Sunday, November 8, 2009
Kamu fikir kamu susah?Fikirkan lagi..
SubhanAllah,,,Alhamdulillah,,kita masih diberi kedua kaki oleh Allah swt...Nikmat yg sungguh dan amat bernilai sekali...Tidak perlu ditukar ganti...dan tidak perlu dipateri selalu...Bagaimana andai kakai kita seperti insan ini??Mampukah kita untuk menanggung kosnya??Sedangkan Allah swt menganugerahkan kaki dan servis dgn percuma utk kita....Fikir2kanlah...Apa yg telah kita lakukan utk Allah swt??Bersediakah kita utk menjawab setiap persoalan dari apa yg telah dipinjamkanNya kepada kita??Ayuh,,,kita muhasabah diri ini...termasuk diriku sekali....
Pemuda mahu garis panduan isu "Tahalluf"
Timbalannya, Azman Shapawi berkata, parti harus menyatakan segala perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam mengadakan tahaluf.
Kepimpinan parti juga diminta agar lebih adil dalam pembahagian kerusi untuk menghadapi pilihanraya akan datang.
"Adil ni maksudnya pimpinan mesti tengok dari semua aspek. Mesti lihat kebolehan jentera dan sejauh mana keberkesanan pengurusan parti agar lebih bersedia menghadapi pihak lawan," katanya.
Pemuda juga menyokong penuh keputusan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang akan meneruskan komitmen parti untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Pemuda turut mencadangkan agar kejayaan Pakatan Rakyat di setiap negeri yang diperintah dibentangkan dalam muktamar tahunan parti.
Laporan lengkap perlu diberikan kepada setiap perwakilan agar segala kekurangan dan kelebihan dapat dianalisis untuk memperkasakan parti.
Bercakap sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden dalam seminar pemerkasaan parti di Dewan Datuk Fadzil Nor, Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, petang tadi, Azman turut menegaskan, setiap konflik dalaman parti yang berlaku mestilah diambil tindakan segera untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan ahli.
"Segala konflik mesti diselesaikan segera kerana kami bimbang jika tidak diselesaikan segera, akan merosakkan fikiran ahli,"ujarnya.
Turut dicadangkan agar jawatankuasan disiplin parti bersikap lebih tegas kepada mana-mana ahli yang melakukan perkara yang bertentangan dengan parti termasuk mengenai kebocoran rahsia parti.
Beliau turut menyeru agar ahli tidak menggunakan media baru dengan sewenang-wenangnya untuk menulis pandangan peribadi yang dapat mencemarkan imej parti.
oleh : Hazayani Zakaria