Monday, September 30, 2013

~ KISAH LELAKI YANG DIPASTIKAN MASUK SYURGA ~

  • 30.9.13 | Isnin | Bayan Lepas




    Pada suatu malam Nabi SAW tekah memperkenalkan seorang lelaki penduduk... asal kota Madinah. Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip rapi.

    "Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga." Kata Nabi sambil menoleh ke arah lelaki itu. "Lelaki ini adalah calon penghuni syurga." kata Nabi SAW kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak.
    Di antara sahabat yang hadir pada malam itu ialah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertaik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri kenapa lelaki itu ditunjukkan. Apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia meninggal dunia, dia telah dipastikan akan masuk syurga.

    Lelaki itu bukanlah seorang alim. Malah ibadahnya biasa sahaja. Tidak ada tanda-tanda keistimewaan pada dirinya selama ini. Malahan, ketika Nabi SAW memperkenalkannya, dia telah bersiap-siap hendak pulang ke rumah. Adakah Rasulullah begurau? Mustahil baginda berkata sesuatu andaikata bagainda tidak mendapat wahyu. Maka ucapan Nabi pada malam itu pasti berdasrkan wahyu dari Ilahi.

    Maka Abdullah bin Umar Al-Khattab r.a semakin ingin menyelidik ibadat lelaki itu. Adalah lelaki itu cuma berlagak seperti orang biasa semasa di masjid dan di rumahnya dia selalu berzikir dan berdoa. Dan adakah dia begitu tulus sehingga tidak sedikitpun daripada ibadatnya boleh diketahui orang.

    Abdullah bin Umar pula tidak dapat lagi menahan keinginannya,apabila Nabi sudah 3 kali memperkenalkan lelaki itu sebagai calon ahli syurga. Setelah selesai sembahyang Isyak pada malam itu Abdullah pun mengikuti lelaki itu keluar dari masjid, dan Abdullah terus mengikuti lelaki itu sampai ke rumahnya. Lelaki itu berasa hairan melihat telatah Abdullah lantas Abdullah pun bertanya, "Saya ingin menginap di rumah saudara malam ini. Apakah saudara sudi menerima saya sebagai tamu selama tiga malam?" "Sungguh besar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya." Sahut lelaki itu kehairanan. "Apakah saudara benar-benar hendak bermalam di rumah saya?" tanya lelaki tu sebagai untuk mendapatkan kepastian.

    "Sungguh, memang saya ingin sekali bermalam di rumah saudara. Rasulullah telah memperkenalkan saudara sebagai yang paling baik. Saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya pun ingin masuk syurga." Jawab Abdullah.

    "Tapi..saya tidak ada ibadat yang lain selain dari apa yang saudara saksikan." Jelas lelaki itu lagi. "Tapi, saya ingin menginap di rumah saudara." "Kalau begitu silalah ke rumah saya." Balas lelaki itu.

    Abdullah bin Umar yakin dia akan berjaya menyelidik ibadat lelaki itu. Sebaik sahaja dia sampai di rumah lelaki itu, pada malam itu dia terus meminta izin untuk tidur lebih awal. Ini kerana dia hendak mengintip ibadat lelaki itu. Dia berpura-pura tidur kerana sebenarnya dia sendiri mengantuk. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya secara berhati-hati.

    Menurut Anas bin Malik, Abdullah telah mengintip lelaki itu 3 hari 3 malam tanpa tidur, tetapi tidak ada sesuatu pun yang istimewa yang dilihatnya.

    Pada malam pertama sejak Abdullah membaringkan diri, lelaki itu turut baring di sebelahnya. Tetapi semasa Abdullah berpura tidur dilihatnya lelaki itu telah benar-benar nyenyak. "Taktala dia terjaga tengah malam saya perhatikan apa yang dilakukan oleh lelaki itu" kata Abdullah bin Umar.

    "Apa yang saudara saksikan?" tanya Anas.

    "Sangkaan saya meleset, saya sangka dia akan mengerjakan berbagai ibadat rupanya dia cuma bangun sekadar membalikkan badanya. Setelah itu, dia mengucapkan "Ya Allah" kemudian dia tidur semula." Jawab Abdullah. "Pada malam kedua pula bagaimana?" tanya Anas lagi. "Pada malam kedua pun dia terbangun tengah malam dan setelah menyebut nama Allah dia kembali tertidur semula."

    "Pada malam ketiga pula bagaimana?" tanya Anas inginkan kepastian. "Malam ketigapun dia tidak melakukan apa-apa, tidak ada bezanya di antara malam pertama dengam malam kedua".

    Tapi Abdullah bin Umar menduga boleh jadi lelaki itu tidak melakuan berbagai ibadat kerana jiwanya teramat ikhlas. Maka sebelum dia meninggalkan rumah lelaki itu Abdullah pun bertanya "Wahai saudaraku, saya ingin sekali mengetahui ibadatmu. Sudilah kiranya saudara menerangkan hal-hal yang boleh pula membawa saya ke syurga".

    "Tidak ada ibadat selain daripada apa yang suadara saksikan." Jawab lelaki itu bersungguh-sungguh.

    Setelah mendengar jawapan lelaki tu Abdullah pun tidak bertanya lagi. Setalah itu dia pun mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana telah sudi menerimanya sebagai tetamu selama tiga malam. Tetapi sebelum Abdullah pergi dari situ, lelaki itu memanggilnya seraya berkata "Saudara..memang tiada ibadatku selain daripada apa yang saudara saksikan dengan mata dan kepala saudara sendiri. Tetapi disamping itu saya tidak pernah iri hati terhadap sesiapa pun." Jelasnya memberi pengakuan.

    "Rupanya inilah sikap yang amat terpuji pada diri kamu. Maka aku pun berjanji tidak akan mencela sesiapa pun. Aku pun tidak akan iri hati terhadap sesiapapun. Terima kasih saudara kerana telah menyatakan satu petunjuk yang berguna kepada saya." Ujar Abdullah dengan gembira.

Saturday, September 28, 2013

~DISEBALIK MUSIBAH ADA JANNAH~

5.5.2012 | UPSI,Tanjung Malim.

Rasulullah pernah bertanya kepada Abu Zhaar..Apa yang kamu suka dalam hidupmu?
Abu Zhaar menjawab: Aku suka LAPAR,SAKIT dan MATI..(musibah)
Rasulullah bertanya: kenapa kamu jawab begitu ? 
Abu Zhaar menjawab: Aku suka LAPAR,sebab,bila aku lapar,hatiku menjadi lembut...Aku suka SAKIT,sbb bila aku sakit,Allah akan mengampunkan dosaku...
Aku suka MATI,sbb bila aku mati,aku dapat bertemu dengan Tuhanku..

~ DIHARGAI ~

28.9.13| Sabtu | Bayan Lepas

Anak: "Mak, anakanda tak nak bantu orang lagi. Tiada siapa yang ingat anakanda yang bantu."

Ibu: "Anakanda marah pasal apa sebenarnya? Anknda nak orang ucap terima kasih, nak cikgu berterima kasih dan memuji betapa pentingnya anakanda atau nak orang lain naikkan nama anknda?"

Anak: "Anakanda tak nak rasa apa-apa selain rasa dihargai. Anakanda cuma nak rasa jasa anakanda dihargai."

Ibu: "Lihat keadaan anakanda sekarang. Sihat, walaupun perlu menaiki bas ke sekolah setiapa hari, namun anakanda masih selamat. Lihat mak dan ayah anakanda, semuanya masih sihat. Lihat anakanda diri sendiri, anakanda dah banyak berubah menjadi baik..."

Anak: Tapi itu bukan cara anakanda nak rasa dihargai.

Ibu: Segala itu adalah anugerah Allah. Buat baik dibalas baik - Jangan buat benda dengan harapan akan jasamu akan dihargai - Jika tidak kamu terasa seginggung.

Anak: Maksudnya, apa yang anakanda guna selama telah dihargai oleh Allah....

Ibu: Ya... sambil tersenyum

Pengajaran : Ingat, buatlah kebajikan demi Allah bukan untuk dihargai. Jika anda buat sesuatu dengan harapan dihargai, anda akan bertemu dengan segala kesedihan yang ada di dunia ini

Senyum


Dari Ayahnda Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Friday, September 27, 2013

~ ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM ~

27.9.13 | Jumaat | Bayan Lepas


ORANG YANG PERTAMA..
1. Menulis Bismillah            : Nabi Sulaiman AS. 
2. Minum air zamzam         : Nabi Ismail AS.
3. Berkhatan                     : Nabi Ibrahim AS.
4. Diberikan pakaian pada hari qiamat              : Nabi Ibrahim AS.
5. Dipanggil oleh Allah pada hari qiamat            : Nabi Adam AS.
6. Mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Dibangkitkan pada hari qiamat                      : Nabi Muhammad SAW.
8. Menjadi khalifah Islam                                   : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Menggunakan tarikh hijrah                            : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Meletakkah jawatan khalifah dalam Islam   : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Menyusukan Nabi SAW                                : Thuwaibah RA.
12. Syahid dalam Islam dari kalangan lelaki        : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Syahid dalam Islam dari kalangan wanita    : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Menulis hadis di dalam kitab / lembaran       : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Memanah dalam perjuangan fisabilillah        : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Menjadi muazzin dan melaungkan adzan     : Bilal bin Rabah RA.
17. Solat dengan Rasulullah SAW                      : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Membuat minbar masjid Nabi SAW               : Tamim Ad-dary RA.
19. Menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Menulis sirah Nabi SAW                               : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21.Beriman dengan Nabi SAW                           : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Mengasaskan usul fiqh                                : Imam Syafei RH.
23. Membina penjara dalam Islam                     : Ali bin Abi Tholib RA.
24. Menjadi raja dalam Islam                            : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Membuat perpustakaan awam                   : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Mengadakan baitul mal                               : Umar Al-Khattab RA.
27. Menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Digelar Al-Muqry                                        : Mus'ab bin Umair RA.
30. Masuk ke dalam syurga                             : Nabi Muhammad SAW.

✔   Shuib Sepahtu

Tuesday, September 24, 2013

~ STRATEGI SYIAH DI MALAYSIA ~

24.9.13 |Selasa | Bayan Lepas

Ini adalah penjelasan ttg target syiah dalam masa 20 th di Malaysia.. 

Sila share kpd para sahabat.

1. Masuk ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti Pas, Abim, Jim, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah, pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkan dari dalam.

2. Mereka masuk kedalam parti politik Ummat Islam seperti Pas, UMNO , PKR dan lain lain untuk menjadi pemimpin dan sekaligus mencetuskan merekrut pengikut mereka dijadikan syiah.

3. Mereka menggunakan tarekat seperti tarekat ahlu bait, menyamar atas nama keluarga Rasulullah saw sebelah Saidina Ali untuk rekrut syiah.

4. Mereka masuk dalam pertubuhan berbaiah seperti Pekida, Al Ehsan, Batas , Simpang 3, Majlis Sabilillah dan seangkatan untuk tujuan yang sama, sama ada merekrut ahli atau mengahncurkan jamaah dari dalam.

5. Mereka akan gunakan kuasa politik , rapatkan dengan Perdana Menteri malaysia, menteri -menteri, rapat dengan Menteri Besar Selangor, Kelantan, dan ex MB kedah bagi tujuan perlindungan politik mereka agar mereka dapat back up.

6. Mereka Syiah laknatullah menyusup masuk ke dalam PDRM dan ATM untuk merekrut seramai mungkin polis dan askar untuk masuk syiah laknatullah.

7. Mereka mengunakan perniagaan seperti perniagaan air,makanan dan lain untuk dana dan kewangan syiah.

8. Mereka telah memanggil ramai rakyat Iran Syiah untuk masuk belajar dan bekerja di malaysia, dan mereka cuba sekang kahwinkan lelaki Syiah Iran dengan wanita Islam malaysia, mereka masuk dengan cara macam tu melalui belajar dan perkawinan.

9. Mereka masuk dalam pertubuhan pertubuhan amal berbilang bangsa dan kaum untuk merekrut syiah

10. mereka akan rapat dengan mahasiswi mahasiswa Islam di seluruh IPTA dan IPTS untuk bawak masuk Syiah dengan cara 9 di atas.

#Kajian semasa dari Pengerusi Majlis Pekerja -Pekerja Profesional Islam Malaysia PRO-Islam..


fR:Ustaz Zahazan Mohamed( https://www.facebook.com/zahazanmohamed/posts/10151657905563341)

Saturday, September 21, 2013

~ DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA ~

21.9.13 | Sabtu | Bayan Lepas


Sedekahkan juga Al-Fatihah buat insan yang tersayang, sewaktu mereka masih hidup..

Ya Allah,,lembutkanlah hatiku...dan tunjukilah daku jalan kebenaran,,jalan yang Engkau redhai...

~ KERANA DIA SEORANG AYAH~

Januari 2013

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - lelaki. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang asus nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang asus nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

shared from Ash Shababunnaajah (
Mohd Hadzmie Ramli
-UTeM)

~ FINAL SEM DI UPSI ~

11.1.13 | Jumaat | UPSI, Tanjung Malim



~ JIKA ANDA MENIKAHI SEORANG WANITA ~

21.9.13 | Sabtu | Bayan Lepas


~ TANDA-TANDA IMAN DITARIK DARI HATI ~

20.9.13 | Jumaat | Bayan Lepas


"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah). 

Apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia..hal2 yang tidak bermanfaat..anak-anak... perniagaan...menambahkan harta..mencari pengaruh,.pangkat dan kuasa...
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita.. 
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi 

jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..

~ Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia. 

Ketahuilah wahai sahabat..

~ Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.


nur farhana omar

Thursday, September 19, 2013

~ KISAH REVOLUSI SYRIA ~

19.9.13 | Khamis | Bayan Lepas






Sebuah filem dokumentari yang menceritakan kisah Revolusi Syria. Filem ini memenangi anugerah dokumentari daripada 60 festival filem diseluruh dunia mengenai Syria dibawah arahan Matthew VanDyke.

Matthew VanDyke menerusi Youtube katanya,

SEKARANG adalah masa untuk bergerak dan memberitahu pemimpin-pemimpin negara anda yang mahu campur tangan di Syria untuk menghentikan pertumpahan darah dan membawa kebebasan untuk 20 juta orang. Laman [Youtube] ini akan diserang penyokong regim basyar assad yang akan memberikan komen negatif dan fitnah supaya orang di seluruh dunia membaca komen mereka dan akan mempercayai hanya sedikit sahaja sokongan terhadap Revolusi Syria. Jika anda menyokong perjuangan pembebasan di Syria, sila tinggalkan komen dibawah video ini [Youtube]. Orang diseluruh dunia akan membacanya !

The Syria documentary film "Not Anymore: A Story of Revolution" by Matthew VanDyke
link youtube : http://www.youtube.com/watch?v=RA8HsfRioWE
TARIKH UPLOAD VIDEO : 12 SEPT 2013 

info credit to : Musafir Senja Pendamba Ilmu

silakan SHARE video ini supaya 1dunia tahu kezaliman regim syiah Bashar Assad terhadap umat Islam dan kemanusiaan di Syria.


From FB Nurul Izati

=======================================================================

Dalam suatu hadis Nabi bersabda maksudnya :

Pada akhirnya umat Islam akan menjadi pasukan perang: satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman, dan satu pasukan lagi di Iraq.
Ibnu Hawalah bertanya: Wahai Rasulullah, pilihkan untukku jika aku mengalaminya.

Nabi saw: Hendaklah kalian memilih Syam, karena ia adalah negeri pilihan Allah, yang Allah kumpulkan di sana hamba-hamba pilihan-Nya.” (HR. Imam Ahmad)


Sebenarnya apa yg berlaku di syria, Mesir, Myammar, Palestin, Mali,Kashmir,Patani,dll adalah sebagai pembakar semangat kita supaya bilamana semboyan Jihad berbunyi, bilamana Alllah memanggil hamba2Nya ke medan Jihad, kita akan lebih bersedia dari segi mental dan Fizikal.

Allah juga memberi kita kesempatan umtuk beramal dan mengqada mana2 ibadah fardhu / wajib yg kita tinggalkan.. spt belajar fardhu ain.. qada solat 5 waktu.. bayar fidyah puasa.. haji bg yg mampu..membayar hutang dll...

Diceritakan ( hadis) Malhamah Al-Kubra ( perang dahsyat akhir zaman) yang berlaku di bukit Golan ( sempadan Jordan-Syria-Israel) sangat dahsyat sehinggakan burung2 yg terbang di padang bukit golan terkejut dan mati kerana melihat betapa banyak darah dan mayat yang bergelimpangan dari perang terhebat (bakal berlaku) dalam sejarah itu.

Wahai tentera2 Muhammad SAW,sudah bersediakah Anda?? jika Allah memanggil kamu.. dan menuntut kamu mengotakan janji kamu kpd Allah dan Rasul, adakah kamu akan penuhinya?

Dan janji Allah itu pasti akan berlaku..

- Erdogan menghentam Negara Islam yang Bisu dan Buta-


==============================srikandi===============================

Ya Allah,,bantulah saudara se-islam-ku...Andai ditakdirkan aku mati,,maka matikanlah aku bersama kalangan orang2 yang ber-JIHAD di jalan-Mu....Allah..

Mati dimana2...kerana setiap yang hidup pasti akan temui mati..tetapi,,aku mahu mati dijalan-Mu..dalam keredhaan-Mu..

Wednesday, September 18, 2013

~ MALAIKAT ISRAFIL MENIUP SANGKAKALA ~

18.9.13 | Rabu | Bayan Lepas

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.y
✐Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang xdapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Ayuh,berpesan2lah kita ke arah kebaikan Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞



From FB Nur Farhana Omar.

~ KITA BERTANYA,,AL-QURAN MENJAWAB ~

17.9.13 | Selasa | Bayan Lepas

1-KENAPA AKU DIUJI? 
Surat Al-Ankabut: 2-3“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”

2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?
Surah Al-Imran ayat 139“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!!
Surah Yusuf ayat 87“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir."

6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?
Surah Ali-Imran ayat 200 “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung.”

7-APA JAWAPANNYA?
Surah Al-Baqarah ayat 45-46”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya.”

8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?
Surah Ali-Imran: 173“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

9-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”

Tuesday, September 17, 2013

~ MENANGISLAH DIBAHUKU ~

Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com





kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)






Saturday, September 7, 2013

~ PENAWAR KANSER ~

7.9.13| Sabtu | Bayan Lepas


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya



Fb Wehdatul Iman.

~ Kerana DUNIA adalah tempat UJIAN ~

7.9.13 | Sabtu | Bayan Lepas


Wahai anakku,
Bagaimana orang lain melihat diri kita tidak penting. Bagaimana kita melihat diri sendiri, itu adalah segalanya.

Wahai anak kesayanganku,
Beringatlah bahawa adalah lebih baik untuk kita kehilangan ego kepada orang yang kita sayang, daripada kehilangan orang yang kita sayang kerana ego kita. Ego tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Dunia adalah tempat ujian. Ujian keimanan dan ketaqwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.

Senyum


Ayahnda Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

# Redha atas ketentuan-Nya..

~ CERIAKAN HIDUPMU ~

7.9.13 | Sabtu | Bayan Lepas

.: SEGENGGAM GARAM SUDAH DITAKDIRKAN RASANYA MASIN :.


Alkisah seorang pakar merungut….

Sahar suka memperbesar-besarkan masalahnya – yang kecil menjadi besar, yang besar menjadi tragedi. Sahar sentiasa merasakan tiada orang yang lebih sengsara daripada dia – bahawa semua masalah orang lain tidak serumit apa yang dia hadapi.

Ustaz Ismail adalah seorang yang selalu mendengar rungutan daripada Sahar – apabila Sahar ada perkara yang perlu diadukan, Sahar akan berjumpa dengan Ustaz Ismail.

Ustaz Ismail selalu berpesan pada Sahar usah rumitkan perkara – masalah Sahar juga dialami orang lain, akan tetapi, mereka menghadapinya sebagai ujian Allah.

Sahar kata beliau terasa pahit dengan masalah beliau, dan pasti orang lain tidak merasa kesusahan beliau walaupun masalah sama – dan menyoal mengapa Allah mengujinya lebih berat daripada orang lain.

Apabila keadaan Sahar bertambah kronik, Ustaz Ismail menyuruh Sahar membawa garam ke masjid untuk berjumpanya…

“Ambil segangam garam dan masukkan dalam cawan ini dan minum,” kata Ustaz Ismail kepada Sahar.

Sahar tidak faham mengapa lalu bertanya, “Mengapa?”

“Buat dulu, enta akan faham nanti… ia bakal selesaikan masalah kepada semua masalah enta,” kata Ustaz Ismail.

Sahar pun melarut segangam garam ke dalam cawan kecil dan minum… 

“Bagaimana rasa air itu?” tanya Ustaz Ismail.

“Masin sampai pahit,” jawab Sahar… “Apa ini ustaz? Air ini lebih teruk daripada air laut…”

“Sabar… sekarang ambil segangam garam macam tadi dan masukkan dalam tong ini,” kata Ustaz Ismail…

Sahar pun menurut arahan dan melarutkan segengam garam ke dalam tong besar itu.

“Sekarang ambil air dari tong dan minum,” arah Ustaz Ismail.

Sahar pun melakukan seperti yang diarahkan.

“Bagaimana rasanya?”

“Tawar seperti air biasa…” kata Sahar.

“Rasa tak garam itu…?” tanya Ustaz Ismail…

“Tak,” jawab Sahar. Ustaz Ismail mengambil tangan dan meletakkan di belakang bahu Sahar dan bercerita…

Kesusahan hidup di dunia ini adalah seperti segangam garam – sama banyak, sama kurang. Kesusahan hidup di dunia sentiasa sama. Tapi kepahitan hidup bergantung pada acuan yang kita letak kesusahan hidup kita di dalam. 

Apabila Sahar merasa susah dan payah, apa yang Sahar boleh buat ialah meluaskan minda pemikiran seperti melarutkan garam di dalam tong tadi. Jika minda Sahar kekal saiznya seperti cawan, akan terasa pahit – jika minda Sahar menjadi tong, air bersama garam yang banyak tadi akan jadi air yang menyegarkan pula. 

Jangan jadi cawan, jadilah tong besar – kalau boleh larutkan garam itu dalam kolam besar, lagi tak rasa kesusahan itu.”

Sahar mengalirkan air mata. “Ustaz, ana sayang ustaz. Terima kasih Allah kerana mengutuskan ustaz untuk membantu ana. Ana tahu apa nak buat,” Sahar memeluk Ustaz Ismail sebelum beredar… Sejak itu, Sahar bertukar menjadi seorang yang ceria dan setiap masalah bukanlah masalah lagi kepadanya, cuma tugas yang buat sementara waktu ini tiada penyelesaian.

Wahai anakku,
Ketahuilah wahai anakku, perumpamaan dunia hanyalah sekadar mana air lautan yang melekat di jari yang dicelup dalam lautan, sedangkan akhirat ialah sebanyak mana air laut itu.

Jangan jadi cawan, jadilah kolam besar, barulah kamu dapat berasa tawarnya dunia berbanding masinnya di akhirat.

Senyum.


Ayahnda 

~ SENYUMAN YANG MATANG ~

7.9.13 | Sabtu | Bayan Lepas

Wahai anakku,
Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis dengan masalah yang engkau hadapi.

Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan hubungan dengan Allah yang mampu mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi menjadikan kamu murung, bersedih dan bersendirian?

Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana manusia. Berapa kali kamu menangis kerana kamu melanggar perintah Tuhanmu? Berapa banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu? Kamu rasa lemah menghadapi karenah manusia, tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan membina kekuatan amalanmu.

Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu, sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya jiwamu. Sedangkan di hadapanmu menanti hari yang sangat besar. Kamu nanti tiada masa memikirkan masalah remeh-temeh ini, kerana dahsyatnya saat akhirat yang kamu akan tempuhi.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata 'Kalaulah aku lakukan begitu dan begini', tetapi katakanlah ‘telah ditakdirkan Allah’, apa yang dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan ‘kalau’ akan membuka ruang syaitan ke dalam hatimu."

Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi semakin matang menghadapi cabaran. Bersabarlah dengan apa yang menimpamu, kerana dengan mehnah itu, Allah akan mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa-dosamu. Wahai anakku, tangisilah dosa-dosamu di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu dari menangisi azab Tuhanmu di akhirat.

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu.

Ayahnda Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

~ YAKINLAH DENGAN JANJI ALLAH SWT ~

7.9.13 | Sabtu | Bayan Lepas

Alkisah seorang gila…

Seorang peniaga buntu kerana hutang melampau melihat masa depannya dengan malap.

Para pemungut hutang sedang memburunya. Pembekal mengejarnya. Keluarganya memerlukannnya.

Beliau duduk menyendiri di satu taman termenung apakah nasib dia dan bisnesnya. Beliau berdoa agar diberikan satu jalan keluar dari mimpi ngeri ini. 

Tetiba ada seorang tua lalu di depannya dan menegur beliau: “Muka kamu nampak suram walau Allah masih memberikan cahaya matahari ke bumi. Apakah masalah kamu?”

Melihat orang tua itu yang keseorangan seperti dia, peniaga pun mengambil peluang untuk meluahkan segala yang terpendam di hati.

Setelah mendengar rintihan peniaga, orang tua itu berkata: “Saya boleh membantu kamu. Apa nama kamu?”

Setelah peniaga menjawab, orang tua itu terus menulis sekeping cek dan memberikannya kepada peniaga.

“Ambil duit ini dulu. Jumpa saya di sini tahun depan dan bayar balik,” kata orang tua itu lalu beredar dengan cepat.

Peniaga masih terkejut dengan apa yang berlaku. Setelah orang tua itu beredar, peniaga membuka cek itu dan melihat ianya tertera RM1 juta, ditandatangani oleh seorang bertaraf Tan Sri.

“Saya boleh membayar habis hutang dan selamatkan bisnes saya,” bisik peniaga tersebut. Namun, peniaga itu mengambil keputusan untuk menyimpan dahulu cek tersebut dan hanya digunakan apabila jalan dah betul-betul buntu.

Dengan bersenjatakan keyakinan yang baru kerana ada cek bernilai RM1 juta di tangan, peniaga itu menggunakan akalnya sendiri untuk menyelesaikan hutangnya.

Dia berjaya memujuk agar para pengejar hutang memberikan masa dan peluang untuk dia membuat ansuran. Pada pembekal pula, dia berjaya menyakinkan bahawa bisnes dia akan pulih semula dan hutang akan dibayar nanti.

Akhirnya, tanpa menggunakan cek tersebut, peniaga secara tidak sedar telah berjaya menyelamatkan bisnesnya dan juga melangsaikan hutangnya dalam masa beberapa bulan.

Tepat setahun kemudian, peniaga itu pulang ke taman itu untuk memulangkan cek bernilai RM1 juta kepada orang tua itu.

Seperti yang dijanjikan, orang tua itu muncul. Peniaga sangat gembira. Ketika peniaga ingin menyerahkan cek tersebut dan bercerita mengenai kejayaannya kepada orang tua itu, tetiba ada seorang jururawat lari datang menjerit, “Tan Sri Tan Sri jangan lari.”

Orang tua itu cuba lari tapi akhirnya dapat ditangkap oleh jururawat tersebut.

“Maafkan saya tuan. Harap tadi pakcik ini tidak mengganggu tuan. Dia ini pesakit mental yang selalu curi keluar daripada rumah orang tua di belakang taman ini dan menggelar dia seorang Tan Sri.”

Jururawat itu membawa orang tua itu beredar. Peniaga itu terkejut lagi di taman yang sama.

Setahun ini, dia berusaha dengan penuh yakin berunding dengan pengutip hutang dan pembekal kerana ada cek RM1 juta di tangan.

Rupa-rupanya, bukan duit RM1 juta, samada betul atau palsu, yang menyelamatkannya. Yang menyelamatkannya ialah keyakinan barunya selepas menerima cek RM1 juta yang menyebabkan dia bersemangat untuk berusaha mencapai segala yang dihajatnya.

Wahai anakku,
Kisah di atas dinukilkan supaya engkau faham, segalanya bermula dengan mindamu. Jika kamu fikirkan kamu boleh, kamu boleh melakukannnya.

Senyum ayahnda Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.


# Hatiku bukan milikku ~ 

~ TERIMA SEADANYA ~

7.9.13| Sabtu | Bayan Lepas,Penang.

Wahai anakku,
Di dalam kehidupan ini, ada perkara yang engkau tidak inginnya berlaku, tapi kamu mesti menerimanya dengan dada terbuka.

Ada pula perkara yang engkau tidak berminat untuk tahu, tapi kamu mesti mempelajarinya.

Kadang-kala Allah menguji engkau dengan ketiadaan orang yang paling disayangi untuk mengajar kamu erti melepaskan tangan.

Sebagaimana kesihatanmu, kamu tidak mengerti harganya selagi engkau tidak kehilangannya.

Senyum, wahai anak kesayanganku.

Ayahnda Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

# Alhamdulillah,,genap 3 bulan pernikahanku..keseorangan di rumah..abg ade program di sekolah harini..sabtu,7.9.13.