Saturday, February 7, 2009

ANTARA SIKH DAN PELAJAR PONDOK,,SIAPA LEBAI??

KES pelajar pondok disaman kerana menunggang motosikal dengan berserban menarik perhatian umum.

Picture 1: Hati2 penunggang Islam yg berserban,,,kamu akan disaman!!

Ahmad Nasir Darus, pelajar Pondok Pasir Tumboh dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 20 September 2007 di Jalan Pasir Tumboh dan dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama. Bagaimanapun Ahmad Nasir membuat pengakuan tidak bersalah. Dan keputusannya dibaca 19 Januari lalu.

Namun melalui prosiding tersebut mahkamah mendapati Ahmad Nasir yang diwakili peguambela, Ahmad Rizal Effandi Zainol, gagal membuktikan keraguan yang munasabah mengesahkan bahawa Ahmad Nasir seorang lebai.

Keadaan itu menyebabkan beliau disabit bersalah dan dikena hukuman dua hari penjara atau denda RM90.

Apa yang menarik Ahmad Nasir sanggup memilih hukuman penjara daripada membayar denda sebanyak RM90 kerana menganggap mempertahankan sunah Rasulullah saw.

Maka apa kaitan lebai dalam kes ini? Lebai merupakan satu perbendaharaan mustahil boleh ditafsir secara objektif apatah jika menjurus pada sifat rohani seseorang.

Dengan kata lain hanya Allah sahaja punya kuasa mengiktiraf sifat itu pada makhluknya.

Berbeza dengan sunah. Sunah adalah amalan, peraturan atau adat yang berdasarkan perbuatan dan perkataan Rasulullah saw. Ia boleh dilihat serta didengar sama ada dalam kontek moral, spiritual dan sosial.

Pun begitu, keputusan mahkamah adalah muktamad. Majistret tidak boleh dipersalahkan. Tanggungjawabnya berdasarkan fakta dan perundangan sedia ada.

Sikh boleh berserban??

Picture 2: Aku Sikh,,pakai serban jugak,,tapi xkene saman pun..la..la..

Sebab itu kita cuba merungkai satu persoalan kenapa masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban boleh dikecualikan daripada undang-undang berkenaan?

Dari sudut mana tafsiran lebai dilihat apabila dikaitkan dengan kes ini. Agak keliru pertembungan dua keadaan hampir sama tiba-tiba masyarakat yang cuba mewarisi sunah Rasulullah saw tidak dikecualikan daripada peraturan itu dalam sebuah negara dikatakan Islam.

Justeru amat wajar sekiranya kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk dijadikan bahan akademik dan rujukan memandangkan terdapat kesamaran istilah lebai dalam peruntukan undang-undang.

Dan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk berbincang dengan Jabatan Peguam Negara bagi membuat penafsiran semula undang-undang berkaitan tidak boleh dilengah-lengahkan.

Dalam situasi sekarang agama seperti dipersenda, undang-undang rekaan manusia didaulatkan.- mj

Thursday, February 5, 2009

WASIAT KE-5 AL-BANNA : KURANGKANLAH KETAWA


Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram.. Hasan al-Banna.

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.

Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa.

Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan.

Maka, Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai'e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini.

Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali, telah menyeru dan memperbaharui seruan melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan amalan dan tindakan.

Ini kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mamatikan hati dan fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita akibat penjajahan yang berterusan.

Tetapi, jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerungsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah pula.

Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam. Selebihnya, saki-baki waktu itu diluang untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat bekerja dalam seharian.

Atau jika masa dan kehidupan ini boleh kita pecahkan dalam bentuk peratusan, maka bolehlah diandaikan seperti ini. Iaitu, masa dan kehidupan untuk berfikir dalam hal permasalahan umat Islam ini ialah 70 peratus, manakala baki masa 30 peratus lagi adalah untuk senda gurauan.

Bagaimanapun, peratusan ini hanyalah sebagai gambaran kepada betapa pentingnya seseorang Muslim itu hidup di atas muka bumi ini untuk memperuntukkan kebanyakan masanya ke arah hal yang lebih berfaedah. Sementara, hal gurau senda dan bergelak ketawa itu hanyalah sekadar sedikit sahaja.

Muhasabah
Maka, marilah kita sebagai Muslim yang ingin mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat bermuhasabah mengenai kehidupan seharian kita sendiri. Dalam tempoh 24 jam, berapa banyakkah masa yang kita wakafkan untuk Islam dan Muslimin? Berapa banyakkah masa yang kita gunakan untuk kepentingan masyarakat?

Beruntunglah bagi Muslimin yang banyak meluangkan masa untuk membaca, menghadiri bengkel-bengkel ilmiah dan sebagainya lagi. Jika sebaliknya, maka tergolonglah mereka dalam kalangan mereka yang rugi.

Cabaran untuk membina sebuah masyarakat yang benar-benar memanfaatkan waktunya ke arah kebaikan sangat hebat. Dengan hiburan yang melampau-lampau dalam masyarakat kita hari ini, ditambah pula dengan kurangnya agamawan yang mahir dalam selok-belok penyiaran televisyen, rasa-rasanya agak mustahil kita lakukan semua ini.

Sekiranya lebih ramai agamawan yang mahir dalam bidang pembikinan media elektronik, maka kemungkinan besar masa-masa yang berkualiti dalam kalangan masyarakat kita akan dapat dipertingkatkan.

Sistem kehidupan bekerja yang dicipta oleh negara kita dan masyarakat antarabangsa pada hari ini ialah jumlah jam bekerja selama 8 jam (9 pagi sehingga 5 petang). Selepas tempoh bekerja, sekurang-kurangnya masyarakat kita akan berada di rumah dan meluangkan waktu bersama keluarga dengan mononton televisyen.

Namun, sayangnya acara-acara hiburan itu dikuasai oleh golongan pengkarya yang melebihkan unsur hiburan, lagho sahaja. Jika ada acara-acara tv yang bermotifkan keagamaan sekali pun, jumlahnya sangat sedikit dan terhad.

Atau, dalam erti kata lain, barangkali kita boleh misalkan begini..

Iaitu program hiburan, filem, drama, nyanyian dan lain-lainnya adalah hampir 80 peratus, dan selebihnya yang berjumlah 20 peratus lagi diperuntukkan kepada program-program yang bersifat keagamaan.

Ditinjau dari sudut ini, akan tercapaikan hasrat, wasiat dan pesanan Rasulullah s.a.w, Saidina Ali k.w dan Hasan al-Banna? Maka, terletak kepada kitalah insan Muslim yang sedar untuk mengubah semua ini supaya masyarakat kita ini akan melebihkan banyak waktunya yang berkualiti.

Iaitu, biarlah mereka lebih banyak didedahkan dengan program-program bermanfaat dan selebihnya adalah program-program yang bersifat santai sahaja.

Fahri Abdullah al-Masri
Wed | Feb 04, 09 | 11:57:13 pm MYT

CARILAH JODOH BERAGAMA,SABDA RASULULLAH s.a.w


Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta

Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!

Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.

Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?

Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya

Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya

Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama

Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.

Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.

Fahri Abdullah al-Masri
Mon | Feb 02, 09 | 11:58:07 pm MYT

Wednesday, February 4, 2009

......AKU SEKADAR DIPERSINGGAHAN......

Sekian lama hidup di kegelapan,,,teraba2 tanpa tujuan
Akal dan budi seakan xberfungsi,kemanakah diri??

Apa diturut kehendak yang meronta...
Menyiksa badan membakar jiwa
Syaitan dan nafsu meracun dalam diri

....ReNuNgKaNlah DiRi....

Kita sekadar dipersinggahan
Pasti kembali pd yg Menciptakan
Ombak dan badai lumrah kehidupan insani
Jangan berharap jgn berputus asa

....InSafLaH, SeMuaNya DaRiNya Jua....

Usah biarkan diri terkorban dgn dunia
Pada Ilahi bantuannya dinanti
Iman dan taqwa yg sejati
Itulah bekalan diri

Doa senjata mrk yg beriman
Tuhan Pencipta Maha Penyayang
Mohon petunjuk,mohonkan bantuan

...HaNya PaDa TuHaN...

AKU BERTAWAKKAL KPD-MU RABBI

Tafsir Surah At-Taubah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

ayat 129 :" Cukuplah Allah bagiku;tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung"

AKU BERLINDUNG DGN NAMA TUHANKU

Tafsiran Surah Al-FalaQ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

ayat 1 : Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
ayat 2 : "Dari bencana makhluk2 yg Ia ciptakan;"
ayat 3 : "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;"
ayat4 : "Dan dari kejahatan makhluk2 yg menghembus2 pada simpulan2 (dan ikatan2);"
ayat 5 : "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya"

" WE ANTI YAHUDI LAKNATULLAH !!!!!! " WE LOVE ISLAM "

Perhatikanlah wahai ummat Islam sekalian!!! Biadap sungguh mereka yang mempersendakan Islam...
Adakah kita masih nak minum coke lagi??
Atau nak menjualnya??

Cukuplah dengan apa yg telah ada...minum je susu, air teh, coklat atau kopi yg sememang senang utk diperolehi d kedai2...Lagi neutral, bersih dari bahan kimia yg membahayakan dan baik utk kesihatan...


Picture 1 : Petikan iklan coke di Eropah



Picture 2 : Take this, and spread to entire ummah

Tuesday, February 3, 2009

SEGALA PERBUATAN MANUSIA TIDAK LEPAS DARI PENGAWASAN ALLAH S.W.T

Tafsiran Surah Yunus,

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ayat 61 : Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al-Qur'an dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun dilangit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besaar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata ( Lauh Mahfuzh).


Monday, February 2, 2009

WASIAT KE-4 AL-BANNA : JANGAN BANYAK BERDEBAT


Janganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan, demikian wasiat Hasan al-Banna.

Sememangnya, perdebatan lebih banyak mengundang kehancuran kerana pada realiti hari ini, umat Islam terdedah dengan sifat angkuh, kurang ilmu serta tidak menghormati kebenaran. Mereka lebih suka berdebat sekadar menonjol-nonjolkan kehebatan diri.

Sedangkan, yang jujur berdebat mengenai hal-hal dasar sangat kurang. Dalam pada itu, kita lihat ramai sekali yang suka berdebat akan memilih tajuk-tajuk yang ringan, bersifat rantingan dan ini tentunya membuang masa.

Sesetengah isu itu sudah lama didebatkan dan ia cuma diulang semula semata-mata mahu meraih publisiti, menonjol-nonjolkan kehebatan diri. Sudah tentulah hal ini membazirkan masa dan pendirian Islam berhubung masa sangat jelas.

Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Demikian maksud ayat al-Quran yang ringkas dan padat dengan falsafah itu.


Mengundang lebih banyak pertengkaran

Sebenarnya bukanlah Hasan al-Banna tidak menggalakkan debat. Tetapi hampir kesemua debat ini lebih banyak mengundang parah dan bahaya perpecahan. Sebabnya, pihak yang berdebat itu tidak berbahas dengan ikhlas, berhikmah, beradab dan intelektual.

Mereka mungkin tak menjaga lidahnya daripada memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat dan semua ini akan menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dan akhirnya akan menimbulkan pertengkaran yang berakhir dengan perpecahan.

Apabila berlaku lebih banyak perpecahan, maka yang untungnya adalah golongan kuffar yang sentiasa mengintai kelemahan dan meneropong pekung dalaman umat Islam sendiri. Dan, retak-retak perpecahan itulah yang melambatkan kemenangan dakwah Islam.

Hadis yang masyhur telah menyebutkan bahawa umat Islam ini terpecah kepada 73 puak.

"Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 golongan dan umatku terpecah kepada 73 golongan. Semua mereka masuk neraka kecuali satu golongan yang selamat." Sahabat bertanya: "Siapakah yang selamat itu ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda: "Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan hidup para sahabatku." (at-Tirmidzi)

Maka, perpecahan ini disebabkan oleh pemikiran berbeza. Jika mereka berjuang mencari kebenaran dengan kejujuran dan keikhlasan, bertujuan ingin berpandukan jalan hidup dan pemikiran Rasulullah serta para sahabat baginda, maka kemungkinan penyatuan bolehlah dilakukan semula.


Cabaran umat Islam makin berat

Sebetulnya, cabaran umat Islam memang berat dan mereka mestilah cuba mengurangkan ketegangan daripada sudut emosi dan pemikiran.

Suatu masa dahulu, umat Yahudi terancam oleh Roman dan mereka telah diperhambakan oleh bangsa Mesir. Maka, dengan ancaman ini, termasuk campuraduk ajaran para pendita yang tidak bertanggungjawabm mereka terpecah kepada 71 buah golongan.

Umat Kristian turut menerima tempias jarum-jarum Yahudi. Maulana Jalaludin Ar-Rumi lewat kitab Matsnawi menulis bagaimana satu rencana disusun dengan niat mengelirukan aqidah asal Nasrani hingga pada akhirnya mereka berubah menjadi Kristian.

Maka bermula saat itu hingga era kegelapan Eropah, Kristian dan Yahudi saling sengketa sesama mereka. Akhirnya, Islam tiba di celah-celah sengketa itu. Maka, serangan Yahudi dan Kristian ke atas Islam menyebabkan ancaman ke atas Islam bertambah berat.

Ini kerana, umat Islam dikepung pemikiran mereka dan maklumat latar hidup mereka dimonopoli para penjajah yang ada pertalian erat dengan Yahudi dan Kristian.

Maka, umat Islam yang sepatutnya memikul amanah sebagai umat pendakwah agama ini ke atas umat lain telah kalah dengan ujian pemikiran kerana sering bersengketa sesama sendiri, dalam mempertarung idea antara mazhab.

Alangkah baiknya, jika mereka mencuba bidang lain, meneroka bidang lain seperti usaha mengkaji agama-agama lain dan cuba mengheret perhatian penganut agama itu kepada Islam. Maka, debat-debat yang seperti inilah yang mungkin sesuai dilaksanakan.


Debat antara agama atau debat dalam agama?


Di akhir usia dunia hari ini, umat Islam sepatutnya membuat keputusan dengan bijaksana; adakah mereka mahu habiskan masa dengan bertarung idea sesama mazhab dalam Islam, atau menghabiskan waktu dengan bertarung idea bersama penganut agama lain?

Bertarung sesama sendiri, walaupun berlainan mazhab tidak ke mana-mana kerana akhir pada debat itu, kita sendiri mengaku bahawa kita sama-sama menganut Islam yang benar. Maka, tidak berbaloi untuk didebatkan lagi melainkan sekadar memuaskan hati.

Dan hal inilah yang mungkin membuang masa, menurut pendapat Hasan al-Banna. Tapi, jika kita mahu manfaatkan masa untuk mengkaji perbandingan antara agama agar dengan itu penganut agama lain dapat menyertai Islam sebagai agama universal ini, maka hal itu tentulah tidak membuang waktu.

Sekurang-kurangnya, jika tiada yang menganut Islam selepas debat antara agama-agama itu, setidak-tidaknya kita berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama Tauhid yang masih mempertahan kesucian pengabdiannya berbanding agama samawi yang lain.

Ringkasnya, berdebat dan bertengkar tentang masalah dalam agama Islam itu perlu kita kurangkan kerana ia banyak mengundang keburukan dna perpecahan, sebaliknya debat antara agama samawi lebih berfaedah kerana lebih banyak membawa kebaikan kerana ia termasuk dalam usaha menerangkan kedudukan Islam yang sememangnya tinggi.


Fahri Abdullah al-Masri
Sun | Feb 01, 09 | 11:57:52 pm

Sunday, February 1, 2009

KEWAJIPAN MENGHORMATI IBU BAPA

Kewajipan menghormati ibu bapa ada disebut di dalam Al-Quran, Surah Al-AhQaaf (Bukit2 Pasir) dari ayat 15-20.

ayat 15 : Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa : " Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku.Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesugguhnya aku termasuk orang2 yang berserah diri."

ayat 16 : Maka itulah orang2 yang Kami terima dari mereka amal yang baik yang telah mereka kerjakan dan Kami ampuni kesalahan2 mereka, bersama penghuni2 syurga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.

ayat 17 : Dan orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya : "Cis bagi kamu keduanya, apakah kamu keduanya memperingatkan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan, padahal sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumku? lalu kedua ibu bapaknya itu bermohon pertolongan kepada Allah seraya mengatakan : " Celaka kamu, berimanlah! sesungguhnya janji Allah adalah benar". Lalu dia berkata : "Ini tidak lain hanyalah dongengan orang2 yang dahulu belaka ".

ayat 18 : Mereka itulah orang2 yang telah pasti ketetapan (azab) atas mereka bersama umat2 yang telah berlalu sebelum mereka dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang2 yang merugi.

ayat 19 : Dan bagi masing2 mereka derajat menurut apa yang telah mereka kerjakan dan agar Allah mencukupkan bagi mereka (balasan) pekerjaan2 mereka sedang mereka tiada dirugikan.

ayat 20 : Dan (ingatlah) hari (ketika) orang2 kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan) : "Kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu(saja) dan kamu telah bersenang2 dengannya; maka pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kerana kamu telah fasik".


MINUM AIR BERCAMPUR MADU

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:


1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas

Minuman Manis dan Sejuk


Aisyah (r.a) meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk”

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu
menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan

2. Bacalah ” Bismillah”

3. Minum dengan tiga nafas

4. Minum dalam keadaan duduk

5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.

6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah "Alhamdullilah"

7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri

8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit

9. Jangan terus minum setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.