Sunday, November 25, 2012

~ NASIHATI DIRIMU SRIKANDIKUMAWAR~


Malam ini pendek sahaja...

Bagaimana orang lain melihat diri kita tidak penting.
Bagaimana kita melihat diri sendiri, itu adalah segalanya.
Adalah lebih baik untuk kita kehilangan ego kepada orang yang kita sayang,
 daripada kehilangan orang yang kita sayang kerana ego kita. 
Ego tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Senyum.





----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------srikandikumawar mencoret---------------------------------------------------------------------------

BismiLLah..

~ Allah Maha Besar..Allah Maha Mengetahui ~

setiap apa yang berlaku pasti ada "Perancang"nya...
Dan setiap apa yang kamu lalui adalah di "tentukan" oleh-Nya...

Allahuakbar..

Ummat akhir zaman..yang tidak berpeluang melihat mukjizat terus dari nabi, tetapi diperlihatkan oleh Allah swt dalam setiap hari yang dilalui...

apa yang dilihat,,apa yang dijumpai dan apa yang dibaca,,semuanya sudah diaturkan oleh Allah swt...tiada yang kebetulan..

Allah swt menasihatimu srikandiku sayang

Berfikirlah,,,bermuhasabahlah~

AstargfiruLLah..




~ BILA MANA WANITA MELAMAR ~

 Ya..bila mana seorang wanita melamar seorang lelaki..
Pasti ia mengundang pelbagai persoalan kan??

Kemungkinan-kemungkinan negatif berlegar difikiran..

Tapi,,,bondaku juga melamar Kekasih Allah s.w.t..

Bila mana bonda Siti Khadijah..melamar Rasulullah s.a.w.
Rasulullah menerima lamaran dari bonda Khadijah dengan baik..

Bonda Siti Khadijah pernah menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW..

(Tanpa segan silu disini bukan bermaksud tidak mempunyai sifat malu..tetapi..berterus terang itu lebih baik...Ya Allah,,sungguh mulia hati bonda Khadijah sehingga menjadi bidadari Kekasih-Mu)

Dalil 1

Dalam satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :

Bermaksud : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ). 

Dalil 2

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada cacatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ). 

Dalil 3
Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------  srikandikumawar mencoret ---------------------------------

Andai pernah kamu dilamar..bertuahlah...kerana wanita mempunyai sifat malu yang sangat tinggi...agak dan amat sukar bagi seorang wanita untuk meluahkan kata-kata keramat itu...
bila mana dia menyatakan tujuannya..bermaksud sesuatu yang benar dari lubok hatinya...

Tetapi,,jangan kamu berdiam diri..meninggalkan mereka terkapai-kapai tanpa jawapan yang tidak pasti..kerana "hati" dan perasaan wanita ini sangat unik dicipta Allah swt..fikiran wanita berbeza dengan lelaki...sifat malunya masih menebal,walau hasratnya sudah diluahkan pergi..

Oh,Jangan!!...jangan biarkan mereka berundur tanpa mendapat jawapan yang pasti dari kamu..kerana pemergiannya bersama linangan air mata~

Hulurkanlah mereka jawapan yang benar darimu..samaada kamu "terima @ tidak" lamarannya..andai kamu memerlukan masa untuk istikharah,,bermusyawarahlah dengan org tengahnya atau khabarkanlah ia dengan cara yang baik..supaya wanita itu mengerti dan memahami...


# i'm just picked and describes some of verses from Pena Cikgu Blogs 
# wanita hanya akan melamar lelaki sekali sahaja dalam seumur hidupnya...kerana mereka akan dilamar berkali-kali




Saturday, November 24, 2012

~ SOLAT WITIR ~


~ InsyaAllah..Ya Allah,,Engkau ringankanlah tulang belulang dan sendi2ku utk beribadat kepada Mu ~aamiiin

Tatacara Mengerjakan Solat Witr.

Solat Witr 1 rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :- 
1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.
Maksudnya:
Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 991.

* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir

Rakaat Ketiga
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.

Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-Surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlash sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbhisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no: 1683.

di petik dari fb : https://www.facebook.com/shamkamikaze

Friday, November 23, 2012

~ YA ALLAH..NIATKU UTK KE GAZA~

DENGAN NAMA MU YANG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA MENGASIHANI...

YA ALLAH...AKU MAHU KE GAZA..

LIMPAHKANLAH REZEKI , KESIHATAN DAN PELUANG KEPADAKU UTK MEMBANTU SAUDARA KU DI SANA...

PALESTIN ADALAH TANAH NEGERIKU JUGA YA ALLAH...

SAUDARA DI PALESTIN ADALAH SAUDARA KU JUA YA ALLAH...

YA ALLAH...AKU MAHU KE SANA...MAHU BERJUANG BERSAMA MEREKA...

YA ALLAH...KASIHANILAH AKU...

SAYANGILAH MEREKA...

KUATKAN IMAN MEREKA...

MASUKKANLAH MEREKA KE SYURGAMU YA ALLAH...

KASIHANILAH MEREKA..

KASIHANILAH SI KECIL ITU..

KASIHANILAH SAUDARAKU...

AKU CINTA DAN SAYANG MEREKA....

YA ALLAH...DI MALAYSIA SENANG..WALAU SUSAH,,TIDAK DERITA...

TAPI SAUDARAKU DI GAZA SUSAH LAGI DERITA...

YA ALLAH,,ENGKAU AMPUNILAH MEREKA...KUATKAN IMAN MEREKA..MASUKKAN MEREKA K DALAM SYURGAMU...

BAWALAH DAKU BERSAMA MEREKA..

BERADA DALAM SYURGAMU...

YA RASULULLAH...UMMATMU PERLUKANMU...

KAMI DITINGGALKAN JAUH BERTAHUN YANG LALU..
KITA XPERNAH BERSUA YA RASULULLAH...

TAPI AKU CINTA DAN KASIH PADAMU..

KERANA PERINTAH TUHANKU...

YA ALLAH..SAMPAIKANLAH SALAMKU KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW..SERTA AHLI KELUARGA BAGINDA..


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 Mu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.


~ JUMAAT~9 MUHARRAM 1434-23.11.12
UPSI,TANJUNG MALIM



Thursday, November 22, 2012

~ BAYI DALAM AIR~


" YA ALLAH,,jadikanlah rahimku tempat persinggahan hambamu yang soleh wa musleh..sihatkanlah rahimku..kuatkanlah otot-ototnya.. "



Subhanallah...

"Gambar yg saya sertakan menunjukkan bayi yg baru shj lahir berserta kantung air ketubang yg masih dlm keadaan baik. Gambar ini berbicara spy kita semua berfikir bagaimana Allah s.w.t. menjadikan lendiran2 ini sbg wakil (asbab-pelindung) kpd seorg bayi tatkala ia berada di dlm kandungan ibunya, di saat dia tidak punya siapa2 melainkan Allah."

Seorang ulama pernah menyebut: "Tawakk
al seorg bayi sgt tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kpd Allah, bayi tdk mampu berbuat apa2 dan menyerahkan takdir sepenuhnya utk diperlakukan spt apa, utk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. Tp Allah Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya.

*Gambar yg cukup mengkagumkan, dan membuatkan kita terfikir akan keajaiban ciptaan & kuasa Allah s.w.t.




i adapt from https://www.facebook.com/ubaidillah.almusawi