Monday, March 25, 2013

~ PENDIDIK YANG TERDIDIK MESTI MENDIDIK ~


25.3.13 | Isnin | Palekbang (cuti penggal sekolah)

Pendidik yang terdidik mesti mendidik...

"Awak,,macam mana ni...cikgu N marah dan tak suka anak murid F.." rungut cikgu Zai (bukan nama sebenar) yang diberi amanah untuk mengajar pelajar lompat tinggi.
" Kenapa? Mesti ada sebab cikgu N tu marah kat budak tu.." jawabku.

Cikgu Zai cuba menceritakan situasi yang telah berlaku kepadaku tentang salah seorang pelajarnya yang sudah lama tidak kelihatan di dalam kelas seninya. Katanya, pelajar ini baru datang sekolah setelah digantung selama seminggu. 

" Budak ni baik,suka membantu saya kat dalam kelas.. Memang betul dia dah buat beberapa kesalahan sebab merokok dan cuba untuk lompat pagar sekolah. Tapi, dia cakap kat saya, dia nak berubah " jelas cikgu Zai lagi.

Cikgu Zai cuba untuk memberi peluang lain kepada pelajar tersebut. Kerana mungkin minatnya pada perkara yang lain.

" Macam ni, apa kata awak masuk lompat tinggi dengan cikgu" ajak cikgu Zai.

Ya, setiap orang ada kecondongan masing-masing. Jika aku dengan Kelab Kompang, maka cikgu Zai pula dengan sukan lompat tingginya. Masing-masing cuba memberi dorongan kepada pelajar.
Jika pelajar tidak minat teori(belajar), maka dia mungkin minat yang praktikal seperti main kompang,aktiviti lain dan bersukan.

" Usaha yang bagus tu zai. Memang la budak tu nakal sikit, tapi tidak salah kalau kita beri peluang lain kat dia. Dorong dia kepada perkara yang dia suka" aku cuba untuk memberi semangat atas usaha murni cikgu Zai.

Zai : Tu la..saya cuba nak berbaik dengan budak ni..tapi cikgu N memang marah sangat kat dia..
Aku : Tak pe,,cuba cakap baik-baik dengan cikgu N. Insya Allah,moga dia terima budak tu nanti.
Zai : Erm,,itu yang saya risau ni..
Aku : Jangan risau,,sayakan ada..=) saya sedia sokong awak dari belakang..
Zai : Tapi, kalau cikgu N tak terima macam mana?
Aku : Tak pe,,nanti saya cuba slow talk ngan dia..Biasa la,,diakan guru disiplin,,tapi, kalau kita cakap baik-baik, insyaa Allah,dia terima..Tapi, awk kene terima kalau dia beri apa2 syarat..
Zai : Tak pe,,saya sanggup..asalkan budak tu boleh masuk lompat tinggi. Saya nak dia jadi baik dan tak nakal lagi.
Aku : Ok,kita usaha sama-sama. Ingat, Asiah pun boleh tunjukkan Firaun, inikan pula cikgu N. Moga Allah membantu usaha awk tu..=)

Aku sekadar menyedapkan hati cikgu Zai..murni hatinya..Itulah cikgu..tidak melihat hanya satu sudut pada murid..cuba membantu sedaya upaya.. 
Kami juga tidak menyalahkan cikgu N,,kerana mungkin dia lebih lama mengenali pelajar F yang bermasalah ni..Tapi, sebagai cikgu, itu tugas kami..betulkan apa yang tidak betul selagi mampu..Masing-masing memainkan peranan masing-masing..
Alhamdulillah,,akhirnya Zai membawa berita gembira kepadaku. Katanya, cikgu N dah terima pelajar F,tetapi dengan beberapa syarat. Cikgu Zai sanggup menerimanya dan menyuruh pelajar F meminta maaf dan bersalam dengan cikgu N serta pelajar M yang berdendam dengannya. Kami kagun dengan kesungguhan pelajar F..Kami yakin dia betul-betul mahu berubah..Sekarang kami menunggu keputusan akhir perlawanan sukan bagi lompat tinggi nanti..Semoga pelajar F berjaya mengharumkan nama sekolah,dan semoga ini menjadi turning point untuk dia berubah menjadi lebih baik.

Buat guru-guru, setiap pelajar itu adalah baik belaka. Ada sebab-sebab tertentu yang membuat mereka berkelakuan lain dari yang lain.Mereka perlukan perhatian dan dorongan dari kita. Seperti pelajar F, dia rupanya dari keluarga yang bermasalah. Ayahnya berkahwin 3, manakala ibunya pula tidak bekerja. Setiap kali waktu rehat, dia jarang makan dan banyak menghabiskan masa dengan membantu guru. Dari sini kita dapat lihat,dia ada masalah kewangan dan mungkin ada masalah keluarga juga. Kita tidak mampu untuk sentiasa menghulurkan duit kepada mereka, tapi kita mampu untuk memanusiakan mereka..Supaya mereka menjaadi orang yang berguna.
 
Begitulah guru...pada guru, anak murid adalah segala-galanya disekolah..Dari sini aku belajar menyayangi guru...Pasti guru-guruku juga begini..Lain sungguh naluri seorang guru...Aku dapat merasainya sekarang..Bertambah sayang aku pada Allah, ibu ayah dan guru-guruku..
Kerana guru sentiasa akan memikirkan pelajarnya,,ibu pula sentiasa memaaf dan mendoakan anak-anak mereka,,inikan pula Allah Yang Maha Penyayang..Allah pasti lebih-lebih lagi memaafkan kesalahan hambanya.. Allahuakbar...Aku Cinta Allah...Aku sayang Allah...

Syukur padaMu Ya Allah,,atas nikmat pemberian ini..Moga dengannya menambah Cintaku kepadaMu~
Aku guru,yang didik untuk mendidik~
Aku kagum dengan semangat sahabatku yang tidak pernah mengeluh dengan pelajar~
Jangan pernah mengeluh,,kerana ini amanah yang besar~

#Kisah guru Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah-GuruSandaranTidak Terlatih   


~ KOTA DI ATAS SUNGAI ~


Ustaz Ahmad Ulwan B. Hassim menulis berkaitan penindasan ke atas umat Islam AHWAZ:
AHWAZ : KOTA TALI GANTUNG.

Siapa boleh teka dimanakah kota indah ini?
Kota-kota indah yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai. Bumi lahirnya ulama'-ulama' besar umat Islam seperti Imam Sibawaih dan ramai lagi.
Tetapi kini kehidupan umat Islam di kota ini sejak tahun 1925 dizalimi ibarat rakyat Palestin yang ditindas Zionis.
Namun kisah keperitan kehidupan mereka dibisukan dunia.
Tanah Arab menyaksikan rakyat tertindas di Mesir, Tunisia, Yaman dan Libya bangkit dan berjaya menjatuhkan pemerintah despotik negara mereka setelah dizalimi berpuluh-puluh tahun.
Kini kebangkitan tersebut sedang berlaku di Iraq menjatuhkan rejim Maliki dan di Syria menjatuhkan rejim Basyar. Namun, kebangkitan umat Islam Sunni di Ahwaz, Iran dibisukan setelah mereka dizalimi berpuluh-puluh tahun.
Jika saudara kita di Palestin telah dizalimi oleh penjajah Zionis sejak 1967, umat Islam di Ahwaz telah dizalimi oleh rejim Iran sejak 1925 lagi. Iaitu 42 tahun lebih awal dari penjajahan Zionis ke atas Palestin.
Kota yang pernah masyhur dengan nama 'Kota Di Atas Sungai' ketika pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyah yang melahirkan ribuan ulama' seperti Imam Sibawaih ini kini dikenali dengan 'Kota Tali Gantung'.
Hakikatnya, pemerintah zalim sudah tidak ada tempat di dunia ini.

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=582212151793958&set=a.105066279508550.10662.100000155349762&type=1&relevant_count=1

Saturday, March 23, 2013

~ MEMBANTU SELAGI MAMPU~

22.3.13 | JUMAAT | MELAKA

"Alhamdulillah,,segala puji dari Allah yang telah menghidupkan kami setelah mati(tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan"
Bangun pagi,persiapkan diri untuk ke sekolah...Hari ini lambat sikit berbanding biasa..dan tak sempat untuk masak buat bekal ke sekolah.
Dinggg,,diiiinggg,,dinnnggg...hpku berbunyi..1 sms diterima dari seorang adik  yang sama praktikal denganku..

[ Aslmkm,akak bley x sy nk mnta tlong akak ckit..sy nak tmpangkan barang ke sekolah pg ni..bley? itupun kalau akak blum p skolah lg..]

Aku xdpt nak reply sms dia..sbb xde kredit..maklum la,,mmg jarang topup..kalau topup pun,sbb nak cakap ngan mama n adik2 jer..
Huuu,,camner ni ye..harap2 dia call semula..
Riinnng..riiiingg..alhamdulillah,,call dari dia..

Aku : Assalamualaikum..=)
Dia : Waalaikumussalam..kak,,boleh tak saya nak mintak tolong ngan akak?
Aku : Boleh dik..akak dah baca msg awk..
Dia : Ok lah..nanti akak boleh x ambil barang tu kat rumah saya?
Aku : Ya Allah dik,,akak xtau umah awk kat mana..kalau bgtau semalam,bleh akak tengok jalan dulu..(dia pernah bgtahu lokasi rumahnya..berliku-liku dan sukar nak cari dalam masa yang singkat ini)
Dia : Erm,,xpe kak..camni,,sy p hantar barang tu kat rumah akak..
Aku : Ok,,awk cari jalan Si 25, pastu terus lalu padang dan jumpa Si 28..nanti cari kereta akak..(rumahku lebih senang utk dicari..sebab jalan terus jer ikut padang)
Dia : Ok kak..nanti saya datang.

Berfikir sejenak...Ya Allah,,camner ni..aku dah lambat..kalau keluar rumah pukul 7,confirm jalan jem..nanti lagi lambat aku sampai sekolah..budak ni jumpa cari ke rumah aku..kalau dia sesat,habisla..2-2 lambat ke sekolah nanti...Astargfirullah...tak baik, tak baik...itu mungkin bisikan syaitan...aku kena tolong dia..ikhlaskan niat kerana Allah..dia perlukan pertolongan..

Ok,aku bersiap dan masukkan barang2 ke dalam kereta..Rutin harian,,sementara menunggu enjin panas,aku akan siram kereta yang dilitupi air embun..
Semalam siram dari arah side kiri..Harini, side kanan pulak..hehee..adil la tu..aku bermonolog..
Aik??..kenapa tayar kereta nampak kempis? nak kate xde angin,,semalam baru pam..Ya Allah,,tayar bocor agaknya...Macam mana ni??
Tak sempat aku fikir langkah seterusnya,,budak yang nak tompangkan barang sampai .

Dia : akak..=)
Aku : Dikkk!! dik,,akak mitak maaf..tayar kereta akak bocor..xdapat nak tolong bawa barang awk.
Dipendekkan cerita, kami membonceng naik motor ke sekolah.Sementara tunggu dia naik motor, berkali-kali aku meminta maaf..sebab terasa bersalah sangat.

Aku:  Maafkan akak dik...awak minta tolong dari akak,,,tapi,last2,,awk pulak yang tolong akak..
Dia : Xpe kak..dah nak jadi..
Walaubagaimanapun, objektif harini tercapai..aku,dia,laptop dan barang2 dia selamat sampai ke sekolah ..=)

Ya,,itulah perancangan manusia...Kita merancang, tetapi Allah yang tentukan...tiada yang kebetulan..semua di bawah pandangan-Nya..
Hari ini memberi pengajaran yang besar buatku.
Setiap apa yang berlaku adalah pengajaran dan ikhtibar buat kita.
Tarbiah direct dari Allah swt.
Andai aku menolak permintaan dia,pasti aku tidak ke sekolah harini..Hidup tidak putus dari teman..~ =)

~MEMBANTU SELAGI MAMPU~
Pengajaran buatku :
1. Ikhlas niat untuk membantu orang.
2. Buat baik dengan semua orang.
3.Berlaku adil.
4. Teruskan zikir dan selawat..kerana walau Rasulullah sudah wafat, tetapi baginda tetap bersama kita.
5. Ingat, kita ada Allah untuk membantu, jangan lalai mengingatiNya.
6.Kita tidak punya apa-apa, dan tiada kelebihan apa-apa..semua pinjaman dari-Nya.

# esok mula cuti~ tetap dengan  diri sendiri ~ 
# alhamdulillah,, kereta tak pancit pun..mungkin ada budak yang main tiub keretaku..sebab petang tu kelihatan beberapa orang budak main-main kat situ..erm,,budak2..mereka tidak tahu kesan perbuatan mereka..kenakalannya adalah proses perkembangan minda..biar je lah..aku sekadar senyum =)..Allah mahu mendidikku~

Friday, March 8, 2013

~ KHABARAN DI HARI KELAHIRAN ~

2 Mac 2013 | Sabtu | Melaka

Sungguh, Allah itu Maha Merancang...
 2009,2011 dan 2013...pada tahun yang ganjil ini, ada saja peristiwa bersejarah  dihari kelahiranku...ia bukan perancangan mereka,,kerana mereka tidak tahu akan hari itu...tetapi semuanya aturan Allah swt...Allahuakbar...

Satu panggilan khabaran dari dia...
Dia orang kampungku yg ku sayang kerana akhlaknya..walau boleh dihitung masa perbualan antara kami sedari sekolah rendah, tapi ukhuwwah yang terbina ini cukup utuh dek senyuman yang menjadi pengikat kasih sayang..=)  
11.36am,2.3.13..buat aku termenung panjang dengan khabaran darinya..satu kata yang sukar untuk ditafsir dan diberi kata putus...Ya Allah,,kepada-Mu aku berserah ~

# Redha Allah pada redhanya kedua-ibu bapa ~ aku hanya insan biasa..hamba pada-Nya ~

Sunday, March 3, 2013

~ PELUKKAN DIHARI PERNIKAHAN~


10.2.13 | AHAD | KAMPUNG BUKIT TEMBAKAU,MELAKA


Alhamdulillah,,harini hari pernikahan kakak angkatku sayang Nur Fadhillah Salleh dan Abg Zulkarnain ..Semoga pernikahan mereka membuka jalan ke syurga..Moga diberkati dan di Rahmati Allah swt, di lapangkankan rezeki dan dianugerahkan cahaya mata yang soleh dan solehah..=)

PEMECAH RINDU...
 
Tak dapat dinafikan,,hati sungguh gembira bila melihat insan tersayang gembira..=) Syukur kepada Allah swt dengan anugerah ini..moga ukhuwwah ini diredhai Allah swt..
Dalam hati bagai taman bunga yang kembang mewangi dengan hadirnya insan2 yang dirindui..Syukur kepada-Mu Ya Allah,,Roziana, Zuraila, Zuriati(adik Zuraila),Aisyah (Shah Alam), Ila, Jah,Along, Kak Uya,Salasiah, Che’ Fasihah, Radin,Aidil dan Zaujah (Wani) serta sahabat2 lain datang meraikan hari gembira ini.
 
Mahu sahaja duduk dan habiskan masa bersama mereka. Rasa xnak bagi mereka pulang.Tapi apakan daya,,sekarang cuti tahun baru cina,,mereka juga ada komitmen lain bersama keluarga. Petang tu juga sahabat2 sudah beransur pulang. Zuraila dan Zuriati pulang jam 9pgi keesokkan harinya.Alhamdulillah,mereka selamat sampai ke Gopeng jam 6ptg. Kesian Zuraila,,gagahkan diri datang ke Melaka walaupun demam dan batuk teruk. Ya Allah,,besarnya pengorbanan sahabat.

DIPELUK SI DIA..

Dipeluk si dia yang tidakku kenali..
Seperti ditempat kenduri kahwin biasa, pengantin akan bergambar dengan keluarga selepas makan beradab. Aku pula leka berborak dengan sahabat2 di laman rumah. Tetiba aku rasa pinggangku dipeluk lembut oleh seseorang. Pelukan lembut itu semakin erat di pinggangku sehingga aku tidak mampu untuk bergerak dan sahabat2ku yang lain terpaku melihat keadaaan itu. Ya Allah,aku menoleh sebelah kanan  dan melihat seorang makcik yang berumur 60an memelukku, sambil suara lembutnya bertanya, “Awak dah berpunya ke?” aku menjawab, “Belum mak cik,,mak cik doakan semoga saya peroleh suami yang soleh ya..=) (ayat biasa yg akan aku jawab bila ditanya tentang jodoh..minta mereka doakan)”

Makcik : Insyaa Allah..awak asal mana?
Aku        : Saya asal Tumpat, Kelantan mak cik..=)..erm,,ape name mak cik?
Makcik  : Panggil jer makcik..nama mak cik Aisyah..(sambil tersenyum)
Aku        :Ya Allah,,cantiknya nama mak cik..alhamdulillah..=)

Tangan mak cik masih erat merangkul pinggangku..aku tak mampu bergerak..hanya mampu membalas pelukan itu dengan memeluk makcik tu pula..mak cik memeganggku seolah-olah mahu aku mendekatkan telingaku ke mulutnya..mak cik bercakap dengan nada yang lembut dan perlahan, tetapi mampu didengar oleh Zuraila dihadapanku..itupun Zuraila terpaksa dekatkan telinganya kearahku..Ternyata Zuraila dan aku masing2 hairan bin pelik dengan situasi yang sedang berlaku itu..tetapi kami cuba memberi perhatian dengan sepenuhnya sebagai penghormatan kepada orang tua yang mendekati kami..ada sesuatu yang mahu disampaikannya..
 
Mak cik : Ni,,mak cik nak bagi tahu..(dgn nada yg lembut dan sopan sekali)
Aku        : Apa dia mak cik..?”
Mak cik : Kalau nak dapat jodoh yang baik, amalkan baca Surah Ar-Rahman, Yaasin dan Al-Mulk tiap2 malam jumaat (diulangnya berkali-kali)...berhenti waktu uzur ja..(sambil mukanya menoleh kearahku ) insyaa Allah,,doa moga Allah pertemukan jodoh dengan orang yang cintakan Allah,,, cintakan Rasulullah,,,mak ayah dan kita..

Aku tersentap, dalan hatiku tak mampu berkata2 lagi...Ya Allah,,hadiah apakah ini???...syukur kepadamu dengan kehadiran peringatan dari-Mu melalui mak cik ini...aku sekadar mampu berkata “ Insyaa Allah mak cik..=)..terima kasih mak cik..insyaa Allah,,nanti saya amalkan (mampukah aku?insyaa Allah,,moga aku ikhlas mengamalkannya bukan kerana mahu bertemu jodoh semata2,,tetapi mensyukuri hadirnya Ilmu dari insan yang baik akhlaknya..moga dia perolehi pahala bilamana aku membaca surah tersebut..Ya Allah,,syukurnya..aku terharu dan tidak terkata)

Mak cik juga tidak putus2 mengajak aku ke rumahnya di Shah Alam. Gaya dia berborak seolah2 sudah mengenaliku ,walhal,itulah kali pertama kami bercakap.
Pinggangku dilepas perlahan-lahan oleh mak cik apabila dia dipanggil oleh anak perempuannya untuk pulang.

Mak cik ini adalah ibu mertua kak Nur Fadhillah..Anak2 lelakinya penghafaz Al-Quran dan menjadi tenaga pengajar di sekolah tahfiz serta sekolah agama. Manakala anak perempuannya pula seorang ustazah. Mak cik ini membesarkan anak2nya sejak dari kecil hingga besar setelah kematian suami. Dia menghabiskan masa dengan menuntut ilmu di pondok2, termasuk pondok2 di Kelantan.

Ya Allah,,syahdunya hatiku dengan pelukkan itu..terkejut dan tersentuh dengan cara dan kata2nya..Syukur kepada-Mu ya Allah,,Engkau membawa berita gembira dikala hati hamba-Mu sedih kehilangan insan tersayang.

Dakapan itu membuat aku bercita-cita untuk menjadi ibu yang solehah dan baik seperti mak cik..tabah menghadapi dugaan membesarkan anak2 setelah pemergian suami..Membesarkan anak2 dengan mengingatkan mereka tentang CINTA kepada ALLAH swt..Ya Allah,,dakapan yang memberi kesan kepadaku..moga aku berfikir tentang itu..Syukur kepada-Mu Ya Allah..

“ Ya Allah,,berkatilah aku dan Rahimku dengan sentuhan tangan hamba-Mu yang beriman itu. Jadikanlah anak2ku anak2 yang Soleh dan Solehah serta hamba yang menegakkan agama-Mu”



Saturday, March 2, 2013

~ SESEDAP KEK COKLAT INDULGENCE ~

Alhamdulillah syukur atas perancangan Allah swt.. 

Gapai awan..
Menggapai awan yang tidak dapat digapai..walau awan itu mendung dan tidak sentiasa mendung..ia juga bertukar ceria bila hadirnya mentari pagi yang menyinari..tampil indah berwarna-warni, ditemani kicauan burung kesana-sini...

Oh,dunia baru..
18.2.13 bermula kehidupan baru disekolah baru..=)..sekejap sahaja 10 hari berlalu..tapi terasa sudah lama disekolah tu...Dijemput datang dengan senyuman..Diberi taman, bunga dan kumbang..Indahnya taman larangan yang punya bunga indah menwangi,kumbang memagar diri..Tiada duri yang menyocok diri, walau siapa diri ini..Syukur segalanya pada ILAHI..Allahu Rabbii..

Sesedap Coklat Indulgence..
1.3.13..pada hari Jumaat yang penuh keberkatan...=)..Dihidang kek Coklat Indulgence..SubhanAllah,,sungguh besar,sedap,lembut dan manis..Hadiah dari-Nya yang tidak mampu utk ku balas walau sebesar zarah..terima kasih rakan2 semua..10 hari bersama,bagai 10tahun sayangnya..tiada umpatan,tiada kejian...semua sokongan dan pengorbanan...tanpa melihat kekurangan..
 Ku mengimbau kenangan..disekolah berasingan...2.3.11 langkah permulaan...hadiah dari-Nya yang buat aku terdiam..

# Usah resah, usah gelisah..."Hadiah dari Tarbiah"...senang dari susah...senyum dari resah..
# Aku wanita biasa yang sentiasa menyusun langkah ke arah Solehah..walauku tahu ianya susah..walauku tahu ianya payah..akanku gapai dengan pasrah~

# Nasihat pertama dia,,, jadi matang, moga lebih berjaya, terus Solehah dan ingat, kepahitan di dunia adalah kemanisan di akhirat..=)