Sebak hati melihat takungan air mata Tuan Guru...
Ya,,orang beriman selalu punya cara sendiri untuk menata hatinya..meskipun berlawanan dengan apa yang dia terima dalam kehidupannya..Saat mendapat musibah, airmatanya menitis..tetapi hatinya terilham untuk meyakini bahawa apa yang diberi Allah swt pasti akan terbaik untuknya..Fizikalnya mungkin lelah...fikirannya mungkin penat..tetapi tidak dengan hatinya yang terus yakin apabila diuji Allah swt..
Pertama kali melihat raut wajahnya,,dia nampak sangat tenang..Tidak ubah seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz..
Teringat kenangan bersama Tuan Guru pada 5.6.11> 9.10.11> 9.10.12(Hotel Avillion) di Melaka..(Tuan Guru memang suka nombor yg tersusun)
Kali terakhir perjumpaan kami untuk tahun 2012, baruku tahu,,Tuan Guru seorang yang riang,kelakar dan suka sakat orang rupanya..=) senyumannya manis,,tutur bahasanya tersusun..tidak nampak sedikit kerisauan di wajahnya,,walau ustaz ada bagitahu yang Tuan Guru sangat risau akan anak muridnya..
Ketika sesi photography antara kami..Barisan muslimat beratur mengambil tempat untuk bergambar bersama Tuan Guru..Aku seperti biasa,,berada pada hujung barisan,,sebagai penghormatan kepada ibu2 dan kakak2 yang masing2 mahu bergambar hampir@ sederet dgn Tuan Guru..Aku mengambil langkah untuk mengalah..Walau dalam hati sentiasa berharap untuk duduk dekat dengan Tuan Guru..
Mataku tidak berganjak dari melihat beliau..Sabil berdoa semoga Allah swt menggugurkan dosa2 kecilku dgn melihat org alim..Sedang makcik2 dan kakak2 sibuk beratur untuk bergambar dengan Tuan guru, tetiba tuan guru melambai memanggilku..Tuan Guru " Meh, duk sini.."
Aku padamulanya tidak percaya..tetapi menyahut perlahan,,"Ye?" Hihiii..aku bagai si kecil yg keriangan berlari kearah Tuan Guru..yang sememangnya hati ini mahu sangat bergambar hampir dengannya..Lantas aku berkata "Alhamdulillah,,saya dapat jugak duk depan Tuan Guru..hihii"
Tuan Guru tersenyum dan berkata "Ha,,duk depan ni,,tiket kat sini la yg mahal..depan sekali..duduk elok2.."
Aku tak dapat menahan kegembiraan,,lafaz syukur kpd Allah..dan senyuman yg menguntum..hati pula sungguh riang sekali..Bilamana aku naik ke pentas dan duduk bersimpuh di hadapan Tuan Guru,,terdengar suara2 ibu yang berkata " Eh,dier dapat duk depan Tuan Guru? Nak duduk jugak..tepi sikit..tepi sikit.." hihii..kelakar dengan gelagat ibu2 ni..aku menjawab.."Mak cik duk tepi saya ye..=) saya dah duduk..xboleh berganjak lagi.." Tuan Guru menyapa.."Duduk baik2..orang nak amik gambar...nampak makin ramai cameraman berbanding tadi.."..hihiii..tuan guru mula menyakat..
Ustaz2 yang dari tadi duk perhati gelagat muslimat mengambil tempat berkata "Akhirnya! dapat jugak kat dier ye..ishh budak ni.." Aku sekadar senyum sahaja dgn suara2 mereka tu..Moga ilmu yg aku pelajari ini diberkati Allah swt..
Alhamdulillah Ya Allah.. Hadiah terindah dari Allah swt..
Akhirnya kepenatanku drive dari Tanjung Malim ke Melaka, terubat seketika..Walau haritu aku ponteng(dah bg surat makluman) kelas Prof. Dato' Dr. Abdul Rahman Daud jam 3 petang.. dan keesokkan paginya aku drive pula dari Melaka ke Tanjung Malim untuk kelas jam 11pagi..Badan penat,,tapi hati berbunga2..=) Alhamdulillah~
~Kebahagiaan memerlukan Pengorbanan~
~ Tarbiah dari Allah swt yg sungguh bermakna ~
No comments:
Post a Comment