Thursday, November 15, 2012

~ PERINGKAT-PERINGKAT MUHASABAH DIRI ~


Imam Ghazali telah menetapkan beberapa marhalah (peringkat) untuk bermuhasabah
diri seperti berikut;


1) AL-MUSYARATAH

Pada peringkat ini kita mengenali bahawa diri itu adalah diri kita sendiri dan hati itu adalah hati kita sendiri. Ditangan kitalah terserah segala amalan baik dan buruk. Ketahuilah bahawa membaiki diri adalah dengan amalan soleh manakala merosakkan diri dan hati adalah dengan maksiat dan kejahatan.


2) AL-MURAQABAH

Intai-intailah diri sewaktu mengharungi amalan atau membuat sesuatu aktviti dan perhatikanlah segala tindakan dengan mata hati. Sekiranya kita mendapati bahawa diri kita telah melanggari hak-hak Allah Taala dan melakukan dosa kepadaNya, maka segeralah bertaubat. Baiki diri dengan mentaati segala suruhan dan laranganNya.


3) AL-MUHASABAH

Apabila seseorang hamba itu menghitung (menghisab) amalan dirinya sendiri, adakalanya rutin seharian yang dilalui dipenuhi dengan ketaatan dan pahala. Maka sewajarnyalah hamba itu memuji Allah dan bersyukur kepadaNya, berdoa dengan penuh kerendahan hati moga Allah mengurniakan kepadanya kekuatan dan keteguhan dalam beramal ibadah keranaNya. Tetapi sekiranya kehidupan seharian yang sedang dilalui itu dipenuhi dengan maksiat dan noda maka hendaklah dia segera berhenti, mencela dirinya sendiri diatas keterlanjuran dan paling penting berazam untuk mencegah dirinya daripada mengulangi apa yang pernah dilakukannya sebelum ini.



4) AL-MU`AAQABAH

Amaran dan tegahan untuk berhenti dari melakukan dosa dan maksiat tidak memadai sekiranya tidak diiringi dengan `iqaab (denda / hukuman) yang zahir. `Iqaab itu menjadi penolak dan penghalang kepada dosa dan maksiat yang telah dan akan dilakukan oleh seseorang hamba. Diriwayatkan bahawa Sayyidina Umar al-Khattab telah mendera dirinya sendiri kerana meninggalkan solat asar berjamaah dengan menyedekahkan tanahnya yang bernilai 200 ribu dirham. Manakala sesetengah ulama` pula mewajibkan dirinya sendiri dengan berpuasa selama setahun atau dalam satu tempoh masa yang panjang (dengan harapan untuk menundukkan nafsu serta keinginan terhadap dunia dan maksiat), berjalan kaki untuk menunaikan haji dan sebagainya. Semua ini bertujuan untuk menta`dib dan mentarbiah diri agar tidak mengulangi tegahan Allah Taala.


5) AL-MUJAHADAH

Iaitu melawan segala kehendak hawa nafsu yang menjerumuskan seseorang hamba ke lembah dosa dan maksiat. Banyakkan bersabar, meyakini bahawa nikmat dunia adalah sementara sahaja dan sentiasa terikat dengan kehidupan akhirat yang terdapat pada hari tersebut syurga yang penuh dengan kenikmatan serta neraka jahannam yang penuh dengan sengsara dan azab. Sentiasalah berwaspada, bermuhasabah, melakukan `iqaab dan bermujahadah dari masa kesemasa dan beramallah dengan amalan-amalan yang dikehendaki oleh Allah Taala dengan bersungguh-sungguh supaya tidak futur (lemah) dipertengahan jalan menuju Allah yang Maha Esa.


Adapted from MUHAMMAD SUKRI SUPI's blog~

Tuesday, November 13, 2012

~ SEMARAKKAN CINTA 3 ~


~ SEMARAKKAN CINTA 2 ~


~ SEMARAKKAN CINTA 1~


Semarakkan Cinta Bahagian 1

Kelebihan Orang yang hadir dlm majlis ilmu

1. Allah swt memberi Rahmat
2. Ketenangan yg sgt mahal harganya.
3. Org yg hadir akan didoakan oleh malaikat
4. Nama2 org yg berada dlm majlis ilmu akan disebut oleh Allah swt dlm 1 majlis yg lebih mulia dan lebih  tinggi drp apa yg kita hadiri.

Majlis ilmu di dunia ini nampak biasa2 shj pd pandangan mata, tetapi luar biasa pada pandangan  Allah swt. 

Cinta lahir disyurga..

Hawa sebagai pasangan kpd Adam.
Datang drpd jannah,mk kembali ke jannah..
Cinta adalah subjek yg baik..legasi org yg baik2..
Ia diperlukan oleh hati...dan sgt indah...
Setiap 15 minit berlaku perceraian..18 minit lahirnya anak luar nikah..

76 kali Allah sebut tentang cinta di dalam Al-Quran

~ Surah Al-Baqarah 165 ~
Bermaksud: 

"Walau bagaimanapun,ada jugadiantara manusia yang mengambil selain dr Allah untuk menjadi sekutu2nya..mereka menyintainya,memujanya dan  mentaatinya sebagaimana mereka mencintai Allah.sedangkan org yg beriman itu sgt cinta kpd Allah swt"

Sabda Rauslullah saw dinukilkan oleh Imam Ghazali.

Pada suatu ketika,seorang arab bertemu rasululllah..Ya Rasulullah,,bila berklaku kiamat?
Rasululllah bertanya,siapa yg bertanya td?
badwi bercakap"sy". asulullah bertanya.
Apa yg kamu persiapkan utk menghadapi kiamat itu?
Badwi berkata"Sy belum menyediakank dgn ibadat dan solat yg banyak..
tp sy persiapkan dengan hati yg sgt cinta kpd mu Ya Rasulullah.
Rasulullah menjawab" Seseorang itu akan bersama diakhirat org yg dicintainya didunia"

Siapa org yg kita cintai didunia ini sgt penting.

Tiada lg perasaan sedih didalam syurga walaupun ada keluarga kita yg tidak dpt masuk syurga..Rasa cemburu juga sudah dicabut..

" Berhati2 menjaga hati"

Cinta soal  penting krn cinta berada di hati raja dlm kerajaan diri kita..

Ungkapan para hukama " Seseorang itu  menjadi hamba kpd apa yg dicintainya"
                                           " Cinta itu buta"

Cinta ada 2 wajah: Indah & Hodoh

Islam itu selamat & menyelamatkan..

Allah swt yg mencipa cinta dan Allah swt tidak melarang  untuk kita bercinta..
Cinta itu fitrah..Ia tidak boleh dihapuskan..Fitrah itu sgt penting demi kesinambungan kehidupan manusia..

Batasan2 dan peraturan2 bercinta

2i = ikhlas kerana Allah..iktiba' dgn sunnah Rasulullah saw&ikut syariat..

Manfaat
1. Selamatkan rasa cinta.
2.Peraturan cinta utk menyelamatkan org bercinta.90% tdk kawin dgn org yg dicintainya.
3. Niat berkahwin utk mentaati Allah swt.tiada istilah main2..

Dunia tdk hairan jk lelaki bunuh diri kerana kekasihnya,tetapi org hairan jika lelaki bunuh diri kerana ibunya..
Mengikut kajian, lelaki yg frust bercinta lebih menderita drpd org perempuan yg putus cinta.

Cinta kpd Allah itu tujuan, dan Cinta kpd Raulullah itu jalan ~

3 perkara yg ibubapa kene ajar anak2nya..
1. Mencintai Rasulullah
2. Mencintai keluarga baginda
3.Mencintai Al-Quran

Ingatan melahirkan sebutan.

Cinta memerlukan kesabaran.ia ibarat benih yg basah.Kita perlu pupuk cinta sehingga ia berputik dan rimbun~

Siapa yg kita cintai didunia,itulah yg akan bersama kita di akhirat nanti

Bila kita cinta Allah,maka kita akan mencintai yg lain tanpa batas dan syarat.


 *bercuti seminggu di melaka& berada di rumah jah pd 9-17.11.12.



Monday, November 12, 2012

~ DAPURKU~

Aku suka buat aktiviti di dapur..wahhh..memang best!!
terutaman mengemas,menyusun dan memasak ..
Perkara yang akan membangkit "mood" untuk memasak adalah keadaan dapur yang..

-Cantik-Bersih-Kemas-

baru boleh aku memasak dengan jayanya..hihii..
bersih dan cantik dapur,maka sedaplah masakan tu nanti..=)
InsyaAllah..

Erm,,ni suasana dapur idamanku..xperlu terlampau besar..tapi cukup dengan selesa~

" Ya Allah,,limpahkanlah rezeki yang halal dan berkat kepadaku"






Wednesday, November 7, 2012

~ LIPATAN NAPKIN ~


The Rosebud Napkin Fold




The Crown Napkin Fold



The Bird Of Paradise Napkin Fold




 Jubah Raja dan Bunga Bakung




 Gerbang Bersayap






 Top Tinggi







Tuesday, November 6, 2012

~AKU KEMBALI~

Ye..aku kembali..kembali ke sini..kembali dgn hati yang penuh cinta dan rindu..
Dari blog ke facebook..dan dari facebook aku kembali ke blog..

Kenapa?

kerana rindu..
aku merindui blog ini..
blog yg penuh dgn kenangan..

tetapi tdk ku tinggal fb sepenuhnya..fb as connection with others and getting the info..

aku mahu kembali mencoret kenangan disini..
kenangan untuk bacaan hari mendatang..
darinya menginsafi dan menasihatiku kembali...

terasa takut utk mencoret di fb...kerana takut ujub, riak dan takabbur menjengah ke hati..
semoga Allah mengampuni dosaku..

cukup,cukup sudah..cukup sampai di sini saja

dan blog memberi kepuasan dan muhasabah kpd ku..
yg mana pasti ku pilih? pastinya blogku...

~BiaR QaLaM BeRBicaRa~

~ HADIAH DARI KEKASIH ~


20 Dzul Hijjah | 5.11.12 | Isnin | 7.30pg | Tanjung Malim

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali "

~ Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah dosaku . Rahmatilah aku ~


Alhamdulillah syukur atas nikmat umur dan kesihatan yg diberikan..seusai solat, aku terus bersiap utk ke kelas pukul 8pg...sekarang jam menunjukkan pukul 7.30 pg...Sebelum keluar dari teratakku, aku sempat menjengah silauan mentari pagi....SubhanALLAH!! indahnye mentari pagi ni!!..mataku teramat silau...tetapi kelihatan awan yang seakan2 seekor burung yg besar!! ia seolah2 terbang menghala kearah matahari...Allahuakbar!! malaikat ke tu?? erm..Ustaz Dr.Harun Din cakap,,,malaikat ni besarrrr sgt...dia mempunyai sayap yg besar,yg boleh menutupi bumi...tp ni bukan malaikat..ni awn yg mempunyai bentuk seakan burung..hehe..padamulanya aku terpegun dengan kepulan awan yang  seakan menutupi permukaan bumi tu...cantik..

Jgn lengahkan masa srikandikumawar...kamu dah lewat utk ke kelas...


Ok..terusku sambar smartphone di bilik..alhamdulillah,baterinya masih ade..aku merakam pemandangan indah ini utk ditatap sewaktu masa lapang didalam kelas nanti...kerana sekarang aku kene cepat utk ke kelas...Klip..klip..klip..5-6 keping pun jadilah..aku nak tengok jap lg..






Alhamdulillah..syukur Ya Allah...aku gembiraaa sgt2..


Terima kasih Ya Allah..Engkaulah Tuhan yg menciptakan ini semua.. 


Ya Allah,,tempatkanlah aku bersama org2 yg bersyukur..aamiiiinnn


Aku Cinta Engkau Ya Allah..
Aku rindu Rasulullah~


Kepulan awan yg seakan2 menutupi bumi..cantik sgt bile dpt tengok sendiri..
Erm,,teringat aku pada Syurga...syurga dikhabarkan sungguh indah...khabarannye dah digambarkan indah..yang betul2 mesti lagi indah..=)..xdapat nak dibayangkan...begitu juga gambar ni...yg sebenar lg cantik dr gambar ni..cahaya mentari pagi yg ditemani hembusan angin yg dingin sungguh menenangkan hati~

rindu...aku pasti merindui saat-saat indah ini..

Syukur kpd Allah swt yg memberi peluang kpd ku..
Semoga aku juga berpeluang utk ke SYURGA-NYA..
InsyaAllah..aamiiiin..=)

Monday, November 5, 2012

~ RINDU MAMA ~

Ya Allah,,,aku sungguh merindui mamaku...
Teringat pengorbanannya terhadap aku selama ni...
Pernah satu ketika mama terpaksa turun ke melaka dengan meaiki keretapi semata-mata untuk menjemputku pulang...

Kesiannya,,,mama tersalah stesen..
mama cemas,,,xtahu nak turun kat mane...risau sampai ke Johor Bharu..
Kesian mama..sampai aku suruh je mama turun di segamat...

mama pula risaukan aku..sbb aku pun xtahu stesen segamat tu kat mana...

Tapi aku tenangkan hati...walau hati sebak tidak terkata...terkenangkan mama keseorangan di stesen keretapi tu...

Aku kuatkan semangat memandu sampai ke segamat..

Dalam perjalanan menjemput mama,,mama selalu call..tanye kat mane..
tapi aku sentiasa jawab yang aku hampir sampai...walau perjalananku masih jauh...

Hati menangis,,,mahu memeluk mama...
 Mama....tunggu kedatanganku..
Aku rindu mama...

Kasih sayang seorang ibu tidak ternilai tingginya...
Seorang ibu sanggup berkorban apa saja demi anaknya...

Mama...akak sayang mama...

aku punya hanya seorang ibu...yang tiada gantinya...

Aku bahagia...punya ibu seperti mama~ 


" Ya Allah,,ampunilah segala dosa ibuku..kasihanilah dia yang telah menjaga dan mendidikku sejak dari kecil..sampaikanlah kasih sayangku kepadanya..jadikanlah aku anak yang soleh..berilah peluang kepadaku untuk menjaganya" aamiiin~