Sumber : Dari Radio Ikim.fm
Sunday, November 4, 2012
~ MAKNA BACAAN DI DALAM SOLAT ~
Duk sibuk2 mengarang ayat untuk siapkan assigment, terjumpe pulak vidoe yang bermanfaat ni...hehe..dedikasi ku buat anak-anakku nanti~ mesti kamu suka..pendidikan awal buat kamu..
InsyaAllah, balik kampung nanti,nak tunjuk video ni kat adik2 terutama Najwa Tasnim..semoga dia lebih rajin untuk mendirikan solat..
Masihku ingat, sejak dia berumur 1 tahun 3 bulan lagi aku dah ajar dia ambil wuduk..walaupun xsolat, tapi selepas mandikan dia, mesti dia terus berwuduk...
Bila Najwa Tasnim berumur 2 tahun, tangan kecik dia yang tarik tanganku untuk mandi dan berwudu'... dia pun dah mula berjinak-jinak utk solat..
bila 3 tahun, dia da pandai solat..
4 tahun memang dia dah kene paksa ngan aku utk dirikan solat..zohor,asar dan mghrib..sbb subuh dia belum bangun tido..isya' pulak dia da tido..tp xpe,,sekurang2nya dia solat walau 1 waktu sehari..
5 tahun da di warning rotan kalau xsolat..tapi aku xpenah rotan,,rotan tu aku gantung kat dinding je sebagai simbol ketegasan utk solat...kelakar..psycho sikit je budak2 ni..
hehe..seronok dapat ajar adik2 ni solat..sbb dier comel..masa aku sambung belajar, mama cerita, Najwa penah bagi alasan kat mama bile suruh dia solat...dia cakap, Najwa kecil lagi...Allah xmarah kat najwa...
Haiii..geram betul kakak dengar alasan dier tu..ku cubit2 pipi dia yg gebu tu sampai merah..hehe..Najwa ku sayang..kakak sayang kamu~
THE RED WARRIORS
Time2 banyak keje la aku nak layan dikir barat...aduss..mencari semangat utk siapkan assignment dunia ni...Gol..Gol..Gol...ore kelate hebat!! terus siapkan assignment srikandikumawar!!
Saturday, November 3, 2012
UPSI SEM 2
Alhamdulillah,,sekarang masuk sem 2 aku belajar di UPSI..ni kira last sem utk aku kat sini..bulan 2 hingga bulan 6 tahun 2013 aku praktikal di sekolah menengah kat Melaka.
Kejap je masa berlalu..tahun demi tahun..aku sentiasa merantau..dari Kelantan aku ke KL-Melaka-Perak dan kembali semula ke Melaka..selepas ini?? hanya Allah yg tahu..=)
Pengalaman berada di Tanjung Malim ni best..awal kedatangan ku disini, aku sudah jatuh cinta...Jatuh cinta pada alam ciptaan-Nya..
Setiap pagi dan petang, aku pasti menatap kecantikkan itu..hati sentiasa merindui saat indah begini..
~ SubhanALLAH,AlhamduliLLah,wa Laa ilaaha illALLAH,ALLAHUAKBAR ~
Awal pagi..6.55 am dari atas kayangan tingkat 9 kolej kediamanku..
Kelihatan kabus menutupi ladang kelapa sawit..saat ini, angin pagi menghembus bayu yang dingin..
7.15 am..mentari mula menjelmakan diri..
Sekarang ni waktu dhuha..dari beranda kediamanku terpancar cahaya mentari pagi..
Udara yang segar menghembus nyaman.
View yang sebenar lagi cantik berbanding dalam gambar ni..
teringat aku tentang syurga..
Syurga bagai mana?? mesti lagi indah kan...
Ya Allah! aku jatuh cinta..
Izinkanku utk ke syurga Mu..
Ampunikan dosaku..dan Rahmati aku..agar aku dapat masuk syurgaMu..
Izinkanku utk ke syurga Mu..
Ampunikan dosaku..dan Rahmati aku..agar aku dapat masuk syurgaMu..
- ISTIKHARAH -
Istikharah : Petunjuk Jitu Kala Keliru
Pada istikharah ada kunci yang akan melapangkan dada, menenteramkan fikiran dan menstabilkan perasaan untuk membuat pilihan.
Kekasihku Rasulullah s.a.w juga beristikharah, merandahkan hati mengaku lemah, tidak tahu dan tidak pasti apa yang terbaik untuk diri dan ummat baginda.
Istikharah lambang kelemahan diri di sisi Allah swt, tetapi sumber kekuatan untuk menghadapi karenah manusia dan kehidupan.
Istikharah : Cara yang betul
1. Mengakui kesalahan dan bertaubat - solat taubat sebelum solat istikharah
2. Bersih dalam pilihan - tidak memberatkan mana-mana pilihan yang ada. lagi mudah dilakukan jika pilihan yang banyak
3. Mimpi, gerak hati dan pandangan
4. Mengulangi istikharah - istikharahku bermula 2008
Kesalahan dalam istikharah
1. Tiada ilmu
2. Lansung tidak melaksanakan istikharah
3. Hanya menunggu mimpi
4. Hati sudah ada kecenderungan
5. Menyalahkan takdir atau menyesal
~ Satu nama dalam istikharahku~
setelah sekian lama aku beristikharah, bermula 2008 sehingga 2012,akhirnya datang lintasan ~satu nama dalam istikharahku~....
satu nama itu mungkin Ya,dan mungkin Tidak buatku...
mungkin juga ia satu nama untukku di dunia,,,dan juga mungkin untukku di akhirat sana...
aku tidak pasti,kerana semuanya rahsia Ilahi...
mungkin buatku akhlak seperti satu nama itu..
mungkin juga sifat malu seperti nama itu..
mungkin sama negeri atau mungkin juga hanya bersandar pada sifat2 yang ada pada satu nama itu,
dan mungkin bukan satu nama itu buatku...
ia hanya sandaran pada namanya...
Allah itu indah..
Segala percaturanNya sungguh indah..
Bagaikan Al-Quran..
Aliif,Laam,,Miiim....rahsiaNya yg tidak diketahui manusia...
tetapi, jika dibuang salah satu huruf itu, maka pincanglah "codding graph paksi-x dan paksi-y"..
Syukur kehadrat Ilahi atas nikmat kebahagiaan yang diberikan..=)
ALHAMDULILLAH~
p/s: maafkan sy sebab tidak terima lamaran awk..sy doakan moga awk bahagia bersama istri dan diberi zuriat yang soleh...sbb nama awk xde dlm istikharah sy..ini tdk bererti sy seorang yg baik..tetapi sy cuba utk jadi yg terbaik...hidup sy cuma sekali..mendamba kebahagiaan akhirat yg kekal abadi ~
Friday, November 2, 2012
I MISS THIS TEMPLATE!!
MY BLOG TEMPLATE MUST BE CHANGED~
huuu.. i'm so sad...because this template have a beautiful "RED ROSES"~
template ni kene tukar sbb dah tak valid.
harap sgt dapat jumpe template camni lg..kalau sape2 ade jumpe tmplete bunga ros camni,harap sudi bg kat sy...

Wednesday, May 2, 2012
KOLEKSI VIDEO BERSIH 3.0
VIDEO 1: KEKEJAMAN POLIS MEMUKUL PESERTA
VIDEO 2: PERHIMPUNAN YANG MENGHIMPUNKAN 250,00 ORANG PESERTA
VIDEO 3: KEKEJAMAN DI NEGARA KITA SENDIRI
Friday, April 6, 2012
~ BUAT GURU MAAHAD MUHAMMADI YANG AKU SAYANGI~

Srikandikumawar baru belajar guna Photoshop..memang best...srikandi dedicate kad ucapan ni buat guru-guru yang srikandi sayang...srikandi memang sayang mereka...moga mereka dilimpahi Rahmat Allah swt...tak lupa juga buat ibu ayah dan adik bradik srikandi yang bersusah payah menghantar srikandi ke sekolah...syukur Alhamdulillah...rasa bertuah..hanya Allah yang tahu...sekarang giliran srikandi pula untuk berbakti..=) srikandi berusaha untuk jadi cikgu...InsyaAllah..=)
~BELAJAR BUAT VIDEO~
12 Jamadil Awwal 1433H| 4 April 2012:
Alhamdulillah,,pertama kali srikandikumawar belajar membuat video untuk projek TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN...sugguh teruja dan menyeronokkan..cari idea 2 hari,,buat 30 minit je bleh siap..Semakin hari semakin bahagia dengan proses pembelajaran ni...Dari sini, dimana2 pun hati gembira...Allah sentiasa bersama kita...
~Aku Cinta Allah...Aku Rindu Rasulullah ~
Sunday, April 1, 2012
APA ERTI BELAJAR?
Di dalam masa perkembangan psikologi pendidikan di zaman mutakhir ini muncullah aliran psikologi pendidikan iaitu :
1. Psikologi behavioristik
2. Psikologi kognitif
3. Psikologi humanistik
Belajar adalah mengumpulkan sejumlah pengetahuan yang diperoleh dari seseorang yang lebih tahu atau dikenal sebagai guru.
Dalam belajar, pengetahuan tersebut dikumpulkan sedikit demi sedikit hingga akhirnya menjadi banyak.
i.Orang yang banyak pengetahuannya diidentifikasi sebagai orang yang banyak belajar
ii. Orang yang sedikit pengetahuannya diidentifikasi sebagai orang yang sedikit belajar
iii.Orang yang tidak berpengetahuan dipandang sebagai orang yang tidak belajar.
Belajar dalam pengertian mengumpul sejumlah pengetahuan demikian, tampaknya masih diikuti juga sampai sekarang. Orang baru dikatakan belajar manakala sedang membaca bacaan, membaca sejumlah tugas mata kuliah atau mata pelajaran, membaca buku pelajaran. Seorang murid yang sedang mengerjakan tugas-tugas matematik biasa disebut sedang belajar. Orang yang sedang menimba pengetahuan pada bangku sekolah lazim juga dikenal sebagai pelajar. Bahkan orang yang banyak menguasai ilmu pengetahuan lazim dikenal dengan kaum terpelajar. Singkat perkataan, belajar dalam pengertian umum atua populer adalah suatu upaya yang dimaksudkan untuk menguasai sejumlah pengetahuan.Pengetahuan belajar demikian, secara konseptual tampakanya sudah mulai ditinggalkan orang, meskipun secara praktikal masih banyak yang menganut. Ini karena berkembang pesatnya teknologi informasi seperti sekarang ini. Guru tidak lagi dipandang sebagai satu-satunya sumber informasi yang dapat memberikan informasi apa saja kepada para pembelajar.H
~ diambil dari blog http://blog.tp.ac.id/tag/interaksionisme-dalam-pendidikan-jurnal ~

Subscribe to:
Posts (Atom)