Tanda-tanda Takabur
1. Takabur itu adakalanya nyata pada lidah seperti katanya: “Aku lebih baik daripada si Polan, seperti kata Iblis yang dilaknati Allah yang disebut di dalam al-Quran:
قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ ۖ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
76 ص
ertinya: “Aku terlebih baik daripadanya, (yakni daripada Nabi Adam), Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikannya daripada tanah”.
2. Dan adakalanya nyata daripada kedudukan seperti ia meninggikan kedudukannya dan tempat duduknya terdahulu daripada orang ramai.
3. Dan adakalanya nyata ketika berbicara dengan orang seperti ia tiada mahu kalah daripada perkataan orang dan tiada mahu ikut perkataan orang walaupun ia salah.
4. Kata Imam al-Ghazali yang dirahmati Allah Taala di dalam kitab Bidayatul Hidayah:
“Orang yang takabur itu ialah orang yang jika ditegur oleh orang lain maka ia marah dan benci. Jika ia menegur orang maka dengan perkataan yang keras dan ia suka menegur orang tetapi tiada mahu ditegur oleh orang lain”.
5. Sesiapa yang melihat dirinya lebih mulia daripada sesuatu yang dijadikan oleh Allah Taala walaupun daripada binatang, maka ia adalah orang takabur. Sepatutnya engkau mengetahui bahawa kemuliaan itu adalah orang yang dimuliakan Allah Taala di negeri Akhirat iaitu orang yang takutkan Allah Taala seperti firman Allah Taala:
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣
13 الحجرات
ertinya: “Bahawa semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang terlebih takut kepada Allah Taala dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Mendidik diri
Untuk mendidik sifat merendah diri dan membuang sikap takabbur, belajarlah merasai diri lebih hina.
Dan sewajarnya bagi kamu menyakini diri sendiri lebih hina daripada segala makhluk Allah Taala. Dan hendaklah engkau melihat orang lain adalah lebih mulia daripada dirimu:
1. Maka jika engkau melihat kanak-kanak kecil, maka katakanlah di dalam hatimu bahawa kanak-kanak itu tiada berbuat maksiat terhadap Allah Taala dan engkau berbuat maksiat terhadap Allah Taala. Maka tiada syak lagi bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada aku.
2. Dan jika melihat orang yang lebih tua daripadamu, maka katakanlah di dalam hatimu, bahawa orang ini telah berbuat ibadat kepada Allah Taala lebih dahulu daripada aku. Maka tiada syak ia lebih mulia daripadaku.
3. Jika engkau melihat orang yang alim, maka engkau katakan di dalam hatimu bahawa orang ini diberi oleh Allah Taala ilmu yang tiada diberikan kepadaku dan ia sampai kepada ilmu yang tiada aku mengetahuinya. Maka tiada syak lagi ia lebih mulia daripada aku, betapa aku dapat menyamainya.
4. Jika engkau melihat orang yang jahil, maka engkau katakan di dalam hatimu bahawa orang ini berbuat maksiat terhadap Allah ‘Azza wa Jalla’ dengan kejahilannya dan aku berbuat maksiat terhadap Allah Taala dengan ilmuku, maka tiada syak lagi bahawa aku terlebih salah kepada Allah Taala dan terlebih jahat. Dan tiada diketahui dengan apa dimatikannya, barangkali ia bertaubat maka diampunkan Allah Taala dosanya, iaitu mati ia mati dalam kebajikan. Dan barangkali aku berbuat maksiat, maka aku mati di dalam kejahatan.
5. Dan jika engkau melihat orang kafir maka engkau katakan di dalam hatimu bahawa orang ini aku tiada mengetahuinya, berkemungkinan ia masuk Islam, maka ia mendapat kebahagian dan diampunkan Allah Taala segala dosanya.
-Semoga terbuang sifat takabbur dan terhias sifat tawadhuk dalam diri -
Murabbi : Abi Mohd Noor
No comments:
Post a Comment