Monday, March 25, 2013
~ PENDIDIK YANG TERDIDIK MESTI MENDIDIK ~
25.3.13 | Isnin | Palekbang (cuti penggal sekolah)
Pendidik yang terdidik mesti mendidik...
"Awak,,macam mana ni...cikgu N marah dan tak suka anak murid F.." rungut cikgu Zai (bukan nama sebenar) yang diberi amanah untuk mengajar pelajar lompat tinggi.
" Kenapa? Mesti ada sebab cikgu N tu marah kat budak tu.." jawabku.
Cikgu Zai cuba menceritakan situasi yang telah berlaku kepadaku tentang salah seorang pelajarnya yang sudah lama tidak kelihatan di dalam kelas seninya. Katanya, pelajar ini baru datang sekolah setelah digantung selama seminggu.
" Budak ni baik,suka membantu saya kat dalam kelas.. Memang betul dia dah buat beberapa kesalahan sebab merokok dan cuba untuk lompat pagar sekolah. Tapi, dia cakap kat saya, dia nak berubah " jelas cikgu Zai lagi.
Cikgu Zai cuba untuk memberi peluang lain kepada pelajar tersebut. Kerana mungkin minatnya pada perkara yang lain.
" Macam ni, apa kata awak masuk lompat tinggi dengan cikgu" ajak cikgu Zai.
Ya, setiap orang ada kecondongan masing-masing. Jika aku dengan Kelab Kompang, maka cikgu Zai pula dengan sukan lompat tingginya. Masing-masing cuba memberi dorongan kepada pelajar.
Jika pelajar tidak minat teori(belajar), maka dia mungkin minat yang praktikal seperti main kompang,aktiviti lain dan bersukan.
" Usaha yang bagus tu zai. Memang la budak tu nakal sikit, tapi tidak salah kalau kita beri peluang lain kat dia. Dorong dia kepada perkara yang dia suka" aku cuba untuk memberi semangat atas usaha murni cikgu Zai.
Zai : Tu la..saya cuba nak berbaik dengan budak ni..tapi cikgu N memang marah sangat kat dia..
Aku : Tak pe,,cuba cakap baik-baik dengan cikgu N. Insya Allah,moga dia terima budak tu nanti.
Zai : Erm,,itu yang saya risau ni..
Aku : Jangan risau,,sayakan ada..=) saya sedia sokong awak dari belakang..
Zai : Tapi, kalau cikgu N tak terima macam mana?
Aku : Tak pe,,nanti saya cuba slow talk ngan dia..Biasa la,,diakan guru disiplin,,tapi, kalau kita cakap baik-baik, insyaa Allah,dia terima..Tapi, awk kene terima kalau dia beri apa2 syarat..
Zai : Tak pe,,saya sanggup..asalkan budak tu boleh masuk lompat tinggi. Saya nak dia jadi baik dan tak nakal lagi.
Aku : Ok,kita usaha sama-sama. Ingat, Asiah pun boleh tunjukkan Firaun, inikan pula cikgu N. Moga Allah membantu usaha awk tu..=)
Aku sekadar menyedapkan hati cikgu Zai..murni hatinya..Itulah cikgu..tidak melihat hanya satu sudut pada murid..cuba membantu sedaya upaya..
Kami juga tidak menyalahkan cikgu N,,kerana mungkin dia lebih lama mengenali pelajar F yang bermasalah ni..Tapi, sebagai cikgu, itu tugas kami..betulkan apa yang tidak betul selagi mampu..Masing-masing memainkan peranan masing-masing..
Alhamdulillah,,akhirnya Zai membawa berita gembira kepadaku. Katanya, cikgu N dah terima pelajar F,tetapi dengan beberapa syarat. Cikgu Zai sanggup menerimanya dan menyuruh pelajar F meminta maaf dan bersalam dengan cikgu N serta pelajar M yang berdendam dengannya. Kami kagun dengan kesungguhan pelajar F..Kami yakin dia betul-betul mahu berubah..Sekarang kami menunggu keputusan akhir perlawanan sukan bagi lompat tinggi nanti..Semoga pelajar F berjaya mengharumkan nama sekolah,dan semoga ini menjadi turning point untuk dia berubah menjadi lebih baik.
Buat guru-guru, setiap pelajar itu adalah baik belaka. Ada sebab-sebab tertentu yang membuat mereka berkelakuan lain dari yang lain.Mereka perlukan perhatian dan dorongan dari kita. Seperti pelajar F, dia rupanya dari keluarga yang bermasalah. Ayahnya berkahwin 3, manakala ibunya pula tidak bekerja. Setiap kali waktu rehat, dia jarang makan dan banyak menghabiskan masa dengan membantu guru. Dari sini kita dapat lihat,dia ada masalah kewangan dan mungkin ada masalah keluarga juga. Kita tidak mampu untuk sentiasa menghulurkan duit kepada mereka, tapi kita mampu untuk memanusiakan mereka..Supaya mereka menjaadi orang yang berguna.
Begitulah guru...pada guru, anak murid adalah segala-galanya disekolah..Dari sini aku belajar menyayangi guru...Pasti guru-guruku juga begini..Lain sungguh naluri seorang guru...Aku dapat merasainya sekarang..Bertambah sayang aku pada Allah, ibu ayah dan guru-guruku..
Kerana guru sentiasa akan memikirkan pelajarnya,,ibu pula sentiasa memaaf dan mendoakan anak-anak mereka,,inikan pula Allah Yang Maha Penyayang..Allah pasti lebih-lebih lagi memaafkan kesalahan hambanya.. Allahuakbar...Aku Cinta Allah...Aku sayang Allah...
Syukur padaMu Ya Allah,,atas nikmat pemberian ini..Moga dengannya menambah Cintaku kepadaMu~
Aku guru,yang didik untuk mendidik~
Aku kagum dengan semangat sahabatku yang tidak pernah mengeluh dengan pelajar~
Jangan pernah mengeluh,,kerana ini amanah yang besar~
#Kisah guru Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah-GuruSandaranTidak Terlatih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment