Saturday, June 13, 2009

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA


  1. Dirikanlah solat tatkala engkau mendengar azan, betapa pun keadaan di waktu itu.
  2. Bacalah al-Quran atau pelajarilah tafsirannya atau dengarkanlah orang lain membacanya, atau zikirlah kepada Allah dan janganlah engkau gunakan sebahagian waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
  3. Berbicaralah dalam bahasa Arab yang fasih, kerana yang demikian itu termasuk syi’ar Islam.
  4. Jangan banyak berdebat dalam hal apa pun, kerana

    pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

  5. Jangan banyak tertawa, sebab hati yang berhubungan dengan Allah itu adalah tenang dan mantap.

  6. Jangan suka berjenaka kerana umat yang berjuang tidak mengenal selain kesungguhan.

  7. Janganlah engkau mengeraskan suarumu melebihi daripada yang diperlukan oleh pendengar, kerana hal itu menunjukkan kejahilan dan menyakitkan.

  8. Jauhilah mengumpat orang, mencela organisasi dan janganlah berbicara kecuali perbicaraan yang baik.

  9. perkenalkanlah dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta hal itu daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling mengenal.

  10. Kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang ada, kerana itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai sesuatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu yang sesingkat-singkatnya.


Dipetik drp: Prof.Madya Dr.Ahmad Farouk Musa, Muslim Professionals Forum(MPF), Menyingkap Kehebatan Madrasah Hassan al-Banna(Majalah i, 2006 Dis)