Thursday, October 31, 2013

~ MUS'AB BIN UMAR - Pemuda syahid dalam perang Uhud ~

31.10.13

Mus’ab bin Umair adalah seorang tokoh pemuda dikalangan sahabat Nabi yang meninggal ketika usia masih muda seawal 20-an. Jom sama-sama kenali pemuda hebat ini. 

Sebelum memeluk Islam lagi Mus’ab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya. Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Tetapi jawab Mus’ab, “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.” Kemudian, Mus’ab dihalau dan dibuang daripada keluarganya sejak peristiwa itu.

Mus’ab meninggal ketika peperangan uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Mus’ab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

p/s : Hebatnya pemuda bernama Mus’ab ini. Semoga kita dapat mengambil teladan daripada kisah ini. 


FB: Baitulmuslim.com

~ JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"~

31.10.2013

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


FB: Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku

Thursday, October 10, 2013

~ TAKABUR SEBESAR PENYAKIT & MAKSIAT DI DALAM HATI ~

21.9.13 | Sabtu |Bayan Lepas


Takabbur (membesarkan diri ) adalah sebesar-besar penyakit dan maksiat di dalam hati yang dicela oleh syarak, seperti :

1. Firman Allah Taala :
قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۖ فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ

72 الزمر 

“Dikatakan kepada mereka: “Hai orang-orang kafir masuklah kamu sekalian pada pintu-pintu Neraka Jahannam dengan keadaan kekal di dalamnya. Maka Neraka itu adalah sejahat-jahat tempat bagi orang-orang yang membesarkan dirinya”.

2. Nabi Muhammad SAW menjelaskan tentang hakikat takabbur :
فقد بين حقيقة الكبر النبي صلى الله عليه وسلم في الحديث الذي رواه مسلم وأحمد وغيرهما من حديث عبد الله بن مسعود عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر، قال رجل: إن الرجل يحب أن يكون ثوبه حسناً ونعله حسناً، قال النبي صلى الله عليه وسلم: إن الله جميل يحب الجمال، الكبر بطر الحق وغمط الناس. 

Ertinya, “Tidak masuk ke syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat zarah daripada takabbur". Berkata seorang lelaki:' Sesungguhnya seseorang itu kasihkan berpakaian yang baik-baik, kasut yang baik'. Nabi SAW bersabda: " Seungguhnya Allah itu cantik, dan sukakan kecantikan, takabbur itu ialah menolak kebenaran dan menghina manusia ".

3.Sabda Nabi SAW :

" . حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ الْحَسَنِ بْنِ خِرَاشٍ الْبَغْدَادِيُّ حَدَّثَنَا حَبَّانُ بْنُ هِلَالٍ حَدَّثَنَا مُبَارَكُ بْنُ فَضَالَةَ حَدَّثَنِي عَبْدُ رَبِّهِ بْنُ سَعِيدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ وَالْمُتَفَيْهِقُونَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ فَمَا الْمُتَفَيْهِقُونَ قَالَ الْمُتَكَبِّرُونَ 
Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Al Hasan bin Hirasy Al Baghdadi, telah menceritakan kepada kami Habban bin Hilal, telah menceritakan kepada kami Mubarak bin Fadlalah, telah menceritakan kepadaku Abdu Rabbih bin Sa'id dari Muhammad bin Al Munkadir dari Jabir bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya di antara orang yang paling aku cintai dan yang tempat duduknya lebih dekat kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang akhlaknya paling bagus. Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak bicara (kata-kata tidak bermanfaat dan memperolok manusia)." Para shahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling banyak bicara itu?" Nabi menjawab: "Yaitu orang-orang yang sombong."
( HR Tirmizi )


3. Sabda Nabi SAW :
حَدَّثَنَا سُوَيْدُ بْنُ نَصْرٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Telah menceritakan kepada kami Suwaid bin Nashr telah mengkhabarkan kepada kami Abdullah bin Al Mubarak dari Muhammad bin 'Ajlan dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari kakeknya dari nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka dilputi kehinaan dari segala penjuru, mereka digiring menuju penjara di neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka di minumi muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal." Berkata Abu Isa: Hadits ini hasan shahih.
( HR Tirmizi )

Hakikat Takabur

Hakikat takabur itu iaitu bilamana seseorang itu melihat dirinya terlebih tinggi, terlebih besar dan terlebih mulia daripada orang lain dan melihat orang lain hina berbanding denganya.

Tanda-tanda Takabur

1. Takabur itu adakalanya nyata pada lidah seperti katanya: “Aku lebih baik daripada si Polan, seperti kata Iblis yang dilaknati Allah yang disebut di dalam al-Quran:
قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ ۖ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

76 ص 

ertinya: “Aku terlebih baik daripadanya, (yakni daripada Nabi Adam), Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikannya daripada tanah”.

2. Dan adakalanya nyata daripada kedudukan seperti ia meninggikan kedudukannya dan tempat duduknya terdahulu daripada orang ramai.

3. Dan adakalanya nyata ketika berbicara dengan orang seperti ia tiada mahu kalah daripada perkataan orang dan tiada mahu ikut perkataan orang walaupun ia salah.

4. Kata Imam al-Ghazali yang dirahmati Allah Taala di dalam kitab Bidayatul Hidayah: 

Orang yang takabur itu ialah orang yang jika ditegur oleh orang lain maka ia marah dan benci. Jika ia menegur orang maka dengan perkataan yang keras dan ia suka menegur orang tetapi tiada mahu ditegur oleh orang lain”.

5. Sesiapa yang melihat dirinya lebih mulia daripada sesuatu yang dijadikan oleh Allah Taala walaupun daripada binatang, maka ia adalah orang takabur. Sepatutnya engkau mengetahui bahawa kemuliaan itu adalah orang yang dimuliakan Allah Taala di negeri Akhirat iaitu orang yang takutkan Allah Taala seperti firman Allah Taala:

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣
13 الحجرات 

ertinya: “Bahawa semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang terlebih takut kepada Allah Taala dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Mendidik diri

Untuk mendidik sifat merendah diri dan membuang sikap takabbur, belajarlah merasai diri lebih hina.
Dan sewajarnya bagi kamu menyakini diri sendiri lebih hina daripada segala makhluk Allah Taala. Dan hendaklah engkau melihat orang lain adalah lebih mulia daripada dirimu:

1. Maka jika engkau melihat kanak-kanak kecil, maka katakanlah di dalam hatimu bahawa kanak-kanak itu tiada berbuat maksiat terhadap Allah Taala dan engkau berbuat maksiat terhadap Allah Taala. Maka tiada syak lagi bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada aku.

2. Dan jika melihat orang yang lebih tua daripadamu, maka katakanlah di dalam hatimu, bahawa orang ini telah berbuat ibadat kepada Allah Taala lebih dahulu daripada aku. Maka tiada syak ia lebih mulia daripadaku.

3. Jika engkau melihat orang yang alim, maka engkau katakan di dalam hatimu bahawa orang ini diberi oleh Allah Taala ilmu yang tiada diberikan kepadaku dan ia sampai kepada ilmu yang tiada aku mengetahuinya. Maka tiada syak lagi ia lebih mulia daripada aku, betapa aku dapat menyamainya.

4. Jika engkau melihat orang yang jahil, maka engkau katakan di dalam hatimu bahawa orang ini berbuat maksiat terhadap Allah ‘Azza wa Jalla’ dengan kejahilannya dan aku berbuat maksiat terhadap Allah Taala dengan ilmuku, maka tiada syak lagi bahawa aku terlebih salah kepada Allah Taala dan terlebih jahat. Dan tiada diketahui dengan apa dimatikannya, barangkali ia bertaubat maka diampunkan Allah Taala dosanya, iaitu mati ia mati dalam kebajikan. Dan barangkali aku berbuat maksiat, maka aku mati di dalam kejahatan.

5. Dan jika engkau melihat orang kafir maka engkau katakan di dalam hatimu bahawa orang ini aku tiada mengetahuinya, berkemungkinan ia masuk Islam, maka ia mendapat kebahagian dan diampunkan Allah Taala segala dosanya.

-Semoga terbuang sifat takabbur dan terhias sifat tawadhuk dalam diri -

Murabbi : Abi Mohd Noor

~ HUJAN RAHMAT ~

27.2.12 | Isnin| 5.30ptg | UPSI,Tanjung Malim.


          Fenomena pertama..awan berarak ke arah bukit beserta angin dan petir..kemudian hujan mula mencurah dengan lebatnya..kejadian ini hanya beberapa meter sahaja dari tempat aku berkumpul untuk aktiviti koku di UPSI.

          Selalng beberapa hari selepas aku melihat kejadian ni,,ade hamba Allah menceritakan tentang kejadian hujan di dalam Fb.Katanya,proses terbentuknya hujan masih merupakan misteri besar bagi orang-orang dulu. Setelah radar cuaca ditemukan, boleh diketahui tahap-tahap pembentukan hujan. Pembentukan hujan berlangsung dalam tiga tahap. Pertama, “bahan baku” hujan naik ke udara, lalu awan terbentuk. Akhirnya, curahan hujan terlihat.


           Tahap-tahap ini ditetapkan dengan jelas dalam Al-Qur’an berabad-abad yang lalu, yang memberikan informasi yang tepat mengenai pembentukan hujan:

Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira
(Al Qur’an, 30:48)


  SUBHANALLAH   


~pertamakaliakumelihatnya~

    Allahuakbar..SubhanAllah..SubhanAllah..itu saja yang terungkap di bibirku sambil merakamkan kejadian hujan. Ya,,aku sangat suka melihat langit,awan dan alam semesta ini. Tak dapat dinafikan,,ia membuat aku tenang dan subur membesarkan-Nya.
          Aku bersyukur,,diizinkan Allah swt untuk aku melihat kejadian hujan ini bermuladari perarakan awan,angin,kilat dan turunnya hujan di atas bukit,sehingga ia berarak ke kaki bukit serta kampung disitu.
   Jarak tempat aku dengan lokasi kejadian hujan cuma beberapa meter sahaja,,tetapi,tempatku hanya gerimis halus sedang disana hujan lebat mencurah2.
            Allahuakbar,,hati ini merindui-Mu.




Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan- gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.”

 (Alqur’an Surat An-nur/24:43)
 — at PADANG USPI TANJUNG MALIM.



~ SALAMATUS-SADR : Berlapang Dada ~

10.10.13 | Khamis | Bayan Lepas



Isteri kepada sorang lelaki yang paling baik hati pada zamannya berkata kepada suaminya:- 

Aku tidak pernah melihat manusia yang paling keji akhlaknya selain daripada saudara maramu dan sahabat-sahabatmu.

Lelaki itu bertanya isterinya tentang alasan kenapa dia berkata begitu. Maka isterinya menjelaskan:

- Sebab aku lihat, ketika engkau kaya mereka selalu mendampingimu. Dan ketika engkau papa mereka tinggalkanmu

Dengan tenang si suami berkata kepada isterinya:

- Demi Allah, itulah tanda kemuliaan akhlak mereka. Mereka datang kepada kita di kala kita mampu memuliakan mereka. Dan mereka tinggalkan kita di kala kita tidak mampu menunaikan hak-hak mereka.

Kata seorang hukamak (orang bijak pandai) ketika mengulas kisah ini: 


Llihatlah betapa tinggi pekertinya! Dengan ketinggian pekertinya itu dia mentakwilkan perbuatan yang buruk menjadi baik, tindakan yang zahirnya mungkin menjadi setia. Inilah yang dikatakan salamatus-sadr. 

Salamatus-sadr adalah kerehatan di dunia, keberuntungan di akhirat. Ia juga merupakan antara sebab seseorang itu masuk syurga.”



Fb : Nor Farhana Omar

==============================================================================

Allahuakbar,,indahnya akhlak sebegitu...tenang lagi menenangkan..beruntung akhiratnya..

"Ya Allah,,anugerahkanlah aku hati yang sabar serta sentiasa mensyukuri nikmat pemberian Mu..perelokkanlah akhlak dan pertuturanku.." 
ameen.

Tuesday, October 8, 2013

~ IFFAH: Menjaga Kehormatan dan Harga diri ~


''Barangsiapa yang merasa cukup, maka Allah akan memberinya kecukupan. 
Dan siapa yang bersikap iffah (menjaga kehormatan harga diri)
maka Allah akan memuliakannya. 
Dan barangsiapa yang berusaha untuk selalu sabar, 
maka Allah akan
memberinya kesabaran. 
Dan tidaklah seseorang diberi sesuatu yang lebih baik dan lapang daripada kesabaran."

(HR.Tirmidzi : 1947)

Saturday, October 5, 2013

~ UMAR AL-MUKHTAR; Singa Padang Pasir ~

5.10.13 | Sabtu | Bayan Lepas

Siapa Umar Mukhtar?

Umar al-Mukhtar (UM) disoalsiasat oleh tentera Italy (TI)

TI – adakah kamu berjuang menentang kerajaan Italy?

UM – ya!

TI – adakah kamu menggalakkan orang lain memeranginya?

UM – ya!

TI – adakah kamu faham apa akibat tindakan kamu?

UM – ya!

TI – adakah kamu mengaku bahawa apa yang kamu katakan ini benar?

UM – ya!

TI – sejak berapa tahun kamu menentang kerajaan Italy?

UM – sejak lebih daripada 10 tahun

TI – adakah kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan?

UM – tidak!

TI – adakah kamu tahu bahawa kamu akan dihukum bunuh?

UM – ya!

Di ketika ini, hakim mencelah – aku sedih kerana begini kesudahanmu!

UM – bahkan inilah cara terbaik untuk mengakhiri hidupku!

Kemudian hakim cuba memperdayakannya dengan pengampunan yang menyeluruh dengan syarat dia menulis surat kepada para mujahidin supaya berhenti daripada berjihad melawan Italy.

Umar memandangnya seraya menghamburkan kata-katanya yang masyhur:"Sesungguhnya jari telunjuk ini, yang bersyahadah setiap kali solat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah, tidak mungkin sama sekali akan menulis satu perkataan yang batil!”

Maka terbanglah rohnya menggapai cita-cita yang murni, syahid di jalan Allah…

*Umar al-Mukhtar dilahirkan pada 20 Ogos 1861. Mendapat gelaran Shaikh asy-Syuhada’ atau Asad as-Sahra’ (Singa Padang Pasir). Berjihad menentang Italy sejak kemasukannya ke bumi Libya sehinggalah beliau syahid di tali gantung pada 16 September 1931. Beliau telah mengharungi lebih daripada 1000 pertempuran selama lebih 20 tahun berjuang menentang Italy.

ALLAHUAKBAR..


(Perkongsian dr naqibah saya pg ini Ustazah Diana)


Fb : Farhana