WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Muharran 1434 | 1 Disember 2012 | Sabtu
TUMPAT – Kampung Palekbang di sini tiba-tiba menjadi tumpuan apabila tersebar cerita penemuan terowong peninggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di laman sosial, di blog dan cakap-cakap di kedai kopi sejak seminggu ini.
Kewujudannya terus menjadi teka-teki apabila khabar angin mengatakan terowong tersebut panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga Lalang Luas, Machang.
Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat bekas kubu tentera Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi, yang kini dalam kajian pembangunan ekosejarah selia Kerajaan Negeri Kelantan.
Beberapa hari lalu kelihatan anggota polis, tentera, bomba berada di lokasi tersebut.
Bagaimanapun kesahihan kewujudan terowong tersebut masih menjadi persoalan hingga kini.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi tersebut mendapati kawasan tersebut sedang giat dibersihkan dan kelihatan beberapa telaga ditemui, didakwa sebagai lubang untuk turun ke bawah tanah.
Turut juga kelihatan binaan lama yang sudah ditenggelami tanah dibersihkan serta beberapa kawasan yang sudah dikawal oleh pihak keselamatan.
Seorang penduduk tetap Kampung Palekbang, Zakaria Abdul Kadir, 74, berkata, cerita kewujudan terowong bawah tanah ini adalah cerita karut yang sengaja digembar-gemburkan.
“Memang tidak wujud terowong bawah tanah, itu semua cerita karut, tidak ada stor bom atau pun senjata api di sini,” katanya.
Menurutnya, telaga yang ditemui di kawasan tersebut adalah tempat simpanan air untuk kegunaan kereta api dan bukannya terowong untuk turun ke bawah tanah.
Zakaria berkata, lokasi tersebut asalnya pelabuhan dan stesen kereta api yang tersohor menjadi nadi penghubung rakyat Kelantan untuk ke Kota Bharu serta sebagai pusat perdagangan.
Menurutnya, Kampung Palekbang wujud sebelum kedatangan Inggeris di Kelantan.
Bagaimanapun kewujudan kampung itu disenaraikan dalam rekod setelah kerajaan Inggeris membina landasan kereta api pada pertengahan 1920.
“Palekbang adalah kampung yang termaju sekali dalam Kelantan pada masa itu apabila muncul sebagai pusat perdagangan dan pekan transit dari luar Kelantan ke Kota Bharu serta tempat-tempat lain.
“Dengan kemudahan pengangkutan yang maju dan kedudukan yang strategik, Kampung Palekbang berfungsi sebagai pusat pengumpulan, pengedaran sama ada dengan kereta api atau feri yang merentasi Sungai Kelantan,” katanya.
Zakaria berkata, pada masa itu, Kampung Paklebang mempunyai stor simpanan sejuk yang menyimpan stok minuman botol F&N dan Coca-cola, serta depo minyak Shell dan Esso untuk bekalan bagi seluruh negeri Kelantan.
“Di sini juga terdapat kilang air batu yang besar untuk membekalkan air batu bagi seluruh negeri Kelantan dan kesemua bangunan tersebut terletak di pinggir sungai Kelantan seiringan dengan stesen kereta api Palekbang,” katanya.
Bagaimanapun, kata Zakaria, stesen kereta api Palekbang terpinggir sekitar tahun 1970-an apabila Jambatan Sultan Yahya Petra dibina dan dibuka menjadikan jalan darat berkembang.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob ketika dihubungi memaklumkan lokasi yang didakwa mempunyai terowong bawah tanah itu masih dalam kajian pihak Kerajaan Negeri.
“Tidak ada apa yang luar biasa di kawasan berkenaan, ia masih dalam kajian dan pelbagai penemuan kemungkinan akan diketahui nanti.
“Mungkin di bawah tanah tersebut ada tempat simpanan peralatan perang milik tentera Jepun. Sebab itu, Kerajaan Negeri minta bantuan pihak tentera ke lokasi tersebut. Lagi pun di sini pada zaman Jepun adalah penempatan tentera, kemungkinan ada bahan api di bawah sana,” katanya.
Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan khabar angin berkaitan penemuan terowong tersebut.
DIPETIK DARI http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/gempar-terowong-zaman-perang-di-kelantan-1.108626.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------respon pembaca sinar-------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------respon pembaca sinar-------------------------------------------------------------------
- Zainal Abdul Kahar · Top Commenter · Managing Director at Adik Pintar StudioMasyarakat kita mempunyai daya kreatif dlm pembikinan cerita, boleh jadi penerbit filem, budget je takde.
- Sya Man Ana · Top Commenter · Medan, IndonesiaKaji korek.. kaji korekkkkk... mana la tau ada intan berlian bernilai RM100 Billion dalam tu... takyah harap Royalti Petronas lagi.... takyah kutip derma untuk buat lebuhraya kebajikan tu lagi... bleh "cover" projek Lembah Sireh... Bleh "cover" baiki sistem bekalan Air Kelantan... Bleh "Cover" kos PRU 13 nie nanti... dan jgn lupa Budget untuk mengawal wabak HIV di Kelantan... tu jerr... semoga dimurahkan rezeki... sebab nak harap duit dari pelaburan susah sket kat Kelantan ni... dengan adanya rezeki bergolek nie tak payah la bersusah payah cari pelabur...(OOPPPPPSSSSS CAM KISAH MAT JENIN PLAK)
- Zam Zamal · Top Commenter · Assistant Manager at Hil technologyalahai jepun kat tanah melayu kejap jer....yang lama tu...british yg dok perabih hasil tanah dan galian kat negara kita...naik basikal jer jepun dulu..
- Rie Na · Subscribe · Top Commenter · Kuala Lumpur, MalaysiaMasyarakat kita memang suka menyebar dn menambah2kan cerita pada perkara2 yg dia sendiri tak tau.
- Faizuakma A'arif · Faculty of Engineering, Alexandria University, EgyptFakta atau Auta ni? Mcm2 fakta yg timbul dan mcm2 auta yang ditambah untuk sedap kan ayat
- Alif Ba Ta · Subscribe · Top Commenter · 26 years oldbagaimana jika isu ini terpaksa dirahsiakan kerana "keselamatan negara"? bumi malaysia penuh dgn sejarah yg terpaksa dirahsiakan kpd umum supaya beritanya tidak tersebar lagi2 ke negara2 barat yg suka memanipulasi sejarah sesuatu bangsa.
- Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Works at Pesara KerajaanMasyarakat kita bukan saja suka menyebarkan fitnah tetapi juga suka menambah-nambahkan cerita supaya lebih sensasi...
- Md Sabri · Top Commenter · Pengurus Besar at Sabiro Martnampak gaya macam selipat real keretapi lama , adakah betul dua telaga itu lubang terowong , telaga sebesar mana , dlm masa dua tahun jepun berada di malaya adakah sempat untuk bina terowong sehingga ke selatan thai dan sehingga ke machang di tambah ada landasan terbang dan stor bawah tanah di machang , binaan itu sangat besar dan sudah pasti memakan masa yg lama untuk menyiapkannya , kalau betul itu merupakan bahan sejarah .
- SemBang Bersama Naimeloklah jumpa telaga, boleh pam air keluar untuk kegunaan awam, kelantan pun hadapi masalah air
- Cik Serijepun jajah malaysia 2 tahun lebih sahaja siap bina terowong bawah tanah 100km ??!! ada lapangan terbang lg?! buat lebuhraya dgn sistem canggih sekarang ni pun makan masa bertahun2.oh lupa mungkin japan telah mengggunakan khidmat ultraman gaban satria baja hitam dan sebagainya tanpa pengetahuan semua.kekeke
- Alif Ba Ta · Subscribe · Top Commenter · 26 years oldbayangkan jika di indonesia sendiri ada pyramid dan struktur2 purba yg berusia beribu tahun, ini kan pula malaysia? kita ni dulu kan satu nusantara. dibawah penguasan satu raja. jeng jeng jeng wallahu'alam..
- Anwar Ibrahim Lgbt · Top Commenter · Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)Kalau dah jumpa ZAMAN TINGGALAN lama macam tu...yang di cari cari biasanya EMAS atau TEMBAGA....
- Khaian Hilal Othman · Subscribe · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA · 171 subscribersoh...kat cnilah tempat terbinanya Tugu Peringatan Jambatan Palekbang?
- Shaz Shazan · Top Commenterbanyak hari dah nih duk gege gegok dlm FB. hari ni baru masuk sinar. xpolah. tunggu la cerita selanjutnya.
- Mohd Naser · Top Commenter · Kuantanada lapangan terbang bwh tanah?terperanjat berok aku dengar..haha
- ナシル モハマド · Lead Nuclear Scientist at Nantz Nuclear Facility, IranSaspen jugok ni, nak kelih do'oh lah mano rupo sebenar selipar Jepun. Heheee...
- ~lu sembang nanti wa sengat ! ~klo betul, senang la nk p thai pas ni weh .. haha ... tgk ni k http://bit.ly/VhiuMB :O



























![[9 Sebab Israel Mahukan Gencatan Senjata Lebih Awal]
Bagaimana tentera zionis meratap kematian…
Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.
Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.
Apa tidaknya ?
1-Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.
2-Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam
3-Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu.
israel f16 Igauan Israel menjadi realiti...
Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam
4-Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.
5-Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.
6-Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.
7-Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.
8-Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.
9-Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.
Ingatilah firman Allah swt :
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -
Surah al-Imran ayat 54
“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar….
Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddi](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/598391_470675362976183_823858760_n.jpg)