Thursday, November 22, 2012

~ Gencatan senjata Hamas, Israel diumumkan di Kaherah~


Selepas lapan hari, penduduk Gaza dibom Israel akhirnya gencatan senjata kedua-dua pihak diumumkan sebentar tadi di Kaherah Mesir dalam sidang media bersama Setiausaha Negara Amerika Hilarry Clinton dan Pengerusi Liga Arab Nabil El-Arabi.
Gencatan senjata itu diumumkan jam 7.30 malam  dan berkuatkuasa jam 9.00 malam Rabu hari yang sama waktu Gaza.
Bagaimanapun jumlah kematian meningat di Gaza hari ini selepas puluhan serangan udara dilancarkan oleh Israel berikutan satu serangan ke atas bas awam di Tel Aviv hari ini.
Gencatan senjata hasil usaha Presiden Mesir, Mohammed Morsi dilihat sebagai salah satu harapan untuk menamatkan konflik Israel-Palestin dengan merundingkan proses gencatan senjata.
Mohammed pada masa yang sama  berikrar untuk mengekalkan perjanjian damai antara Mesir dan Israel.
"Mesir merupakan negara yang perlu memainkan peranan paling penting dalam konflik ini,” kata seorang profesor hubungan antarabangsa, Fawaz Gerges.
“Setakat ini, Hamas cukup patuh dengan arahan (Mohammed) Morsi dan ini salah satu sebab Mesir merupakan negara paling penting untuk merungkaikan konflik,” katanya.
Presiden Israel, Shimon Peres turut memuji usaha Mohammed dan mengatakan beliau membina satu kejutan yang menyenangkan.
“Saya berharap beliau akan mengekalkan usaha dan meneruskan tugas ini kerana ia penting bagi negara Timur Tengah,” kata Peres.
Mohammed mengambil alih jawatan presiden akhir Jun lalu.
Mohammed turut mendapat tekanan daripada rakyatnya sendiri yang mendesak agar penjanjian damai bersama Israel dihentikan.-22/11/2012

Monday, November 19, 2012

~ HIJRAH HATI~

  • beza orang yang tahu Allah melihat dan rasa Allah melihat..
  • manusia tidak bertindak pada apa yang mereka fikir,tapi bertindak pada apa yang mereka rasa.
  • nak amalkan ilmu mesti melalui jalan mujahadah(berperang melawan hawa nafsu dan syaitan)
  • Penjajahan fikiran dan penjajahan hati(jiwa)
  • Orang yang berjaya lebih banyak merasai kejatuhan berbanding orang yang kecewa
  • Kita perlu bangkit banyak kali bila jatuh berkali-kali.

HIJRAH HATI PERLU STRATEGI
  • Jatuh banyak kali dalam lubang yang sama menandakan kita tidak belajar.
  • Kegagalan adalah satu peluang untuk kita ambil peluang dengan bijaksana.
  • Kita bukan sekadar memerlukan penunjuk jalan, tetapi kita memerlukan pembimbing.
  • " Mencintai orang yang mencintai Allah swt".

HIJRAH PADA SOLAT
  • Fahami bacaan dalam solat.
  • Lepas faham,kita hayati maknanya. (Kisah bukit Uhud yang mencintai Rasulullah saw)
  • ALLAHUAKBAR(ALLAH MAHA BESAR)-bila kita pandang Allah Maha Besar,maka yang lain menjadi kecil.
  • Hijrah solat,insyaAllah,kita akan hijrah hidup kita.

PERPADUAN ATAS DASAR SYAHADAH
  • Jaafar bin Abi Talib
  • Untuk satukan batu,kita gunakan simen.
  • Untuk satukan kayu dengan kayu kita gunakan paku
  • Untuk satukan hati manusia,kita perlukan iman.

HIJRAH HATI HIJRAH YANG PALING UTAMA.
  • Bila ada pengorbanan,disitu adanya kebahagiaan.
  • Sebab mereka yakin dengan janji Allah swt.
  • Mereka sanggup bersusah didunia,untuk meraih kesenangan di akhirat.


~ stay tune at http://www.ikimfm.my/ikimfm/ ~


Thursday, November 15, 2012

~ PERINGKAT-PERINGKAT MUHASABAH DIRI ~


Imam Ghazali telah menetapkan beberapa marhalah (peringkat) untuk bermuhasabah
diri seperti berikut;


1) AL-MUSYARATAH

Pada peringkat ini kita mengenali bahawa diri itu adalah diri kita sendiri dan hati itu adalah hati kita sendiri. Ditangan kitalah terserah segala amalan baik dan buruk. Ketahuilah bahawa membaiki diri adalah dengan amalan soleh manakala merosakkan diri dan hati adalah dengan maksiat dan kejahatan.


2) AL-MURAQABAH

Intai-intailah diri sewaktu mengharungi amalan atau membuat sesuatu aktviti dan perhatikanlah segala tindakan dengan mata hati. Sekiranya kita mendapati bahawa diri kita telah melanggari hak-hak Allah Taala dan melakukan dosa kepadaNya, maka segeralah bertaubat. Baiki diri dengan mentaati segala suruhan dan laranganNya.


3) AL-MUHASABAH

Apabila seseorang hamba itu menghitung (menghisab) amalan dirinya sendiri, adakalanya rutin seharian yang dilalui dipenuhi dengan ketaatan dan pahala. Maka sewajarnyalah hamba itu memuji Allah dan bersyukur kepadaNya, berdoa dengan penuh kerendahan hati moga Allah mengurniakan kepadanya kekuatan dan keteguhan dalam beramal ibadah keranaNya. Tetapi sekiranya kehidupan seharian yang sedang dilalui itu dipenuhi dengan maksiat dan noda maka hendaklah dia segera berhenti, mencela dirinya sendiri diatas keterlanjuran dan paling penting berazam untuk mencegah dirinya daripada mengulangi apa yang pernah dilakukannya sebelum ini.



4) AL-MU`AAQABAH

Amaran dan tegahan untuk berhenti dari melakukan dosa dan maksiat tidak memadai sekiranya tidak diiringi dengan `iqaab (denda / hukuman) yang zahir. `Iqaab itu menjadi penolak dan penghalang kepada dosa dan maksiat yang telah dan akan dilakukan oleh seseorang hamba. Diriwayatkan bahawa Sayyidina Umar al-Khattab telah mendera dirinya sendiri kerana meninggalkan solat asar berjamaah dengan menyedekahkan tanahnya yang bernilai 200 ribu dirham. Manakala sesetengah ulama` pula mewajibkan dirinya sendiri dengan berpuasa selama setahun atau dalam satu tempoh masa yang panjang (dengan harapan untuk menundukkan nafsu serta keinginan terhadap dunia dan maksiat), berjalan kaki untuk menunaikan haji dan sebagainya. Semua ini bertujuan untuk menta`dib dan mentarbiah diri agar tidak mengulangi tegahan Allah Taala.


5) AL-MUJAHADAH

Iaitu melawan segala kehendak hawa nafsu yang menjerumuskan seseorang hamba ke lembah dosa dan maksiat. Banyakkan bersabar, meyakini bahawa nikmat dunia adalah sementara sahaja dan sentiasa terikat dengan kehidupan akhirat yang terdapat pada hari tersebut syurga yang penuh dengan kenikmatan serta neraka jahannam yang penuh dengan sengsara dan azab. Sentiasalah berwaspada, bermuhasabah, melakukan `iqaab dan bermujahadah dari masa kesemasa dan beramallah dengan amalan-amalan yang dikehendaki oleh Allah Taala dengan bersungguh-sungguh supaya tidak futur (lemah) dipertengahan jalan menuju Allah yang Maha Esa.


Adapted from MUHAMMAD SUKRI SUPI's blog~

Tuesday, November 13, 2012

~ SEMARAKKAN CINTA 3 ~


~ SEMARAKKAN CINTA 2 ~


~ SEMARAKKAN CINTA 1~


Semarakkan Cinta Bahagian 1

Kelebihan Orang yang hadir dlm majlis ilmu

1. Allah swt memberi Rahmat
2. Ketenangan yg sgt mahal harganya.
3. Org yg hadir akan didoakan oleh malaikat
4. Nama2 org yg berada dlm majlis ilmu akan disebut oleh Allah swt dlm 1 majlis yg lebih mulia dan lebih  tinggi drp apa yg kita hadiri.

Majlis ilmu di dunia ini nampak biasa2 shj pd pandangan mata, tetapi luar biasa pada pandangan  Allah swt. 

Cinta lahir disyurga..

Hawa sebagai pasangan kpd Adam.
Datang drpd jannah,mk kembali ke jannah..
Cinta adalah subjek yg baik..legasi org yg baik2..
Ia diperlukan oleh hati...dan sgt indah...
Setiap 15 minit berlaku perceraian..18 minit lahirnya anak luar nikah..

76 kali Allah sebut tentang cinta di dalam Al-Quran

~ Surah Al-Baqarah 165 ~
Bermaksud: 

"Walau bagaimanapun,ada jugadiantara manusia yang mengambil selain dr Allah untuk menjadi sekutu2nya..mereka menyintainya,memujanya dan  mentaatinya sebagaimana mereka mencintai Allah.sedangkan org yg beriman itu sgt cinta kpd Allah swt"

Sabda Rauslullah saw dinukilkan oleh Imam Ghazali.

Pada suatu ketika,seorang arab bertemu rasululllah..Ya Rasulullah,,bila berklaku kiamat?
Rasululllah bertanya,siapa yg bertanya td?
badwi bercakap"sy". asulullah bertanya.
Apa yg kamu persiapkan utk menghadapi kiamat itu?
Badwi berkata"Sy belum menyediakank dgn ibadat dan solat yg banyak..
tp sy persiapkan dengan hati yg sgt cinta kpd mu Ya Rasulullah.
Rasulullah menjawab" Seseorang itu akan bersama diakhirat org yg dicintainya didunia"

Siapa org yg kita cintai didunia ini sgt penting.

Tiada lg perasaan sedih didalam syurga walaupun ada keluarga kita yg tidak dpt masuk syurga..Rasa cemburu juga sudah dicabut..

" Berhati2 menjaga hati"

Cinta soal  penting krn cinta berada di hati raja dlm kerajaan diri kita..

Ungkapan para hukama " Seseorang itu  menjadi hamba kpd apa yg dicintainya"
                                           " Cinta itu buta"

Cinta ada 2 wajah: Indah & Hodoh

Islam itu selamat & menyelamatkan..

Allah swt yg mencipa cinta dan Allah swt tidak melarang  untuk kita bercinta..
Cinta itu fitrah..Ia tidak boleh dihapuskan..Fitrah itu sgt penting demi kesinambungan kehidupan manusia..

Batasan2 dan peraturan2 bercinta

2i = ikhlas kerana Allah..iktiba' dgn sunnah Rasulullah saw&ikut syariat..

Manfaat
1. Selamatkan rasa cinta.
2.Peraturan cinta utk menyelamatkan org bercinta.90% tdk kawin dgn org yg dicintainya.
3. Niat berkahwin utk mentaati Allah swt.tiada istilah main2..

Dunia tdk hairan jk lelaki bunuh diri kerana kekasihnya,tetapi org hairan jika lelaki bunuh diri kerana ibunya..
Mengikut kajian, lelaki yg frust bercinta lebih menderita drpd org perempuan yg putus cinta.

Cinta kpd Allah itu tujuan, dan Cinta kpd Raulullah itu jalan ~

3 perkara yg ibubapa kene ajar anak2nya..
1. Mencintai Rasulullah
2. Mencintai keluarga baginda
3.Mencintai Al-Quran

Ingatan melahirkan sebutan.

Cinta memerlukan kesabaran.ia ibarat benih yg basah.Kita perlu pupuk cinta sehingga ia berputik dan rimbun~

Siapa yg kita cintai didunia,itulah yg akan bersama kita di akhirat nanti

Bila kita cinta Allah,maka kita akan mencintai yg lain tanpa batas dan syarat.


 *bercuti seminggu di melaka& berada di rumah jah pd 9-17.11.12.



Monday, November 12, 2012

~ DAPURKU~

Aku suka buat aktiviti di dapur..wahhh..memang best!!
terutaman mengemas,menyusun dan memasak ..
Perkara yang akan membangkit "mood" untuk memasak adalah keadaan dapur yang..

-Cantik-Bersih-Kemas-

baru boleh aku memasak dengan jayanya..hihii..
bersih dan cantik dapur,maka sedaplah masakan tu nanti..=)
InsyaAllah..

Erm,,ni suasana dapur idamanku..xperlu terlampau besar..tapi cukup dengan selesa~

" Ya Allah,,limpahkanlah rezeki yang halal dan berkat kepadaku"






Wednesday, November 7, 2012

~ LIPATAN NAPKIN ~


The Rosebud Napkin Fold




The Crown Napkin Fold



The Bird Of Paradise Napkin Fold




 Jubah Raja dan Bunga Bakung




 Gerbang Bersayap






 Top Tinggi